Journey to the Land of Million Elephants 🐘🐘🐘


T.R.A.V.E.L.I.N.G
It leaves you 
SPEECHLESS,
Then turns you 
into a
STORYTELLER
~Ibn. Batutta~


Journey to the Land of Million Elephants, start now......

 
Salam kepada semua pembaca blog anak-anak kucing. Aku mulakan entri kali ini dengan serangkap ayat daripada Ibnu Batutta. Apabila kita sedang mengembara ia akan membuatkan kita tak terkata-kata tetapi ia akan menjadikan kita sang penceritera, kelak. Sebab itu aku menulis blog ini untuk berceritera serta berkongsi momen-momen sepanjang pengembaraan untuk tatapan anak cucu dan menjadi panduan semua orang, kelak di masa hadapan. Penulisan ini bukan bertujuan untuk menyatakan "AKU DAH SAMPAI SINI.. WEHHH..." tapi "SAMPAI SAHAJA DI SINI, AKU..." Dua makna yang sama tapi penyampaian yang berbeza.

Hello travel lovers. Let me start new blog entry with a quote from Ibnu Batutta. "TRAVELLING. It will leaves you speechless and then turns you into storyteller.". This is the main reason why I start this blog, to tell a story and share those moments as 'bedtime story' for my children and grandchildren, in the future and also as a guidance for others who want to try. The purpose of this writing was not to tell others that "Guys, I already been here, you know." but rather "Once I arrived here, I....". Two quotes with the same meaning, but the 'delivery' is different. A story that hopefully will spark somebody to try touring.

Pengembaraan bukan hanya untuk berseronok tapi mengajar kita erti kesabaran dalam mengharungi dugaan
TRAVELLING is not only for fun but at the same time, it teach you to be patient 

Sebelum korang terus membaca dan expect akan ada gajah dalam cerita ini, aku bagi tahu awal-awal, tiada gajah dalam journey ini walaupun tajuknya "Journey to the Land of a Million Elephants". Ini kerana ia hanyalah nama panggilan untuk negara Laos. Yes. Pengembaraan kali ini telah membawa aku dan Joe, ke sebuah negara eksotik iaitu Laos dan Thailand. Kami berbasikal membelah gunung-ganang Laos, menaiki bot menyusuri Sungai Mekong serta menaiki bas dan keretapi berbelas-belas jam di Thailand. Penat memang penat, lapar memang lapar, ngantuk memang mengantuk, tapi berbaloi. Bertemu rakan baru, berkongsi cerita, mengenali dan mempelajari budaya baru. Pada masa yang sama kami juga mempromosikan keindahan Malaysia. Sebagai pendahaluan aku story-mory sedikit latar belakang journey ini. Trip kali ini mengambil masa 13 hari di mana kami mengayuh di Laos selama 7 hari dan selebihnya digunakan untuk pulang ke Malaysia melalui jalan darat merentasi Thailand. Persiapan rapi dilakukan sebelum pergi seperti makanan, route, tambang dan kos penginapan.

Before start reading this entry and expect to hear story of million and millions of elephants (as per title), let me tell you beforehand, there is NO elephant 'story' to share to you guys eventhough the title is "Journey to the land of a Million Elephants". The 'land of million elephants' is only a nickname for Lao. Yes guys. This time, my touring partner, Joe and I, start a journey by cycling through an exsotic and hardly known country, Lao and continuing into Thailand. We cycle up and down through the Lao mountain road, taking the boat along Mekong river, riding bus and train for hours in Thailand. Tired, hungry, sleepy but all of this is worth it. Meet new friends, sharing story, knowing and learning new culture. At the same time, we also promoting our beloved Malaysia to them. As for introduction, I will tell you briefly about this journey. This trip takes about 13 days, we fly to Vientiane and we cycle in Lao D.P.R for 7 straight days. The remaining 6 days, we travel back home through Thailand using land transportation. We make a proper preparation for this trip such as food (esp. halal food), the route, accommodation and others fare. 

Speechless...This is not a painting. This is hidden Laos.

Sedikit latar belakang mengenai Negara Laos. Laos merupakan negara yang tiada pesisir pantai sebaliknya hanya dilitupi gunung-ganang. Laos adalah negara bekas jajahan Perancis dan ibu negaranya ialah Vientiane atau Viengchan, panggilan bagi sesetengah orang. Matawang yang digunakan adalah KIP dan tiada duit syiling digunakan. Maka, duit kertas akan berkepul-kepul dalam dompet. Bagi mereka yang tak tahu, mereka pasti akan kata 'berkepul-kepul' duit kertas dalam poket kau. Padahal nilai duit kertas dalam poket itu hanyalah ber-sen sahaja. Bagi warga ASEAN, tidak perlu visa untuk memasuki Laos untuk tempah 30 hari. Waktu di Laos sama seperti di Thailand iaitu sejam lewat dari Malaysia. Aku dan Joe berbincang hanya melalui Whatapps dan kami bertemu di KLIA2 bagi penerbangan ke Vientiane. Basikal dibungkus dengan teliti dan cermat di dalam kotak basikal bersama beberapa barang lain untuk mencukupkan maksimum 30kg sport equipment berserta ~10kg duffle bag untuk check-in luggage.

Before proceed with the journey, let me share a little bit information about Lao. In terms of geographical, Lao sit in the middle of Indo-China region. So, there is no beach around the country, only monstrous mountain needs to be conquered. Lao is once a France-colony country and its capital is Vientiane or some people called it Viengchan. Currency for Lao is called KIP and no coins used here, only paper money. So, your paper money will be 'bulky' stored in your wallet and if somebody who doesn't know about it will said you are one 'bloody' rich guys. But the value only equal to coins. For people from ASEAN country, you are allowed to travel in Lao for free for 30 days. Time different in Lao is the same as Thailand, which is one hour late from Malaysia time. Joe and I discuss about this journey only through Whatapps and we meet at KLIA2 to catch a flight to Vientiane. Our bicycle is pack with care in bicycle box together with other essentials to maximize the 30kg sport equipment capacity and 10kg for check-in luggage.    

How to check-in Sport Equipment @ KLIA2:
Untuk check-in sport equipment anda perlu ke kaunter check-in luggage seperti biasa terlebih dahulu. Timbang berat dan tag akan dilekatkan pada kedua-dua luggage. Setelah selesai, check-in luggage akan terus diambil tetapi bagi sport equipment anda harus membawanya ke bahagian oversize baggage (yang berada di hujung hall) dan serahkannya kepada pegawai bertugas. Sport equipment akan di-scan  sebelum disahkan oleh pegawai. As simple as that. Penerbangan ke Vientiane mengambil masa 2 jam 40 minit. Sebelum ini aku selalu berangan mahu membawa kotak basikal ke airport (ala-ala atlet) selepas lihat rakan-rakan FB yang mengayuh oversea bergambar dengan kotak masing-masing. Akhirnya ia telah menjadi kenyataan. One wishlist check-out.

For those who want to check-in sport equipment you have to got t check-in counter as usual, first. All your luggage will be weighted and a tag will be stick at your luggage. Once finish, your 'normal' check-in luggage will be directly taken away but for your sport equipment, you have proceed to the 'oversize baggage' located at the end of the hall and handed it over to duty officer. As simple as that. Flight duration to Vientiane is around 2 hour 40 minute. I always want to bring bicycle box to the airport (like athlete) after seeing touring friend that go oversea taken picture with their box. Finally, its my turn and one wish-list ticked.   

Semua 'peralatan' siap dimasukkan dan bas sudah bersedia untuk berlepas dari JB menuju KLIA2
All 'stuff' is loaded into the bus and ready to start the journey from JB heading to KLIA2





Yup... We ready. Satu nasihat daripada aku. Untuk memudahkan kotak basikal diangkat aku sarungkannya dengan beg basikal. Tapi aku silap. Disebabkan kotak ini telah diisi dengan pelbagai barang selain daripada basikal dan beratnya mencecah 29kg, beg basikal ini tak mampu nak tampung beban itu. Setibanya di airport Laos, apabila aku nak angkat beg untuk turunkan daripada troli, Prappppp.... Kedua-dua belah tali pemegang/penyangkut bahu beg terkoyak jahitannya dan tercabut daripada beg. Mujur beg basikal tak koyak. Beg ini mungkin hanya sesuai untuk angkut basikal sahaja. Lesson learned.

Yup, we ready. I thought by cover my bicycle box with bicycle bag to make it more easy to lift was a good option was wrong. It is because this box is fully loaded with a lot of other stuff and it weighted ~29kg. Once i tried lift the box to my shoulder using bag strap after arriving, PRAPPPP......  Both shoulder strap stich is cut/break and seperate it from main bag. Luckily the bag does not snag. Maybe this bag can only be used to lift just a 'normal' bicyle only. Leeson learned.

Penampakan makhluk berbungkus kepala dalam kabin pesawat
Scary 'living' things spotted in the cabin :)  👾

DAY 1: Welcome to L.A.O People Democratic Republic  🙏


Kami tiba di Vientiane sekitar jam 0820. Sebaik sahaja pesawat touchdown, suasana di sekitar airport agak mengejutkan. BERKABUS atau JEREBU. Aduhaiii.. Kayuh ketika jerebu. Feningg. Tetapi selepas bertanya dengan penumpang Malaysia yang selalu ke sini, mereka kata ini hanyalah kabus pagi. Alhamdulillah. Apa-apa pun kami settle-kan urusan imigresen dan lugagge besar gedabak kami dahulu. Setelah selesai, kami keluar melalui pintu utama airport dan cuaca sejuk menerjah kami seperti berada di Cameron Highlands. Wattay International Airport merupakan airport yang kecil tetapi sedang diubahsuai dan kelihatan terminal baharu yang besar bakal dibuka. Kerja ubahsuai ini dilakukan dengan kerjasama Kerajaan Jepun. Tanpa lengahkan masa kami terus memulakan operasi memasang basikal di laluan kaki lima airport. Para pekerja airport serta orang ramai yang lalu-lalang tak terlepas pandang melihat gelagat kami memasang basikal. Kalau aku jadi mereka aku pun akan JAKUN. Ada yang cuba untuk merasa keberatan basikal kami. Selesai setting basikal dan pack barang ala kadar kami keluar dari airport menuju bandar Vientiane untuk ke tempat penginapan.

We arrived at Vientiane around 0820 in the morning. Once the plane touchdown, the surrounding view is so shocking. It is just a 'mist' or haze. W.T.H..... Cycling during haze is not a good idea. But after we talked to Malaysian passenger who always travel to Lao, he said that this is morning mist, not haze. Alhamdulillah. Whatever the issues is, let settle the imigration process and pick-up our 'beloved' belonging first. Once we went outside the airport, cold morning breeze hit us, like we at Cameron Highlands. Wattay International Airport is just a small airport but there is an on-going renovation and a new terminal likely will be open. The renovation is a collaboration between Lao and Japan Goverment. Without wasting our time, we unpack our stuff at the side of the airport pedestrian lane. Pedestrian and airport worker is so interested looking at us assemble the bicycle. Some of them try to lift the bicycle to know the weight of our bicyle. Once we finish packing all the stuff, we riding to Vientiane town heading to our hostel.

Isi borang imigresen dulu, jangan nak excited sangat. Saat-saat sebelum kena marah dengan pegawai imigresen sebab bergambar dalam opis nie
Fill in the form first. Don't get to excited. A moment before getting scolded by the officer because taking photo in this office.



Signboard LAOS pertama dijumpai. Nama sebenar adalah LAO P.D.R.. Kita jer yang tambah 'S'
First LAOS signboard. The real name of Laos is LAO P.D.R.  Take noted. 😉

Mak aihh barang. Nak kayuh ke nak pergi rombongan sekolah? Tisu yang aku bawa pada awalnya nampak membebankan tapi amat berguna selepas itu untuk mengelap pinggan mangkuk jika kekurangan air.
WTH. Want to go touring or school trip? The tissue that I bought at first seem useless but very effective to wipe dirty plate to cut the water usage.

Tak yah setting cun-melecun sangat. Nanti dekat hostel nak setting macam bawa superbike pun boleh
Don't try too hard setting the bag. Later, at hostel we can pack nicely like riding a superbike.

Airport renovation collaboration with Japan and Lao



Macam penjual kapet yang takde pelanggan daaaa.....
Like carpet dealer who has a lot of free time

Bersiap sedia untuk ke bandar Vientiane. First time touring bawa barang sebanyak nie. Bergoyang-goyang time mula kayuh sebab tak biasa lagi. Tapi lama-lama, dah tak rasa goyang-goyang.
Ready to go to Vientiane town. First time bring a lot of stuff during touring. At the beginning, the bicycle is wobbling but after sometime I already used to this condition. 

Hari ini kami akan check-in hostel dan buat sedikit persiapan. Di Laos, kami perlu mengayuh di sebelah kanan jalan dan agak kekok dibuatnya. Dalam perjalanan menuju ke hostel yang terletak lebih kurang 4km daripada airport, kami terlihat satu tugu seorang pahlawan Laos yang besar. Ia merupakan persinggahan pertama kami untuk bergambar. Kami tak dapat sebarang maklumat untuk monumen ini kerana hanya terdapat information dalam bahasa Laos dan Perancis sahaja. Kami sampai di hostel pada jam 1120.

Today, we will check-in booking hostel dan doing some preparation. In Laos, we need to cycle at the right side of the road and it is something unsual for us. When we cycle to the hostel that located ~4km from the airport, we saw a big warrior statue. We stop by to take picture and find information about the statue. There is information written in front of the statue, unfortunately only in Lao and France langugae. We arrived at hostel around 1120am. 

Nama Hostel/Hostel Name:  Ali Hotel
Lokasi/Location:                   Bersebelahan Sungai Mekong dan night market/ 
                                                Next to Mekong River and Night Market
Jenis bilik/Room Type:         Dormstyle with 8 bed
Harga/Price:                         11USD/night for 2 people

Selesai check-in kami lelap seketika dan keluar semula melihat kawasan sekitar dengan berbasikal. Perkara pertama yang dilakukan adalah menukar wang Laos. Di sini kadar tukarannya adalah 1 USD ~ 8,270 kip. Ringgit hanya diterima di beberapa money changer sahaja di sini. Untuk selamat, kami tukar Ringgit ke USD awal-awal lagi di Malaysia kerana penggunaannya lebih meluas. Selesai menukar wang dan membeli sim card tempatan, kami mencari restoran halal untuk makan tengah hari. Restoran Dhaka menjadi pilihan kami. Di Vientiane terdapat beberapa restoran halal dan kebanyakkannya restoran dari Asia Selatan.

We take a nap after check in our hostel. We head out later on to visit surrounding area by bicycle. First thing to do is go to money changer. The rate at that time was 1 US Dolar = 8,270 KIP. Malaysian ringgit only acceppted at certain money changer. For precaution, we change Malaysia Ringgit to US Dolar first at Malaysia because US currency is acceptable anywhere. After done with changing the money and buying local SIM Card, we search for halal restaurant to eat lunch. We stop by at Dhaka Restaurant. Most of the halal restaurant at Vientiane is coming from South Asian, India & Pakistan.

Sim card (LAO Tel) + 1.5GB usage (7 Days) = 30,000kip ~ RM15.00

Makan tengah hari @ Dhaka Restoran/Lunch at Dhaka Restaurant:
Nasi Beriani Ayam/Chicken Biryani (44,000kip) + air mineral botol besar/large mineral water (7,000kip) = 51,000kip ~RM26.00

Tugu pertama yang dijumpai ketika menuju ke bandar.
First monument we encounted when we heading to the city from airport

Hostel kami di Vientiane
Our hostel 

Saya main pool ball bukan pocket ball
I play snooker not pocket ball 


Di sebabkan tema entry blog adalah touring jadi kenalah share pasal basikal. Salah satu kedai basikal di sini.
One of the bike shop at Vientiane 

RINGGIT boleh ditukar di sini. Tak sure kenapa code MR digunakan. Mungkin Malaysia Ringgit (MR) kot. Bersangka baik.
Currency rate at Vientiane

Biasa minta segelas air kosong. Tapi kat sini dia bagi sebotol terus. Amik KAUUU... Haus punya pasal.
Late lunch at Dhaka Restaurant 

Selesai lunch kami ke Masjid Jame' Vientiane yang terletak di celah lorong-lorong kecil. Alhamdulillah. Walaupun Laos berfahaman komunis tapi Islam bertapak kukuh di sini. Selesai solat kami meneruskan misi mencari gas canister untuk kegunaan memasak sepanjang pengembaraan. Benda ini memang sukar untuk didapati di sini. Malah, orang tempatan pun tak tahu apakah benda ini. Kami bernasib baik kerana ada sebuah kedai barangan outdoor yang menjualnya tetapi hanya ada satu sahaja. Okay-lah daripada tiada langsung. Selesai membeli-belah kami pulang ke hostel dan meninggalkan basikal di sana. Kami terus menuju ke dataran utama dan berpeluang melihat sunset yang indah berlatarbelakangkan Sungai Mekong. Matahari kelihatan seakan-akan seperti bola merah kecil yang makin lama makin hilang kecerahannya. Suasana di dataran begitu meriah. Ada yang melakukan senam aerobik beramai-ramai, ada night market dan ada gerai makan tepi jalan. Para pelancong dan penduduk tempatan sama-sama meluangkan masa di sini. Kami menyusuri night market di sini dan suasananya sama sahaja seperti di Malaysia.

Masjid Jame' Viantiane

Beautiful sunset over Mekong River

Suasana meriah malam sabtu di dataran bersebelahan sungai mekong



The sky is so 'clear'

Suasana meriah di gerai berdekatan night market

Pelbagai makanan dijual di sini

Game baling dart kasi pecah belon. Bangunan belakang tue hostel kami.

Kami pulang ke hostel setelah penat berjalan-jalan di sekitar night market. Di hostel kami lepak di balkoni sambil lihat keindahan malam Sungai Mekong diterangi cahaya lampu night market berserta riuh-rendah orang ramai dan bunyi pecahan belon di bawah hostel kami. Malam yang istimewa ini akan dibawa ke dalam mimpi untuk malam pertama di bumi Laos. Sebelum tidur kami sempat menyusun barang-barang agar kelihatan kemas. SELAMAT MALAM VIENTIANE.


Pemandangan sekitar night market dari balkoni hostel kami

Day 2: It's Time


Gerak luu... pepe roger

Kegatalan yang teramat sangat akibat pepijat membuatkan aku bangkit lebih awal daripada katil. Selesai subuh aku mengejutkan Joe dan berkemas. Hari ini simple sahaja sarapan. Cofee + buah + biskut. (Niat di hati nak makan lebih tapi ini sahaja yang boleh di makan). Kami memulakan kayuhan sekitar jam 0815, menjelajah tempat-tempat menarik di sekitar Bandar Vientiane sebelum keluar dari kota ini dan menuju ke destinasi. Ketika dalam perjalanan kami sempat singgah beberapa kedai hardware tepi jalan untuk mencari gas canister tetapi tiada. Terlintas di fikiran untuk menggunakan petrol sahaja jika gas yang kami beli semalam tak mencukupi. Ketika mengayuh keluar dari kota, Joe ternampak sebuah kedai menjual tong gas pelbagai saiz. Mungkin apa yang kami cari ada di sini. Ternyata betul. Kalau hendak mencari gas hendaklah cari di kedai menjual gas. Kenapalah kami tak terfikir lebih awal. Kami beli 3 sekali gus (geram punya pasal). Segala kerisauan tentang gas hilang serta-merta setelah menemuinya. Banyak masa terbuang hari ini kerana mencari gas ini. Sekarang kami hanya fokus pada kayuhan menuju destinasi.

Antara tempat yang kami lawati di sekitar Bandar Vientiane.


Di mana ada bendera Laos pasti berserta bendera komunis

Tugu pahlawan memang banyak di sekitar Vientiane

We wuz ere.. LAO at 0km

We arrived at Patuxay Monument

Sedikit info pasal Patuxay monument ini. Oleh kerana Laos adalah bekas tanah jajahan Perancis, struktur monumen ini direka sama seperti The Arc de Triomphe yang berada di Paris. Kedudukannya juga sama iaitu terletak di tengah-tengah jalanraya yang lurus.

Paris, Triumphbogen -- 2014 -- 1624.jpg
The Arc de Triomphe di Paris

 
The Arc de Triomphe versi LAOS

"Apalah budak basikal ni buat?"

Bon Voyage






Next... Pha That Luang Buddha Temple

More 'deep' feeling in black & white

Berjaya menghasilkan jurus Kage Bunshin no Jutsu/Shadow Clone Technique (NARUTO)

Universiti Nasional Laos

PERINGATAN: nak cari gas di kedai gas.

Sebelum ke Laos kami ada dengar orang kata keadaan jalan di sini agak teruk. Ketika di kawasan bandar, semua jalan berturap. Tetapi sejurus kami keluar sahaja dari bandar, semuanya berubah. Daripada jalan berturap tiba-tiba menjadi jalan tanah merah yang berdebu. Aku ingatkan ia hanya untuk beberapa meter sahaja. Rupa-rupanya jalan berdebu ini meleret sehingga 10km (dari Phakhao ke Nongtaeng) atau sehingga ke persimpangan jalanraya utama yang akan kami lalui. Mengayuh di laluan sebegini memang satu pengalaman yang berharga. Dengan jalan yang berlubang, berdebu, berbatu-batu, lori yang lalu-lalang, ia betul-betul mencabar. Aku mengengam erat handle bar basikal agar tak hilang kawalan. Kami mengayuh lebih kurang dua jam di laluan ini.

Antara gambar ketika melalui jalan berdebu, berbatu-batu dan berlubang.

Mars in Laos

Jalan tak ber-tar, tiada garisan pembahagi jalan, tak tahu mana satu lorong sebenar,  kenderaan di sini akan memandu sesuka hati dekat sini.

Keep cycling no matter how hard it is

Berdebu, jalan berlopak sana-sini. Memang mencabar kayuh di sini

Kehadiran lori memburukkan lagi keadaan

Akhirnya... Penamat bagi jalan yang menyeksakan ini.

Sejurus masuk simpang jalan utama, keadaan jalanraya kembali seperti biasa. Waktu menunjukkan pukul 1300. Kami berhenti seketika untuk makan tengah di sebuah pondok kecil di tepi jalan. Perubahan landskap sekeliling dapat dirasakan. Apa yang menarik adalah kebanyakkan rumah dan pekan kecil sepanjang jalan hanya tertumpu di jalan utama sahaja. Tak banyak simpang-simpang kecil menuju kawasan perkampungan dalaman. Bermula di laluan inilah kami tak lekang mengucapkan 'Sabaidee' ataupun hello berserta senyuman kepada kanak-kanak dan orang kampung yang berada di tepi jalan. Gelagat sekumpalan wanita yang duduk di belakang lori seronok ber-karaoke juga dapat dilihat. Kami mengayuh sehingga tiba di sebuah pekan kecil, Pekan Phonekhamtay, yang agak sibuk dengan motosikal dan lembu yang merayau di atas jalan. Kami berhenti di sebuah supermarket, Gold Inter (macam 7-11) untuk berehat seketika. Tetapi Joe memutuskan untuk ber'camping'/bermalam sahaja di belakang kedai ini.

Sebuah stesen minyak yang normal tapi ada pesta sedang berlansung bersebelahannya. Lagu dipasang sekuat habis dan tetamu berjoget dalam pusingan bulatan. Di sini walaupun tandas laki dan wanita diasingkan tapi orang perempuan dengan slumber masuk tandas lelaki. Malu I Tau.....

Keadaan jalan lebih baik

Jalanraya di sini tiada garisan pembahagi jalan atau tepi jalan. Pandai-pandailah korang agak-agak.

Kedai tempat bermalam pertama yang ASAL Kebanyakkan kedai dan stesen minyak di sini akan dipagar apabila tamat waktu berniaga.

Pekena maggi dahulu sambil layan sunset di celah bangunan

Maka bermulalah rentetan menarik kami di sini. Setelah memutuskan untuk berkhemah, kami tak terus pasang khemah dan tunggu sehingga hari mulai gelap. Bahagian belakang kedai ini dilengkapi tandas yang bersih serta CCTV. Kami masak air Neslo berserta maggi terlebih dahulu untuk menghilangkan lapar dan dahaga. Apabila senja menjelma, kami mula mendirikan khemah. Selesai mandi dan solat, aku dan Joe duduk lepak sambil minum air panas dan bersiap untuk tidur. Tiba-tiba seorang pemuda datang menegur kami. Dia memperkenalkan diri sebagai pengurus kedai ini dan dia boleh berbahasa Inggeris. Kami juga memperkenalkan diri dan beritahu tujuan kami untuk tumpang bermalam. Dia kata dia akan bertanya dahulu kepada pemilik kedai untuk dapatkan kebenaran rasmi. Selang 5 minit dia kembali bersama seorang lelaki. Dia kata kami tak boleh berkhemah di sini kerana kedai ini akan ditutup dengan pagar. Jadi, mereka risau tentang barang-barang yang ditinggalkan. Mereka memberi suggestion supaya berkhemah di kedai sebelah atau di halaman rumah bujang milik pemilik kedai. Setelah berbincang dengan Joe, kami memutuskan untuk berkhemah di halaman rumah bujang kerana bukan di tepi jalan utama serta kami boleh guna tandas mereka. Aku dan Joe sangat berterima kasih kepada pemuda ini serta rakan-rakan mereka yang begitu ambil berat akan kami. Rakan-rakan mereka begitu berminat untuk berborak dengan kami tetapi disebabkan kekangan bahasa, mereka menjadi agak segan dengan kami. Setelah pasang khemah di halaman rumah kami terus masuk tidur.

Alhamdulillah. Dapat juga tidur atas bantuan Orang Laos. Tak sempat nak bergambar dengan mereka yang membantu kami. Apa-apa pun jasa mereka sangat kami hargai.


Dapat skit ruang untuk berteduh pon jadilah... Alhamdulillah


Terima kasih 'penghuni-penghuni' rumah ini yang sentiasa senyum. Mereka keluar kerja lebih awal daripada kami. Masih ada orang yang baik hati di dunia ini.

Day 3: Vang Vieng... Mystical and beautiful place


Jam menunjukkan pukul 0540. Aku bangun dan bersiap untuk memulakan kayuhan hari kedua. Menu sarapan adalah air Nescafe dan Pek Kembara (Nasi Pilaf + Rendang Daging). Selesai berkemas kami memulakan kayuhan sekitar jam 0800. Pada waktu ini kelihatan berduyun-duyun budak berbasikal dan berjalan kaki ke sekolah. Destinasi yang dituju hari ini adalah Vang Vieng, sebuah pekan yang terletak di kawasan lembah dikelilingi banjaran gunung batu kapur. Oleh kerana ia terletak di kawasan lembah, kami perlu mendaki dan menuruni beberapa bukit. Kayuhan hari ini akan memasuki kawasan luar bandar di mana akan melalui sawah padi, melintasi sungai dan tasik yang menghijau di bawah terik matahari. Mengayuh di kawasan bukit sedikit mencabar apabila lori-lori besar melintasi kami dari belakang. Apa-apa pun semuanya selamat. Alhamdulillah.


Greenish river on the way to Vang Vieng

Sawah dan basikal tak dapat dipisahkan

Penangan bukit yang pertama
 
Kami berhenti lunch pada pukul 1200 di sebuah pondok tepi jalan terletak di kawasan hutan. Cuaca saat ini memang panas terik. Selepas lunch, kami menyambung semula kayuhan melayan bukit-bukau, gunung-ganang. Sewaktu melalui jalan ini, kami bertembung dengan beberapa mat saleh yang sedang mengayuh. Ada pasangan dari Jerman (sedang bertouring) dan pasangan Singapura (mengayuh road bike + ada support van) serta tiga orang lelaki dari Sepanyol. Masing-masing memotong dan jauh meninggalkan kami. Lain kudrat mereka daripada kami.

Tempat lunch dan melepaskan lelah mendaki hari ini

Di sinilah tempat perancangan ASAL kami akan bermalam untuk hari pertama tapi tak tercapai. Sebuah perkampungan yang dikelilingi tasik menghijau

Bersama budak-budak balik sekolah dan mamat-mamat Sepanyol yang mengejar kami dari belakang seperti Tour De France

Mengapa aku upload gambar kedai kereta. Setiap gambar pasti ada cerita. Kedai kereta terpakai ini terletak di tengah-tengah kawasan yang takde ape-ape. Pekan atau kampung terdekat pon takde. Tiba-tiba ada kedai menjual kereta terpakai.

Gambar lembu masuk hutan pon aku upload. Tengok betul-betul pada dinding ada tertulis "RIZOT". Aku dan Joe melawak cakap lembu tue tengah menuju RESORT kot. Kau ADEEE...

Vang Vieng!!! Tunggu kedatangan kami

Ketika menghampiri Vang Vieng, Joe berhenti seketika di hadapan kilang simen milik China yang besar untuk bergambar. Selesai bergambar, security guard warga tempatan dan seorang warga China datang ke arah kami. Mereka banyak menyoal Joe dan meminta Joe memadam gambar yang diambil tadi. Aku dan Joe agak confius. Mungkin mereka tak nak kilang ini diketahui dunia luar atau kami nampak macam pesaing mereka. Atau mungkin kerana dasar tertutup sebuah negara komunis. Apa-apa pun kami meneruskan kayuhan menuju Vang Vieng. Dari jauh kami sudah ternampak belon udara panas. Ini menandakan kami sudah sampai ke Vang Vieng. Di sini, pelancong boleh merasai menaiki belon udara panas dan ia antara yang termurah di DUNIA (murah-murah pun harga sekali naik dalam 80 USD - taklah bagi seorang backpackers tapi kalau ada duit apa salahnya).


Kami telah tiba di Vang Vieng. Ini merupakan pintu gerbang "WELCOME to Vang Vieng"

Suasana sunset yang indah di Vang Vieng 

Setibanya di sini, kami terus mencari tempat tidur (yang sesuai) sebelum menyelusuri pekan Vang Vieng. Pekan ini memang 'hidup' kerana tempat tarikan pelancong asing. Kami menemui sebuah free camping site bersebelahan sungai. Tapi kami seorang sahaja yang ber-camping di situ. Kami mendirikan khemah cepat-cepat sebelum hari gelap kemudian menghilangkan dahaga dan lapar dengan memasak kopi kaw panas dan maggi. Apabila hari sudah gelap barulah kami turun ke sungai untuk mandi. Selesai mandi dan solat, aku dan Joe meluangkan masa melihat suasana malam pekan Vang Vieng. Ketika berjalan pada waktu malam, aku terasa seperti berada di Myeong Dong, Seoul. Ini kerana terdapat ramai pelancong Korea di sini. Ditambah pula ada banyak tulisan Korea di setiap kedai. Ada juga penjual warga tempatan yang boleh berbahasa Korea. Begitulah pengaruh Korea di bumi Laos terutama sekali di Vang Vieng. Penat berjalan, kami singgah sebentar di restoran Nazim, restoran halal di sini untuk pekena teh dan kudapan. Selesai supper, aku dan Joe pulang ke khemah dan bersiap untuk tidur. SELAMAT MALAM VANG VIENG.

Sempat menempel sticker "Cyclo Zero" di restoran Nazim

Day 4: Entering LAOS hidden treasure


Aku terjaga dari tidur kira-kira jam 0500 untuk solat subuh. Suhu pagi di Vang Vieng memang sejuk kerana dikelilingi alam semulajadi. Aku hanya mampu membasuh muka sahaja pagi ini. Menu sarapan masih sama iaitu Pek Kembara untuk memberi tenaga ketika berkayuh. Selesai bersarapan dan mengemas barang, kami bercadang untuk ke suatu tempat istimewa di Vang Vieng iaitu kawasan private, T-ara Villa. Tempat ini merupakan kawasan penginapan private yang dikelilingi sawah padi yang menghijau berlatarbelakangkan banjaran gunung batu kapur. Suatu pemandangan yang hebat. Setelah itu, kami mengayuh menuju jalan utama meninggalkan Vang Vieng dengan seribu satu kenangan.
 . 

Tempat tidur untuk malam kedua. Camping site free of charge. Cuma tiada lampu dan bekalan eletrik di sini. Jadi kalau malam memang sangat gelap.

Perfect camping area. Bersebelahan sungai.

Nyaman sekali pagi ini

Tiada kata dapat diucapkan melihat pemandangan sebegini. Termendessss!!!

Nak gambar dengan basikal tak berani sebab kawasan Private. Nie pun curi-curi masuk. Pelancong boleh menempah untuk tinggal di sini. Harga tak sure tapi memang mahaiii laa.

Info: untuk ke T-ara Villa, anda perlu melalui jambatan kayu untuk merentasi sungai. Ada tol dikenakan untuk masuk ke kawasan ini iaitu sebanyak 6,000kip/person ~RM2.00 (berbasikal) untuk sekali bayar. Tapi kalau berjalan kaki (pedestrian), tol-nya pula hanya berharga 4,000 kip/person ~RM1.50.

Selamat tinggal Vang Vieng. Semoga ke temu lagi

Di sepanjang jalan, kami dihidangkan dengan pemandangan banjaran gunung batu kapur indah dan sungai jernih yang mengalir bersebelahan jalan. Subhanallah. Terkedu aku dengan pemandangan seperti ini. Ini baru permulaan. Bermula dari Vang Vieng kami akan dipertunjukkan dengan keindahan alam semulajadi ciptaan Allah yang membuatkan kami terpesona dan terpegun seketika. Route hari ini lebih kurang seperti semalam iaitu menyusuri lembah-lembah dan mendaki bukit untuk sampai ke destinasi hari ini iaitu Kasi. Untuk ke lembah bersebelahan kami terpaksa mendaki kemudian meluncur laju menuruni bukit. Kami berhenti lunch di tepi jalan. Aku sempat membeli limau mandarin di tepi jalan berharga 13,000kip/kilo memandangkan Tahun Baru Cina semakin hampir.

Antara gambar pemandangan sekeliling sejurus keluar dari pekan Vang Vieng

Berdua lebih baik

Penulis bersama basikalnya. Aicehhhh...

Di belakang rumah ini merupakan sawah padi. Kalau datang sini ketika musim padi menghijau pasti view memang WOW

Seakan-akan berada di dunia AVATAR

Mengayuh bersebelahan banjaran gunung batu kapur memang mengasyik

Let's get L.O.S.T

Tenang.....

Kawasan 'Alpine' Laos. Tak larat kayuh kita tolak. Bukan nak kejar ape pun.

Friendly Lao people. Kasihan tengok kitaorang menolak basikal, mereka jemput kami makan tengah hari bersama. Terima kasih atas pelawaan. Kami gerak dulu.

Landskap di Laos sentiasa ada kejutan.

Makan tengah hari untuk beri tenaga bagi kayuhan sebelah petang

Kami tiba di bandar Kasi kira-kira jam 1600. Memandang waktu masih awal, Joe mencadangkan untuk meneruskan kayuhan dan bermalam di Hot Spring Kasi yang terletak kira-kira 18km dari bandar Kasi. Bunyi macam dekat tapi apa yang membimbangkan adalah selepas Kasi, tiada lagi istilah turun, naik atau mendatar laluannya, sebaliknya hanya akan menaik dan terus menaik. Plan asal mahu mengambil teksi @ tuk-tuk di Kasi untuk ke Hot Spring. Setibanya di sini kami tak nampak sebarang pengangkutan awam pun. Jadi, kami kuatkan semangat untuk terus kayuh menuju Kasi Hot Spring. 5 - 6  km pertama jalan masih lagi mendatar, selepas itu kami terpaksa menempuh laluan yang mencanak naik secara drastik. Kayuh tetap kayuh jika tak mahu bermalam di kawasan hutan. Mendaki di waktu senja di kawasan tinggi, kami dapat saksikan pemandangan sunset yang indah. Sunset di Laos memang tak mengecewakan dari hari pertama lagi.

Entering K.A.S.I district

Berhenti bergambar di sini memang satu saat terindah aku sepanjang perjalanan. Satu kawasan dikelilingi gunung-ganang 360 degree. Suasana yang tenang buatkan jiwa ini berasa bebas. Kelihatan penduduk kampung menanam sayur dan telatah anak-anak mereka bermain di kebun.

Waktu seakan-akan berhenti apabila berada di sini

Senyum lebor lepas dapat view cantek

Keadaan jalan di sini tak menentu. Daripada jalan ber-tar tiba-tiba sahaja menjadi jalan berbatu.

Budak-budak balik dari sekolah sempat nak berlumba basikal dengan kami. Bagi chance laa diaorang menang.

Pekan Kasi. Sebelum ini kami merungut jalan di sini sempit. Tapi, sampai sahaja di Kasi, amik kau. seluas-luas jalan diberinya. Berhenti seketika di kedai handphone. Niat di hati nak tanya kat mana boleh dapatkan tuk-tuk atau teksi untuk ke hot spring, dibantainya bagi direction ke hot spring. Berulang kali aku sebut 'taxi'. Takpa la. Mungkin bukan rezeki kami untuk naik teksi.

Singgah di sebuah kedai untuk membeli air sebelum meneruskan perjalanan ke Hot Spring. Pak cik ini first time tengok bendera Malaysia. Yes. We are from Malaysia.

Menuju kawasan banjaran di hadapan




Walaupun penat mendaki di kala senja, tapi dapat view macam nie, lupa terus penat lelah.

Sunset di sini memang tak mengecewakan
Mengayuh di kala senja memang mengasyikkan. Slow and steady

Kami terus mengayuh walaupun kami sedar hari semakin gelap. Lampu dipasangkan untuk keselamatan. Kiri dan kanan jalan pula adalah hutan. Sejak mendaki kami tak jumpa lagi perkampungan di sini. Kami tak mahu bermalam di sini. Jadi kami terus kayuh. Alhamdulillah kami tiba di sebuah perkampungan kecil. Sewaktu kami tiba, orang-orang kampung sedang mandi-manda di luar rumah. Ada pak cik yang terkejut melihat kami masih berkayuh selewat ini. Joe beritahu supaya berhenti seketika di hujung kampung. Kami berhenti di rumah terakhir di hujung kampung. Jalan di hadapan memang sudah gelap. Risiko tinggi kayuh di waktu malam. Jadi kami putuskan untuk releks dulu di sini sambil melihat peta, minum air panas dan masak maggi bagi menghilangkan keletihan. Kami berada di perkampungan kawasan tanah tinggi. Jadi, air memang sukar untuk didapati tapi Allah itu Maha Kaya, mujurlah berhadapan rumah tempat kami berhenti ada air bukit. Air inilah menjadi antara sumber utama orang kampung. Kami berehat di tepi rumah sambil memasak air dan maggi. Setelah melihat peta, hot spring yang menjadi destinasi tujuan hari ini masih berbaki 7km laluan berbukit. MUSTAHIL. Kami tak mahu berkayuh di kawasan gelap, berbukit dan lori-lori yang selalu lalu-lalang. Berisiko tinggi. Jadi kami putuskan akan tidur di sini sahaja setelah mendapat keizinan tuan rumah. Yup. Bercamping in the middle of nowhere. Satu pengalaman yang takkan aku lupa.

Day 5: This is L.A.O

Hari ini aku bangun lebih awal, kira-kira jam 0430. Setelah selesai Solat Subuh, Joe dan aku mula menyiapkan sarapan iaitu panaskan semula maggi yang tak habis semalam. Lebih kurang pukul 0600, anak-anak tuan rumah keluar dari pintu belakang untuk mengambil air. Mereka terpegun melihat gelagat kami. Nak berbual tapi bahasa membataskan. Hanya dapat sebut "Sabaidee" sahaja. Selesai sarapan, kami berkemas dan tinggalkan tempat ini pada pukul 0700 dengan mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah. Perjalanan hari ini tak jauh, sekitar ~23km sahaja. Tapi route hari ini melibatkan pendakian yang 'hardcore'. Bentuk muka bumi yang akan kami hadapi hari ini akan menampakkan wajah sebenar Laos. Disebalik kemiskinan negara ini, tersergam indah gunung-ganang yang membuatkan kami kagum dan leka.


Lelap kejap kat body basikal pun jadilah

Ruang yang kecil inilah menjadi tempat kami ber-camping. Alhamdulilah, tiada perkara yang tak diingini berlaku sepanjang malam berada di sini.

"Kop Chai" @ terima kasih kepada tuan rumah membenarkan kami tidur di sini.

Jalan di sini nampak seperti jalan kampung tapi inilah jalan utama kenderaan untuk ke Vietnam atau China. Sebesar-besar lori menggunakan laluan ini. Laluan ini ibarat highway Laos.

Tak jauh dari tempat bermalam, kami tiba di sebuah kampung yang lebih besar. Sewaktu kami melintasi kampung ini, orang kampung sedang duduk beristirehat di luar dan kanak-kanak sedang bersiap untuk ke sekolah berdekatan. Kami tak henti-henti ucapkan "Sabaidee" dan melambai kepada mereka. Mereka seakan-akan terkejut melihat kami mungkin kami tiba-tiba muncul di awal pagi begini. Apa-apa pun mereka menyambut kami dengan senyuman yang mesra. Kami meneruskan kayuhan meninggalkan kampung yang indah permai ini. Ketika kami berhenti seketika untuk bergambar, kelihatan budak-budak dari kampung sebelah berbasikal dan berjalan kaki untuk ke sekolah. Apa yang membuat kami kagum adalah kekentalan mereka mengayuh basikal menaiki bukit yang mencanak tiap-tiap hari untuk ke sekolah. Mereka ke sekolah bersama-sama teman sambil bergelak ketawa. Apabila kami angkat sahaja kamera untuk bergambar mereka pasti akan ketawa malu-malu. Setelah mengayuh hampir sejam lebih, kami sampai di Kasi Hot Spring pada jam 0745.

Apabila melihat kabus pagi selaputi kawasan lembah, baru kami sedar yang kami berada di kawasan pergunungan.

Kebun sayur orang kampung berlatarbelakangkan banjaran gunung dan matahari yang sedang naik.

Hari-hari dapat view begini... Fuhhh..

Budak-budak kampung sebelah berbasikal untuk menuju ke sekolah.

Kasi Hot Spring. Ia seperti RnR untuk mereka yang tak mahu memandu lewat malam. Ada gerai dan tandas awam di hadapan hot spring ini. Memang tempat yang ideal untuk bermalam atau melepaskan lelah. Kami berehat selama 1jam 30minit di sini.

Memang menarik jika dapat bermalam di sini. Setibanya kami di sini, seorang mat saleh menghampiri kami dan menanyakan kami dari mana. Dia memperkenal diri sebagai Sean berasal dari California, U.S. Dia sedang menjelajah Laos dengan motosikal yang disewanya di Vietnam. Dia juga bertouring tapi tinggalkan basikalnya di Vietnam. Sean ini memang suka berborak. Banyak perkara yang diceritakan kepada kami. Dia juga sempat memberi tips kepada aku tentang cara mengetatkan pannier (beg basikal) pada rack agar tak bergoyang atau tak menghentam rack secara mengejut apabila melanggar lubang atau lalu jalan berbatu. Ini kerana disebabkan kondisi jalan raya di Laos ini agak teruk, beberapa kali juga basikal aku tersentak secara tiba-tiba kerana tak sempat mengelak lubang. Sean mengingatkan kami laluan yang mencanak akan kami tempuhi hari ini. Dia akan meneruskan perjalanan ke Vang Vieng dan kami meneruskan kayuhan ke Phokuon dan berharap dapat sampai ke destinasi sebelum hari gelap.
Hot spring ini nampak macam resort la skit.

Bersama Sean yang excited apabila melihat kami

Lori ini merupakan pasar bergerak. Pemilik gerai mendapatkan bekalan makanan daripada lori ini. Perhatikan botol biru besar itu. Di Laos sukar untuk mendapatkan bekalan air bersih. Jadi kebanyakkan mereka menggunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan air bersih. Mereka akan kutip botol ini pada sebelah petang dan menghantarkannya kembali pada sebelah pagi berisi air bersih.

Meninggalkan 'kesan' di gerai makan hot spring ini.
Aku perhatikan keadaan jalan di sini ia tak ubah seperti jalan dekat kampung aku. Laluan kecil inilah laluan utama (seperti highway) untuk ke bandar-bandar utama Laos yang lain serta untuk ke Vietnam dan China. Kami beruntung dapat menghayati serta bergambar berlatarbelakangkan pemandangan banjaran Laos yang indah. Tapi bagi mereka yang menaiki bas, mereka hanya dapat menyaksikannya dalam kenderaan sahaja. Itulah kelebihan ber-touring. Kami bertembung dengan pasangan dari Singapura yang kami jumpa pada hari pertama kayuhan ketika sedang makanan. Ke mana mereka tuju kami tak pasti. Hanya sempat mengucapkan 'hai' sahaja.

Persembahkan.... LAOS

10% mendaki... Lawan tetap lawan

Bumi Laos yang bergunung-ganang memang mengasyikkan.

Lepak kejap dengan budak-budak. Jakun diaorang tengok abang pakai vest oren nie.

Seorang budak perempuan yang sedang main di kawasan lereng yang curam. Mungkin diorang dah biasa kot. Apa yang memeranjatkan aku adalah dia sedang tadah air yang keluar dari tandas, air besar atau air kecik tue tak pasti plak (bukan untuk minum tapi untuk buat main2). Ini mungkin permainan diaorang kat sini.

No words can describe the majestic view. Just stare it to store in our memory.

I realize how small we are compared to the big mountain in front of us

Makcik2 ini sedang menghempas-hempas rumput ke atas jalan bagi menghilangkan debunga lalu menjemurnya. Batang rumput ini akan digunakan sebagai 'bulu' penyapu yang biasa kita guna di rumah. Mereka bekerja di bawah panas terik. Memang hebat orang-orang di sini.

Sempat bergambar dengan orang kampung yang memegang senapang patah. Kena minta kebenaran dahulu kalau tak nak kena tembak 'free'.

Disebabkan sarapan tadi hanya makan maggi, lunch kami ganti dengan makan pek kembara ditabur bawang goreng. Terbaik

Kami sambung kayuhan di bawah matahari terik selepas lunch. Kali ini kami melalui jalan tebing-tebing gunung di mana di sebelah kiri kami adalah gaung. Apa yang menyeksakan adalah kami dapat melihat laluan kami yang berliku-liku serta puncak yang akan kami tuju dari jarak jauh. Fuhhh.. Jaraknya hanya dalam ~5km tapi azabnya hanya Allah yang tahu. Ditambah pula dengan bas, lori dan van persiaran yang juga lalu di laluan sempit dan berselekoh ini. Kami akan berhenti seketika untuk setiap 100m mencari tempat redup walaupun di bawah pohon renek sebelum memulakan pendakian. Itulah rutin kami pada waktu itu. Kayuh 100m, berhenti seminit, kayuh 100m, berhenti seminit. Setelah penat mengayuh, kami tiba di lookout point (kawasan tertinggi) yang kami nampak dari  bawah tadi. Kawasan ini seperti RnR yang nampaknya seperti dimiliki oleh orang China. Tapi ini bukan destinasi terakhir untuk hari ini. kami akan terus kayuh untuk sampai ke Phokoun. Setelah berkayuh melintasi beberapa kampung kami tiba di Phokoun sekitar jam 1715.

"Orang cuti duduk rumah diam-diam, tidur, tapi kau nak jugak mengayuh. Nah... Rasakan."

Take 5 sambil layan view

Can't believe we made it until here

Entering Phokoun district under very2 hot sun. Yay...

Mengayuh di laluan ini memang perlukan tenaga dan mental yang kuat. Kami kayuh lebih kurang 100m dan berhenti. Kemudian kayuh lagi 100m dan berhenti. Begitulah seterusnya sehingga sampai ke kawasan tertinggi. Tiada tempat berteduh langsung kerana jalan ini menghadap matahari. Jalan ini tak beri kami peluang langsung. Naik dan terus naik. Guna gear paling rendah pon masih terketar-ketar mengayuh. Laos is truly challenging.

Kami mengayuh melalui lereng-lereng bukit nun jauh di sana sehinggalah ke kawasan tertinggi.

Lookout point/Top point setelah non-stop mendaki. Sebuah RnR milik warga China.

Orang tempatan yang tertarik melihat kami berbasikal. Yang penting dia tahu mana Malaysia. Susah nak cari orang pedalaman Laos yang kenal Malaysia. We are 'Bro's

Yesss.. We made it.

Cycling under hot sun is really tiring. Same as life. We must keep moving forward how hard it is.

Phokoun merupakan pekan persimpangan yang sibuk kerana ia merupakan titik persimpangan unttuk ke Vietnam atau China. Sebab itu pekan ini "hidup" kerana ramai yang menjadikan pekan ini sebagai tempat perhentian sementara sebelum memulakan perjalanan jauh. Hari ini kami memilih untuk tidur di tempat yang lebih selesa sebagai "rewards" setelah berhari-hari mengayuh iaitu di Crossroad Guesthouse. Guest House ini terletak betul-betul di simpang tiga iaitu jalan untuk ke China, Vietnam atau ke Vientiane.  Pada sebelah malam kami mahu merayau sekitar Phokoun tapi kebanyakkan kedai tutup seawal jam 8 kecuali restoran. Jadi kami kembali semula ke GH dan bersiap untuk tidur. Sebelum tidur aku layan dulu drama China yang dialih bahasa ke bahasa Laos.

Nama GH: Crossroad Guest House
Harga: 80,000kip/room ~RM40/malam
Jenis bilik: Queen bed + balkoni menghadap banjaran gunung + tandas
Review: Terbaik. Dapat lihat sunrise.

Pekan Phokoun adalah pekan persimpangan utama untuk ke China atau Vietnam

Crossroad Guest House. Bawah restoran dan tingkat atas bilik

Bilik memang termendess dan berbaloi.

Day 6: When Lesson is Learn


Aku tersedar pada jam 0540. Terus bangun, mandi dan solat subuh. Selesai subuh aku ke balkoni untuk nantikan sunrise sambil menyiapkan sarapan. Apabila langit mula menampakkan cahaya kemerahan, aku bersiap dengan camera untuk saat yang indah ini. Walaupun aku telah menyaksikan sunrise di puncak Fuji, Kinabalu dan lain-lain tempat,  pasti ada keunikan tersendiri melihat sunrise di setiap tempat. Aku dan Joe bersarapan dengan tenang sambil menghayati keindahan ciptaan Allah. Selesai bersarapan, kami mula berkemas dan bersedia untuk check-out.

Suasana pagi dari balkoni bilik kami
 
Breakfast sambil layan view gunung-ganang

Keadaan di luar guest house. Terdapat kerja pembinaan sedang dilakukan. Kelihatan ramai warga tempatan, lelaki dan perempuan sedang menunggu giliran untuk diberikan kerja. Betapa sukarnya mereka untuk mencari nafkah di negara mereka sendiri. Tapi kehidupan harus diteruskan.

Ketika Joe sedang memperbetulkan basikalnya, aku pula sibuk mengambil gambar di sekitar pekan Phokoun. Sedang bergambar, aku terserempak dengan pasangan dari Singapura semalam yang sedang bersarapan berhampiran dengan guest house kami. Aku menegur mat saleh itu dan dia terkejut melihat aku. Seorang lagi rakan beliau, seorang wanita cina Singapura dengan mesra menegur aku. Kami sempat berbual berkongsi pengalaman berbasikal. Mereka berdua merupakan ahli untuk satu pasukan berbasikal road bike di Singapura. Mereka ke sini untuk menjalani latihan serta bercuti. Mereka menyewa sebuah van untuk meng'escort' mereka dari belakang. Hari ini mereka akan terus ke Luang Prabang. Kami akhiri perbualan dengan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Pasangan berbasikal dari Singapura. Terima kasih Shirley Teo dan Daniel Smith daripada pasukan Matador RACING. Goodluck in the future.

Selesai memasang pannier pada basikal, kami memulakan kayuhan sekitar jam 0840. Destinasi kami hari ini adalah Phokham yang berkejauhan 50km. Kami tak pasti keadaan jalan yang akan kami tempuhi hari ini. Adakah seperti semalam, berbukit-bukit atau santai. Kayuhan harus diteruskan. Di awal kayuhan, kami menuruni bukit sejauh 5km. Menuruni bukit di Laos tak berapa santai dan harus alert setiap masa kerana keadaan jalan di sini tak menentu. Tiba-tiba sahaja ada jalan berbatu dan berlubang. Silap langkah boleh terjatuh atau terbabas. Tapi, menuruni bukit still d best berbanding mendaki. Jangkaan kami tepat. Laluan hari ini sama seperti semalam, laluan lereng bukit. Kebanyakkan jalan di sini tiada jalan potong bukit. Semuanya jalan menyusuri lereng bukit. Kami dikerah untuk menjadi raja bukit. Ketika berada di sinilah basikal aku mengalamai masalah. Joe menegur aku dari belakang mengatakan rack basikal aku senget ketika melintasi sebuah kampung. Sampai di hujung kampung, aku berhenti dan nampak salah satu skru yang mengikat rack ke badan basikal telah patah. Inilah apa yang diberitahu Sean semalam. Apabila pannier tak diikat kemas, ia akan sentiasa menghentak rack dan lama-kelamaan skru mengikatnya boleh patah. Lesson learned today. Mujur aku ada spare skru serta extra skru inlet pada body basikal. Aku pasangkan semula rack di kedudukan inlet yang baru. Ketatkan. S.E.T.T.L.E. Seakan-akan baru keluar kedai.

Layan 5km downhill. Memang seronok tapi tangan penat menarik brek.

Di bawah sana adalah laluan downhill 5km yang akan kami tempuhi. Let's go.

Kayuh membelah langit biru. Cuaca di sini memang tak mengecewakan. Langit sentiasa membiru.

Apa yang aku perasan ketikan melalui kawasan kampung pergunungan sebegini adalah tiada rumah ibadah seperti kuil. Tidak seperti di bandar-bandar utama. Apakah agama yang mereka anuti? Atau mereka tak beragama?

Salah satu skru pengikat rack telah patah akibat hentakan berterusan pannier yang tak diikat ketat.

Disebabkan skru pemegang patah, rack telah menyenget.

All settle. Good as NEW

Ketika melalui laluan tepi lereng bukit ini, terdapat kerja-kerja baik pulih jalan sedang dilakukan. Aku perhatikan, jika ada lekukan (tak jadi lubang pun lagi) pada jalan, mereka akan tanda kawasan itu dan akan dibaiki kemudian. Kalau di Malaysia, kalau ada lubang sebesar kolam di atas jalanraya, selagi tak berlaku kemalangan, tak viral atau lambat lagi nak PRU, jangan harap ia akan dibaiki (Bukan semua kawasan laa-kan, sesetengah tempat jerk). Mereka bertindak pantas mungkin kerana jalan ini merupakan jalan utama untuk ke China. Kemungkinan Kerajaan China mengeluarkan perbelanjaan kerana tak mahu ada sebarang masalah penghantaran melalui jalan darat serta memudahkan warganegara mereka ulang alik ke Laos. Di sepanjang jalan kami sentiasa bertembung kereta-kereta biasa dan mewah bernombor plat China.

Rumah tradisional beratap rumput-rumput kering.

Setelah layan downhill 5km masa untuk uphill pulak.

We made it. Macam tak percaya kami sampai di atas melihatkan jalan bawah yang kami lalui tadi.

Another breath taking view from Laos

NegaraKU......

Pen-touring dan papan tanda KM memang tak boleh dipisahkan

Selesai melalui laluan berbukit ini, kami berhenti di tepi jalan untuk lunch sebelum menyambung semula kayuhan. Kami menempuh pekan Pho Kham kira-kira jam 1600. Kelihatan seperti ada kenduri sedang diadakan. Rupa-rupanya, hari ini merupakan hari Makan Besar bagi kaum Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina. Mungkin mereka sedang mengadakan makan besar bersama keluarga. Rancangan asal adalah untuk bermalam di sini tapi kami lajak sedikit kayuhan kerana hari masih awal. Sampai di sebuah kampung, aku cuba meminta air paip daripada budak-budak kampung yang berada di luar rumah. Ketika ingin meminta, salah seorang daripada mereka berbahasa inggeris dengan aku dan mereka sudi berikan air kepada kami. Pada awalnya aku sangka mereka akan tunjukkan di mana paip air tapi mereka beri aku air daripada botol simpanan air mereka. Baru aku teringat, kampung di kawasan pergunungan, kebanyakkan rumah menadah air daripada satu punca air (biasanya paip di tengah kampung). Aku berasa segan kerana mereka sanggup berikan air simpanan mereka kepada kami. Aku tak henti-henti puji remaja tadi kerana fasih berbahasa Inggeris. Terima kasih semua di atas bantuan. Kami terus kayuh dan tak henti-henti memuji mereka.

Inilah budak-budak muda yang memberi kami air. Lelaki berbaju hitam itu boleh berbahasa Inggeris skit. Mereka berikan bekalan air daripada botol mereka dan bukan daripada paip. Terima kasih banyak-banyak. Masih ada orang yang sebaik ini di dunia ini. THUMBS UP.

Selang beberapa kilometer, kami behenti di sebuah kedai makan tepi jalan yang tak beroperasi. Hari masih awal. Berdasarkan peta, laluan selepas ini adalah menurun tapi akan ada mendaki semula selepas itu. Hanya tinggal lebih kurang 70km untuk ke Luang Prabang. Tapi kami memutuskan untuk play safe. Tak perlu tergesa-gesa untuk ke Luang Prabang. Kami buat keputusan untuk bermalam sahaja di sini. Tempat ini juga menarik kerana dapat lihat pemandangan gunung-ganang. Pada awalnya kami ingin memasang khemah, tetapi kami bentangkan sahaja alas/ground dan terus tidur di bahagian dapur kedai ini. Kami meminta kebenaran orang di kedai sebelah dan pekerja kedai berdekatan untuk tidur di sini. Tiada sumber air di sini, jadi kami harus jimat menggunakannya. Setelah hari menjadi gelap, kami mula memasak maggi dan air sebagai menu makan malam. Selesai makan, kami rileks sebentar. Oleh kerana keadaan di sini gelap-gelita, tiada banyak perkara yang boleh dilakukan. Jadi kami terus bersiap untuk tidur. Di awal malam keadaan sekeliling tak terlalu sejuk, tapi apabila masuk lewat malam, deruan angin membuatkan kami kesejukkan. Mujur aku telah bersedia dengan sleeping bag. Alhamdulillah. Kami dapat tidur dengan lebih tenang pada malam ini walaupun sedikit kesejukkan.


Gerai makan terbiar tepi jalan ini menjadi 'rumah' kami untuk malam ini.

Penampakan 'susuk' badan yang masih lena tidur. Inilah ruang tidur kami.

Bersama dengan pekerja kedai berdekatan, Ye Sung namanya. Dia menyimpan motornya di dalam gerai ini. Tak pasti samada dia pemilik kedai atau tak. Kami meminta kebenarannya untuk tidur di sini. Dia kata OK. Siap nak pasangkan lampu tapi kami cakap tak payahlah. "khop chai" Ye Sung.

Day 7: Gong Xi Fa Cai


Deruan angin subuh pada jam 0540 telah membangkitkan aku daripada lena agar menyegerakan menunaikan kewajiban walaupun sedang bermusafir. Selesai subuh aku terus 'open' dapur untuk sediakan sarapan. Seperti biasa masak air panas dahulu, kemudian bancuh air nescafe dan akhir sekali pek kembara, pemberi tenaga untuk kayuhan hari ini. Selesai mengemas dan sebelum memulakan kayuhan, kami sempat mengucapkan terima kasih kepada Ye Sung kerana membenarkan kami tidur di sini. Aku baru sedar, hari ini adalah Hari Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai. Melihatkan anak-anak muda berjalan kaki menuju ke sekolah sambil menyapa kami, aku baru sedar tiada cuti perayaan bagi Laos untuk hari ini. Apa-apa pun selamat belajar adik-adik.

Suasana hening pagi yang tenang di Phoudam, tempat bermalam kami.

Hari ini kami akan menuju ke destinasi terakhir kembara berbasikal di Laos iaitu Luang Prabang. Salah satu destinasi pelancongan utama di Laos selain Vientiane dan Vang Vieng.  Laluan hari ini masih sama seperti hari sebelumnya. Sekarang kami berada di ketinggian ~1,400m dari aras laut. Kami akan menuruni bukit sejauh 18km dan akan mendaki lagi selepas itu untuk sampai ke Pekan Phya. Dari situ kami akan turun ke pekan Xiang Ngeun dan terus mengayuh sehingga Luang Prabang. Menuruni bukit dengan basikal sejauh 18km dan dihidangkan pemandangan gunung-ganang memang teruja bunyinya, tapi tidak kalau berada di Laos. Kami perlu fokus dan bersedia untuk menarik brek pada bila-bila masa kerana keadaan jalan yang tak menentu. Daripada jalan ber-tar tiba-tiba berbatu-batu dan berlubang. Ketika menuruni bukit ini, kami sempat singgah sebentar di tepi jalan untuk melihat orang tempatan menjual sayur-sayuran dan TIKUS. Betul. Mereka menjual tikus mati dan tikus HIDUP yang besar dan digantung di depan pondok jualan mereka. Kalau di Malaysia memang dah 'exterminate' binatang ini. Tapi tidak di sini. Mungkin tikus-tikus gunung ini tak sekotor tikus-tikus jalanan. MUNGKIN laa kann.


Sempat bergambar dengan orang Belanda yang tengah jelajah Laos dengan Superbike. Dia kata dia pernah kerja di Pulau Kapas, Terengganu. Apa-apa pun steady bohhh....

18KM downhill. Kebas tangan tarik brek oiii. Jalan pula sentiasa berselekoh dan sempit. Layankan jerr...

"Mak cik, masak ape sedap tikus ini ek?"

Ini pulak yang masih hidup. Badan montel. Rasa kasihan pun ada.

Landskap sekeliling agak berbeza ketika downhill. Seakan-akan seperti kawasan gunung-ganang yang tandus.

Kadang-kadang terpaksa follow bontot lori. Kalau dah slow sangat potong sahaja macam El Pescao.

Selesai downhill, kami tiba di sebuah perkampung kecil dan terdapat sungai hijau yang tenang mengalir di sini. Tak banyak kenderaan lalu di sini dan kanak-kanak seronok bermain di luar rumah. Ya Allah, indah dan nyaman sungguh kampung ini. Landskap di laluan ini berubah daripada pokok-pokok hutan kepada pohon buluh yang hidup mekar di tepi jalan. Deruan angin kencang membuatkan pokok buluh seakan-akan melambai ke arah kami. Aku memperlahankan kayuhan untuk menghayati sepenuhnya suasana sekeliling. Walaupun laluan ini adalah laluan mendaki tetapi disebabkan suasana yang tenang ini, aku lupa akan kepenatan mengayuh basikal. Sewaktu melalui jalan ini, kami bertemu dengan lima orang mat saleh yang sedang berkayuh bersama van escort. Kami sempat menegur mereka ketika kami sedang asyik bergambar. Mereka berasal dari Alaska. Ya. Tempat sejuk yang berada berhampiran kutub utara. Mereka sudah biasa dengan sejuk tapi tidak untuk cuaca yang panas sebegini. Kami berhenti lunch di sebuah pondok di tepi jalan yang menghadap ke arah gunung-ganang. Aku rasa ini adalah port lunch paling terbaik sepanjang kayuhan kami.

Sungai hijau yang tenang, setenang jiwaku ini. Aicehh..

Setelah downhill 18km, kami sampai di perkampungan dengan sungai yang menghijau ini

Landskap sekeliling berubah sekali lagi. Kami disambut oleh lambaian pohon buluh di tepi jalan.

Kami perlu mendaki bukit di hadapan ini untuk ke pekan seterusnya. Mental jugalah sebab boleh nampak jalanraya yang bersimpang-siur menuju puncak bukit.

Bergambar dengar dua daripada lima pelancong dari Alaska. Dia cakap "PANEHH". Tak larat mengayuh kat sini.

Gunung dan Laos tak boleh dipisahkan

Port makan tengah hari yang terbaik. Siap ada view gunung-ganang lagi.

Sebaik sahaja aku berhenti di sini untuk lunch, ada seorang mat saleh sedang berbasikal bersama beg galas berhenti menyapa kami. Namanya Victor dan berasal dari Belanda. Alang-alang nak lunch, aku ajak dia join sekali. Dia terima pelawaan kami. Aku siap promote rendang (dalam pek kembara) kepada Victor untuk dia rasa.  Aku siap cakap "rendang is the best dish based on review by CNN." Dia pun teruja untuk merasa lunch kami. Sambil menunggu lunch siap, kami sempat berborak dengan Victor. Ini merupakan trip solo pertama yang lama untuknya. Keluarga dia memang menggalakkan anak-anaknya mengembara solo, kerana keluarga mereka memang suka travel. Dia baru sahaja habis 'high school' dan umurnya baru 19 tahun. Beg galas yang digendong itulah merupakan barang yang  dibawa untuk pengembaraan ini. Hebat. Apabila ditanya adakah pernah ke Malaysia, dia kata belum tapi Ibu Bapa dia menjadikan Malaysia sebagai destinasi Honeymoon. Ini bermakna Malaysia merupakan destinas istimewa bagi kedua ibu bapa-nya. Kami beri Victor merasa lunch kami. Pada mulanya dia kata dia baru sahaja lunch, jadi dia hanya rasa sesuap sahaja. Tapi setelah dipaksa, dengan senang hati dia menghabiskan bahagian yang kami berikan kepadanya. Dia suka dengan pek kembara ini. Sebelum berpisah Joe ada beri beberapa pek Nestum dan ternyata dia gembira sekali menerimanya. Victor mengayuh bertentangan arah dengan kami. Jadi, kami tinggalkan Victor dengan mengingatkan dia bahawa ada bukit sejauh 18km harus didaki di hadapan. Good luck Victor.

Bersama dengan Victor dari Belanda. Nice and friendly orangnya. Sempat bagi merasa rendang daging kami.

Inilah basikal yang disewa Victor untuk menuju ke Vang Vieng berseorangan. Good luck Bro.

Kami meneruskan kayuhan dengan lebih bersemangat untuk sampai ke Luang Prabang. Tapi semangat itu hanya sementara sahaja kerana terpaksa mengayuh dengan cuaca yang panas terik. Kami hanya mengayuh mengikut kemampuan masing-masing sahaja memikirkan hari ini hari terakhir kami berkayuh. Tak perlu kejar untuk ke destinasi yang dituju. Apabila tiba di sebuah perkampungan di atas puncak bukit, iaitu Phya, kami sedar ini adalah perkampungan bukit yang terakhir sebelum kami turun menuju ke Luang Prabang setelah melintasi banyak perkampungan bukit di sepanjang jalan. Pelbagai ragam yang dapat kami lihat apabila melintasi perkampungan kecil seperti ini. Lambaian, senyuman dan sapaan mesra daripada penduduk kampung seakan-akan seperti tonik untuk kami lebih bersemangat mengayuh terutama di kawasan pergunungan  seperti ini. Kami akan sentiasa ingat kenangan yang terindah ini.

"Success is follow by hardwork"

Hangat matahari boleh membuatkan kulit terbakar, tapi hangat lagi jiwa yang sedang memberontak ini. Cewahh..

Take 5 di bawah rimbunan pokok. Panas-panas.

Tiga hari layan gunung-ganang dan panas terik

Perkampungan kecil yang berada di celah gunung-ganang

Final downhill before arrive at Xiang Ngeun and lastly Luang Prabang

Kami turun dengan laju menyusuri lereng-lereng gunung dengan angin sejuk menerpa ke muka. Tanpa disedari, kami telah sampai di pekan Xiang Ngeun. Sebuah pekan persimpangan utama untuk ke Luang Prabang atau Muang Nan. Ketika lalu di pekan ini, sesi persekolahan baru saja tamat. Kami berkayuh bersama-sama dengan pelajar yang pulang ke rumah. Gadis-gadis kelihatan malu-malu kucing apabila kami 'ber-sabaidee'/menyapa mereka. Ada juga budak-budak lelaki yang mahu berlumba dengan kami dengan memotong kami dengan laju dari belakang. Melihat mereka ini berbasikal, aku ingin tahu sejauh mana rumah mereka sehingga terpaksa kayuh berkilo-kilometer untuk ke sekolah. Pelajar terakhir yang bersama kami tiba di kawasan rumahnya setelah mengayuh kira-kira 4-5km. Inilah rutin harian mereka hanya untuk ke sekolah. Hebat sekali. Kami berasa gembira apabila masuk simpang menuju Luang Prabang. Suasana seperti di Vang Vieng mula kelihatan. Tapi sebelum tiba ke Luang Prabang ada bukit yang agak pacak perlu didaki. Walaupun sebelum ini kami telah mengayuh ber-kilometer di kawasan pergunungan, mengayuh di bukit ini memang terrr-sangat penat seakan-akan menguji kami sebelum tiba di Luang Prabang. Setelah mendaki tiba masa untuk turun dan menghayati keindahan alam. Jalanraya di sekitar Luang Prabang lebih baik mungkin kerana ini merupakan kawasan pelancongan. Kami tak perlu risau tentang jalan berbatu-batu dan berlubang apabila menuruni bukit. Kami memecut laju dengan penuh yakin.

Xiang Ngeun juga merupakan pekan persimpangan utama.

Sungai berdekatan pekan Xiang Ngeun

Merenung jauh gunung-ganang yang kami takluki selama tiga hari. Perjalanan ke Luang Prabang lebih santai.

Mengayuh bersama kanak-kanak yang baru tamat sesi persekolahan. Daripada jalan ber-tar tibab-tiba menjadi teruk sebegini. Kalau di Malaysia memang tak undi dah wakil rakyat dekat sini.

Tolak adik jangan tak tolak. Abang beransur pergi dulu.

FINALLY. Our last destination. Luang Prabang.

Setibanya di sini, perkara pertama yang kami tuju adalah tempat makan. Perut kosong dan tenaga kami sudah jatuh ke paras merbahaya. Ketika mencari tempat makan, aku dan Joe sempat melihat-lihat bilik kosong di hotel sekitar Sungai Mekong tapi semuanya FULLY BOOK. Kami sudah tak keraharuan tapi apa-apa hal pun, isi perut dahulu. Kami berhenti makan di Restoran Chennai bersebelahan Sungai Mekong. Selesai makan, kami memulakan misi mencari tempat tidur setelah usaha mencarinya di booking.com dan Agoda gagal. Di Luang Prabang memang bersepah-sepah guest house terutama di kawasan tepi sungai Mekong. Kebanyakkan penduduk tempatan menjadikan rumah mereka sebagai Guest House. Tapi nasib kami memang tak baik kerana SEMUA guest house yang kami pergi telah FULL. Segenap lorong-lorong kecil kami terokai tapi gagal. Kami tak dapat merasai keindahan malam di Luang Prabang kerana sibuk mencari tempat tidur. Hari ini merupakan Tahun Baru Cina. So.... faham-faham-lah. Ada beberapa orang yang cuba menawarkan bilik kosong tapi mereka mengambil kesempatan dengan meletakkan harga yang sangat tinggi. Mereka berikan harga 400,000 kip ~ RM200.00/mlm, setelah kami menolak mereka menurunkan harga menjadi 300,000 kip ~ RM160.00/mlm. Masih mahal dan tak berbaloi. Mereka cuba mengambil kesempatan kerana tahu ada pelancong yang terdesak mencari tempat tidur. Aku dan Joe hanya mahu tidur semalaman dan awal-awal pagi kami akan ke jeti untuk menaiki bot. Memang tak berbaloi. Akhirnya kami terima hakikat tiada bilik yang kosong. Kalau ada pasti mereka kenakan harga yang mahal.

Berkibar megah jalur gemilang di bumi Luang Prabang. SALUTE

Kelebihan makan nasi Biryani. Portion yang banyak dan sesuai bagi orang yang tengah kebulur.

Layan sunset di tepi sungai Mekong.

Restoran Bot Sungai Mekong yang beroperasi hanya pada waktu malam. Siap ada karaoke.

Bagi menghilangkan penat mencari tempat tidur, kami singgah di Restoran Nisha, pekena teh tarik dahulu. Selesai supper, kami telah putuskan untuk lepak sahaja di tepi Sungai Mekong sambil menunggu subuh. Kerja gila tapi seronok. Kami tak berapa risau kerana di Luang Prabang ramai pelancong yang ber-pesta sehingga subuh. Jikalau mengantuk kami lelapkan mata seketika di atas bangku tempat kami lepak. Kami tak mahu pusing-pusing di sini ketika lewat tengah malam kerana anjing-anjing agak ganas pada waktu-waktu begini. Jadi kami hanya lepak di sebuah meja batu di bawah pohon besar bersebelahan sungai mekong. Takpe. Esok kami akan tidur puas-puas dalam bot.  

Cyclo Zero di bumi Luang Prabang. Kami tak dapat ambil gambar port  kami lepak tepi sungai mekong sehingga subuh kerana kepenatan berjalan mencari bilik kosong.

Day 8: Time moving really SLOW-LY


Jam menunjukkan pukul 0445. Joe tidur dengan lena di atas bangku, tapi aku hanya dapat lelapkan mata sekejap sahaja kerana serangan bertalu-talu nyamuk dan kesejukan daripada angin sungai Mekong. Waktu pagi yang hening ini, aku dapat lihat seorang mat saleh tak dapat tidur dan duduk di balkoni hostel sambil menghirup udara segar awal pagi. Di Luang Prabang akan diadakan satu upacara istimewa setiap awal pagi. Upacara mendapatkan berkat daripada sami-sami buddha dengan beri makanan kepada mereka. Pek makanan KHAS perlu dibeli terlebih dahulu dan dikendaki duduk di tepi jalan sambil menunggu ketibaan sami. Ramai pelancong yang sertai upacara ini dan ramai juga jadi penonton. Luang Prabang memang satu tempat yang istimewa. Ye lah-kan. Kawasan UNESCO World Heritage kot Luang Prabang nie. Kami tak dapat menghayati sepenuhnya bandar ini kerana perlu mengejar masa. Suatu hari aku akan kembali ke sini untuk lawati tempat-tempat menarik serta menyelami adat-adat di sini.

Sami-sami buddha muda dan tua akan beratur mengambil makanan daripada mereka yang ada 'set' makanan KHAS yang perlu dibeli.

Sami-sami buddha ini akan mendoa mereka yang beri makanan ini.

Set makanan KHAS ini perlu dibeli di sekitar kuil ini. Ramai pelancong asing sertai upacara ini. Bagi warga tempatan, ini satu kewajiban untuk mendapat berkat sami

Hari ini kami tak lagi mengayuh sebaliknya akan menaiki bot menuju pekan kecil Huaxay yang bersempadanan dengan Thailand. Ada dua jenis bot untuk ke sana iaitu SPEED BOT atau SLOW BOAT. Kami memutuskan untuk mengambil slow boat bagi merasai pengalaman berharga ini dengan perlahan-lahan. Trip slow boat hanya berjalan sehari sekali sahaja. Jadi bagi mereka yang tak suka aktiviti slow-slow begini disarankan naik sahaja SPEED BOT. Tapi kalau naik speed boat kena pakai helmet motosikal. Yes. Kami tak tipu. Penumpang memang kena pakai helmet. Menunjukkan betapa laju-nya speed boat nie.

Slow Boat (Luang Prabang - Huaxai - Luang Prabang)
Cara untuk beli tiket:
1) Terus ke jeti yang terletak di luar kawasan bandar Luang Prabang sejauh ~6/7km.
atau
2) Nak senang beli dengan travel agent di bandar Luang Prabang.  (Kami pilih yang ini)

Harga tiket:
Harga pakej kami bernilai 70USD/dua orang. Kami bayar dalam USD kerana tak cukup duit Laos. Pakej termasuklah tiket bot + tuk-tuk ke Huanxai. Tak termasuk penginapan di Pak Beng. Kalau beli di jeti lebih murah. Extra 50,000kip/2 basikal dikenakan jika bawa basikal.

Tempoh perjalanan:
2 Hari 1 Malam. Bermalam di Pak Beng dan sambung semula keesokkan pagi terus ke Huaxai. Perjalanan untuk sehari mengambil masa lebih kurang 10 jam (0900 - 1800).

Kami memasukkan basikal kami ke dalam tuk-tuk dan menyangkakan hanya kami sahaja yang akan menaiki tuk-tuk ini. Rupa-rupanya, pemandu tuk-tuk mengutip pelancong-pelancong lain yang mahu ke jeti slow bot. Jadi kami pindahkan basikal ke atas tuk-tuk. Setibanya di jeti, kelihatan ramai pelancong asing mula berkumpul. Setelah urusan di kaunter bot selesai, aku dan Joe mengangkat basikal dan beg turun ke jeti. Basikal akan diletakkan di atas bot manakala beg-beg akan disimpan di tempat penyimpanan iaitu di bawah lantai bot.

Tiba di jeti slow boat dengan menaiki tuk-tuk

Jeti ini dipenuhi mat saleh yang mahu ke Thailand

Basikal akan diletakkan di atas bot. Time to sail. Adiosss Luang Prabang.

Slow bot menuju Pak Beng ini luas, seakan-akan seperti berada dalam bas. Di dalam bot ini ada kemudahan tandas dan terdapat jualan kecil-kecilan. Penumpang bebas memilih tempat duduk. Setelah semua urusan penumpang dan penyimpanan barang selesai, kami mula bergerak sekitar jam 0845. Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di atas bot ini selain daripada borak dan tidur. Nak berborak pun terpaksa tinggikan suara kerana bunyi enjin yang kuat. Di awal perjalanan para pelancong termasuklah kami tak putus-putus ambil gambar sekeliling. Tapi setelah menyusuri sungai mekong selama 2-3 jam, masing-masing nampak kebosanan. Bot ini akan menuju ke pesisir sungai untuk menurun dan mengambil penumpang. Kepantasan diperlukan ketika naik dan turunkan penumpang. Apabila bot menghampiri pesisir sungai, penumpang harus terus lompat. Aku sempat saksikan orang di darat terpaksa melemparkan barang-barang penumpang yang sudah naik ke atas bot sambil bot menjauhi daratan. Menjerit-jerit penumpang meminta barangnya dilempar. Memang mendebarkan. Suatu pengalaman yang istimewa.

Kapten steady mengemudi bot apabila ada arus sungai yang deras.

Suasana dalam slow boat. Siap dengan langsir lagi.

Satu pengalaman yang berharga menaiki slow boat

Landskap sekeliling juga tak mengecewakan

Sungai Mekong merupakan nadi utama rakyat Laos

Ini merupakan salah satu perhentian slow bot ini. Bot cuma akan menghampiri tebing. Penumpang yang akan melompat masuk atau keluar daripada bot. Kapten dan pembantu bot memang pakar mengemudi untuk mengelakkan bot berlanggar dengan batu di tebing sungai

Suasana senja yang mengasyikkan di Sungai Mekong

Setelah menyusuri sungai mekong selama hampir 10 jam, kami tiba sekitar jam 1830 di  Pak Beng. Esok, kami akan menyambung perjalanan ke Huaxay. Slow boat tak beroperasi pada waktu malam. Apabila jejak sahaja kaki ke daratan, ramai budak-budak kampung yang ingin bantu kami mengangkat barang, tapi aku tolak dengan berhemah pelawaan mereka. Di sekitar jeti Pak Beng terdapat pemilik guest house yang menawarkan tempat tidur. Sambil Joe memunggah basikal, aku survey harga tempat tidur dengan mereka. Kebanyakkan guest house di sini tak mahal dan bilik yang kami ambil hanya berharga 70,000 kip/bilik ~ RM36.00 lebih, lengkap dengan tandas dan dua katil single yang selesa. Pemilik guest house juga tahu berbahasa inggeris, memudahkan aku untuk bertanya. Selesai check in, kami menyegarkan diri dan ber-dinner dengan pek kembara. Selepas itu kami pusing-pusing di sekitar pekan Pak Beng untuk lihat suasana malam di sini. Walaupun Pak Beng pekan kecil, terdapat bar, restoran dan guest house di sini. Pekan Pak Beng adalah pekan persinggahan slow boat. Jika tiada jeti dibina di sini berkemungkinan ia hanyalah sebuah perkampungan tepi sungai yang biasa.

Guest house kami, 70,000 kip/malam, dapat discout 10,000kip. Terima kasih owner GH yang peramah dan banyak menolong kami ketika di sini.

Thi-Phavan Guest House. Sebuah rumah penduduk tempatan yang di-renovate menjadi guest house

Suasana di sekitar pekan Pak Beng pada waktu malam

Check kot-kot ade makanan halal yang boleh dimakan.

Hanya warga asing sahaja yang berada di sini pada waktu malam.

Bakery shop. Roti sedap-sedap tapi aku ragu-ragu nak makan.

Salah satu bar yang berada di Pak Beng. Macam 'Red Light' district pulak.
 

Day 9: Let improve our English


Dapat tidur atas katil memang satu kepuasan setelah kayuh berhari-hari. Pukul 0540 aku bangun dan bersiap untuk ke jeti. Selesai mengemas sekitar jam 0700 kami menolak basikal menuju jeti. Setibanya di jeti, kami diberitahu bot ke Huaxay bukanlah bot semalam tapi sebuah bot lain. Bot hari ini lebih cantik berbanding semalam. Kami merupakan penumpang pertama yang tiba. Selesai mengikat basikal di atas bot dan meletakkan beg, kami naik semula mencari kedai kopi. Selesai minum kami terus menuju ke bot dan kebanyakkan penumpang ke Huaxay adalah penumpang yang sama. Oleh kerana kami masuk lebih awal ke dalam bot, kami dapat memilih tempat duduk empat kerusi yang berserta meja.

Good morning Pak Beng. Bersiap untuk perjalanan ke Huaxay.

Jeti Pak Beng pada pagi yang indah

Kita layan kopi Laos dulu sebelum belayar merentas ombak badai

Kantin dalam bot yang menuju ke Huaxay. Harga memang luar biasa

Susunan kerusi yang lebih teratur berbanding bot semalam. Lantai bot juga berkilat.
Aku perhatikan, para pelancong akan mengambil tempat duduk di bahagian belakang manakala warga tempatan duduk di ruang hadapan bot. Mungkin untuk memudahkan mereka turun ke destinasi masing-masing. Kebanyakkan warga tempatan akan turun di pertengahan perjalanan. Hanya warga asing sahaja yang akan ke Huaxay.  Ketika penumpang sibuk mencari tempat duduk, seorang wanita China minta untuk duduk satu meja dengan kami. Dia juga salah seorang penumpang bot semalam. Dia memperkenalkan diri, Mei Rong, berusia 45 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai anak dan sedang travel bersendirian. Dia seorang yang suka berbual dan berkongsi cerita tapi disebabkan pengunaan english-nya yang terhad, agak terbatas pemahaman aku. Apabila berbual dengannya, aku tak boleh skip ceritanya kerana dia akan tanya aku balik sama ada aku faham atau tak. Dia juga akan tanya istilah english yang sesuai untuk sesuatu perkara. Jadi aku perlu fokus apabila mendengar ceritanya. Tak mengapa lah. Kita layankan sahaja. Lagipun takde apa-apa yang boleh dibuat di atas bot ini.
   
Seorang penumpang "misteri" beristirehat di bahagian belakang bot

Hari ini adalah hari ahad. Ada pasar hujung minggu di tepi sungai.

Perbualan kami berlanjutannya sehingga sejam lebih. Lama-kelamaan dia perasan riak wajah aku yang sedaya upaya cuba untuk memahami ceritanya. Jadi kami berhenti berbual seketika. Apabila Joe sertai aku, perbualan bersambung dan kali ini aku biarkan Joe berbual dengannya. Kami tak kisah sangat sebab memang tiada apa yang hendak dibuat di atas bot selain daripada tidur, makan, minum dan berborak. Menjelang tengah hari, ketika masing-masing buat hal sendiri, ada yang berborak, tidur dan bermain permainan, tiba-tiba kedengaran alat muzik tradisional dimainkan. Sekumpulan warga tempatan yang duduk di bahagian depan bot memainkan alat muzik, memecah kesunyian. Pada awalnya mereka hanya memainkan muzik, tapi lama-kelamaan, bila dah naik 'syeikh', ada yang menanyi dan menari. Walaupun ia hanya muzik yang simple, tapi kami (para pelancong) cukup terhibur dikala kebosanan yang melampau.


Ewahhh. Joget lagi makcik, joget lagi. Ewahh...

Bila nampak bot dengan bendera Thailand, aku dapat rasakan destinasi kami semakin dekat. Tanah seberang sana adalah Thailand dan seberang sini pula adalah Laos.

Apabila tiba di Huaxai nanti, kami tak pasti sama ada akan terus masuk ke Thailand atau menginap semalaman di sini. Ini kerana border di sini tak dibuka  24 jam. Hanya waktu yang menentukan. Bot kami memasuki pesisir sungai Huaxay kira-kira jam 1800. Nampak gayanya kami terpaksa bermalam di Huaxay. Mei Rong beritahu yang dia akan ikut kami apabila tiba di sana. Aku dan Joe tak kisah. Lagipun dia seakan-akan buntu dan sukar untuk berkomunikasi dengan warga tempatan dan mat saleh. Setibanya di Huaxay kami menolak basikal sahaja dan berjalan kaki bersama-sama Mei Rong menuju bandar untuk mencari tempat penginapan. Alhamdulillah, kami dapat sebuah bilik dengan Aircond + 1 katil Queen + 1 katil single + tandas dengan harga 100000 kip sahaja. Bilik memang memuaskan bagi seorang backpackers.

Ruang bilik yang besar dan selesa. Terbaik.

Kawasan sekitar hostel.

Dari depan tak nampak bangunan ini. Tapi apabila pekerja hostel bawa kami ke bahagian belakang, WOW. bagunan hostel dah macam Resort.

Selesai mandi dan bersolat, kami akan makan malam di luar bilik yang ada disediakan kerusi. Joe keluar sebentar untuk survey tiket bas dari Huaxai ke Bangkok melalui agen pelancongan di sini. Mahal Ya Rabbi, ~42 USD. Kami putuskan untuk cari tiket bas di Chiang Kong, Thailand sahaja. Iaitu sebuah bandar sempadan Thailand-Laos ini. Ketika sedang menyiapkan pek kembara, jiran bilik kami baru pulang daripada makan malam dan sertai kami. Dua orang lelaki dari Perancis dan sedang ber'touring'. Salah seorang bernama Julian. Apa yang menarik adalah mereka memulakan perjalanan dari Malaysia dan basikal yang dipakai juga dibeli di Malaysia, iaitu Marin 4 corner. Sedang rancak berbual, seorang backpacker dari Kanada datang dan berbual bersama. Dia berasal dari Quebec, Kanada dan kawasan Quebec ini merupakan satu kawasan yang mana rakyatnya berbahasa perancis, ala-ala France Village. Jadi mamat ini boleh berbahasa Perancis, maka bertambah rancak-lah dia dan dua orang Perancis ini berbual. Di lewat perbualan, seorang rakyat Laos yang fasih berbahasa Inggeris, bernama Tony duduk sertai kami. Memang meriah. Kami menghabiskan malam terakhir di Laos dengan mereka, berbual bermacam-macam topik, gebang sana-sini dan berkongsi makanan. Isu Trump-lah, Isu Wanita Muslim-lah, Isu Orang China makan anjing-lah. Walaupun baru kenal, kami juga saling usik-mengusik terutama sekali si Julian. Julian kata dia lebih suka berborak dengan kami berbanding mat saleh US atau UK kerana dia kata ada segelintir daripada mereka yang bercakap English terlalu laju dan ada yang seperti menyindir "You don't know the meaning of this...". Julian pon sedang cuba nak belajar English. Apa-apa pun kami memang terhibur pada malam itu. Mungkin 'jiwa' backpackers dan bertouring nie boleh sekepala kot. Kami putuskan untuk masuk tidur dahulu dan memberikan satu pek kembara sambil ucap selamat tinggal kepada mereka.

Day 10: Sawadikap and Kapkunkap


Seperti biasa, aku bangun dan terus ke tandas untuk mandi dan solat. Disebabkan hari masih awal, aku berjalan-jalan sekitar bandar Huaxay pada waktu pagi. Kelihatan warga tempatan sedang bersiap untuk membuka perniagaan. Sedang berjalan kedengaran loceng dari kuil Buddha berdekatan. Selang beberapa minit pemilik-pemilik kedai duduk di luar seperti menunggu sesuatu. Rupanya budaya memberi sami makanan juga dipraktikkan di sini tapi tidak sesibuk seperti di Luang Prabang. Setibanya di bilik, Mei Rong dan Joe sudah siap mengemaskan diri. Sebelum check out kami bersarapan di kedai makan milik hostel ini. Kelihatan Tony juga sudah bersiap untuk memulakan harinya tapi kami ajak dia bersarapan bersama. Selesai sarapan kami ucapkan selamat tinggal kepada Mei Rong yang akan menaiki tuk-tuk menuju ke border Thailand. Aku, Joe dan Tony masih duduk berbual. Aku mengambil kesempatan untuk menemuramah Tony kerana dia boleh berbahasa Inggeris. Pelbagai persoalan dilontarkan kepada Tony berkenaan budaya dan masyarakat Laos.


Tangga menuju ke kuil buddha di Huaxay

Suasana pagi di bandar Huaxay

Sami-sami ini akan berjalan mengambil makanan dan akan berhenti sejekap untuk berdoa


Bergambar bersama Mei Rong dan Tony sambil bersarapan

Selesai berborak, kami memulakan perjalanan menuju jambatan sempadan merentasi sungai mekong yang jaraknya kira-kira 10km. Setibanya di imigresen kami terus ke kaunter untuk cop keluar. Kami keliru di pintu mana kami perlu bawa basikal kami. Setelah pusing di sekitar kompleks dan bertanya, rupa-rupanya kami sepatutnya terus membawa basikal ketika menge-cop pasport tadi. Untuk ke Chiang Kong, Thailand, anda tak dibenarkan mengayuh basikal atau berjalan kaki merentasi jambatan. Sebaliknya kami perlu menaiki bas yang hanya mengambil masa ~3 hingga 4 minit perjalanan sahaja. Tambangnya seperti berikut; (tiket 20 baht + basikal 100 baht). Apabila merentasi friendship bridge ini aku mengenang kembali memori-memori pahit dan manis berkayuh selama seminggu selama seminggu di Laos. Ia akan menjadi kenangan terindah kami. Alhamdulillah, kami masih selamat dan masih diberi perlindungan Allah. Sampai di Kompleks Imigresen Thailand, kami cop pasport kami dan terus menuju keluar. SAWADIKKAP. WELCOME TO THAILAND.

Tony akan pusing sekitar Huaxay sebelum masuk ke Thailand pada hari esok. Good luck on your study Bro.

Another perfect day to enter Thailand

Disebabkan tiada lagi sambungan movie, TED telah berhijrah ke Laos dan memulakan perniagaan kecil-kecilan di sini. Badan pon dah berisi.

Dari kompleks imigresen Chiang Kong ke bandar, jaraknya lebih kurang 12km. Jadi kami perlu mengayuh merentasi tanah gersang sebelum tiba di bandar. Keluar sahaja kompleks imigresen kedengaran anjing-anjing menyalak. Di Thailand memang terkenal dengan telatah anjing yang suka kejar-mengejar para pen-touring. Mujur kami tak terserempak dengan 'anjing yang obses' ini ketika di Thailand. Lebih kurang 20 minit kayuh, kami tiba di persimpangan untuk ke bandar Chiang Kong. Suasana yang berbeza dari Huaxay dapat dilihat, di mana terdapat banyak pasar dan kedai runcit. Dalam perjalanan menuju ke bandar, kami melalui sebuah kompleks bas terminal (Nampak macam Baharu). Tiada penumpang langsung di sini sewaktu kami tiba sekitar jam 1100. Kami bertanya harga tiket untuk ke Bangkok. Alhamdulillah, harganya jauh lebih murah jika beli di Huaxai. Kami tak beli terus tiket kerana perlu tukar duit Baht dahulu di bandar dan akan kembali ke sini semula.

Finally.... We are entering Thailand. Bye, bye and Khop Chai Laos. 'YOU' was so kind to us through out the journey.
Penumpang perlu menaiki bas untuk ke imigresen Thailand. Tak dibenarkan berjalan kaki atau mengayuh basikal.

Disebabkan tak ramai penumpang, basikal disumbat terus ke atas bas.

Ready to cop our pasport to get into Chiang Kong, Thailand

Pasport clear, we are eligable to travel to Thailand
Meninggalkan imigresen Thailand menuju Bandar Chiang Kong. Untung berbasikal nie. Boleh jimat duit. Tak perlu naik tuk-tuk untuk ke bandar.

Pen-touring dan singboard 0km memang tak dapat dipisahkan.

SAWADIKKAP Thailand

Plan asal nak naik keretapi di Chiang Mai. Tapi apa-apa boleh berubah bila mengembara ini. That's the beauty of travelling.

Ketika dalam perjalanan menuju bandar, aku terasa sesuatu yang pelik pada basikal. Rupa-rupanya tayar basikal aku pancit. Mujur ia terjadi kawasan bandar. Oleh kerana barang-barang basikal kami tinggal di terminal bas, aku menolak basikal menuju bengkel kereta di seberang jalan untuk mengepam bagi mengesan tempat bocor. Melihat keadaan kami yang menyedihkan ini, pemilik bengkel (aku rasalah), seorang wanita, menunjukkan aku arah untuk ke kedai basikal yang tak jauh dari kedainya. Aku menolak basikal menuju ke kedai tersebut. Sewaktu menolak basikal seorang pemuda tengah mengayuh dan lengkap memakai jersi basikal seperti pelumba melintasi kami. Joe sempat bertanyakan arah untuk ke kedai itu. Rupa-rupanya dia juga mahu menuju ke sana. Seorang lagi 'penyelamat' sudi menolong kami. Sampai di kedai, pekerja kedai terus memeriksa dan menampal tayar. Selesai menampal tayar dengan kos 60 baht, aku belanja pemuda tadi minum air. Kami sempat berborak dengannya. Dia sentiasa menyebut Awang, Awang. Rupa-rupanya dia peminat Azizul Hasni Awang. Selesai minum kami meninggalkan kedai basikal dan terus ke bandar. Joe pergi menukarkan wang dan aku pula mencari sim card Thailand. Selepas itu kami sempat pergi ke pinggir sungai Mekong dan mencari bekalan makanan sebelum menaiki bas. Sekitar jam 1300, kami mengayuh semula kembali ke terminal bas.

Yes 'darling'. It's time for you to get a nice Thai massage

Semalam kami di seberang, hari ini kami di Thailand.

A nice looking restaurant decoration

Sekitar pesisir sungai Mekong di sebelah Thailand

Chiang Khong, bandar sempadan Thailand-Laos

Perbezaan dari segi kemajuan di antara Huaxay dan Chiang Kong amat ketara.

Salah satu kuil di bandar Chiang Kong

Setelah membeli tiket kami habiskan masa di terminal bas. Sekitar jam 1615, bas kami tiba. Seorang pembantu pemandu bas mengambil basikal kami dan masukkan ke dalam ruang penyimpanan barang. Aku tak kisah jika perlu bayar 100 baht untuk basikal jika servis yang diberikan memang tip-top. Berbeza di Malaysia di mana pemandu hanya melihat sahaja aku 'bersusah-payah' memasukkan basikal di ruang penyimpanan barang. Selesai memasukkan basikal kami masuk ke dalam bas bouble decker yang selesa ini. Memang sesuatu pengalaman yang unik menaiki bas ekspres di Thailand. Di dalam bas akan ada  2 pemandu dan 1 pembantu. Pembantu ini tugasnya adalah seperti pramugari di mana dia akan mengedarkan makanan dan membantu penumpang jika diperlukan. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 14 jam.

Bas ekspress Chiang Kong ke Bangkok
Harga tiket: 329 baht/person + 100baht/person (basikal)
Departure time:1600
Arrival time:~0600 (+1 day)
Review: Bas double decker yang selesa, menyediakan air + kudap-kudapan + selimut

Waiting is a sign of 'true love' and patience

Terminal bas ekspres di Chiang Kong yang lengang. Faciliti di sini nampak baru.

Pekerja bas memasukkan basikal kami ke dalam ruang penyimpanan. Kalau bas double decker kat malaysia memang tak muat nak bawa masuk basikal.

Antara barang yang diberikan kepada kami semasa di dalam bas. Selimut, air kotak, nescafe 3 in 1, dan kudapan

Ketika menaiki bas ini, kami melalui satu detik yang mendebarkan. Di Thailand terdapat banyak road block. Sepanjang perjalanan (di awal perjalanan) kami tempuh tiga roadblock. Roadblock pertama hanya berhenti seperti mahu memeriksa keadaan bas sahaja. Tiba di roadblock yang ke-2, pembantu bas tadi menyuruh kami menyediakan pasport. Seorang anggota polis naik ke atas bas dan memeriksa pasport kami. Alhamdulillah, tiada keraguan. Tapi tiba di roadblock ke-3, seorang polis lengkap berpistol di pinggang mahu lihat pasport kami. Dia tak berpuas hati, lalu menyuruh Joe bangun dari tempat duduk dan memeriksa sekitar tempat duduknya. Makanan kami habis diperiksanya. Dia juga menekup tangannya di dada Joe untuk memastikan tiada perasaan 'gementar'. Aku kaku melihat keadaan ini. Aku sudah menyiapkan untuk diperiksa. Tapi setelah Joe diperiksa, dia berlalu pergi mengucapkan terima kasih. Aku pun agak pelik kenapa dia tak memeriksa aku. Selepas memeriksa Joe, polis tadi mengeledah ruang penyimpanan barang di bahagian atas. Seperti ada sesuatu yang pelik. Dia juga memeriksa seorang pemuda tempatan yang duduk bersebelahan Joe. Mujurlah tiada perkara yang tak dingini berlaku. Selesai pemeriksaan, bas berlalu pergi meninggalkan check point yang 'menggerunkan'kan ini. Bas ini sempat berhenti seketika untuk makan malam di RnR di khaskan untuk bas. Sebenarnya, tiket kami boleh ditukarkan untuk baucer makanan di sini. Tapi disebabkan tiada yang halal, kami lupakan sahaja. Tiket bas ini memang hebat. Diberikan selimut, kudap-kudapan dan juga baucer makanan di RnR. Servis bas ekspres di sini memang TOP. Alhamdulliah, kami dapat lelap juga di dalam bas ini walaupun ruangnya agak terhad. Selamat malam dan jumpa lagi di Bangkok.   

Day 11: Discover the beauty of Bangkok


Aku tersedar daripada tidur kira-kira jam 0500. Bas masih meluru laju menuju Bangkok. Apabila menghampiri terminal bas Bangkok, kami cepat-cepat mengemas apa yang patut. Kami tiba di Terminal Bas Bangkok sekitar jam 0615. Suasana di sini sudah mula sibuk walaupun masih subuh. Aku cepat-cepat menunaikan solat di kaki lima sewaktu tiba di sini. Perancangan kami pagi ini adalah untuk ke stesen keretapi dahulu sebelum mencari tempat penginapan. Selesai mengalas perut di terminal bas, kami menuju ke stesen keretapi berpandukan peta di handphone. Kami keluar pada waktu puncak, di mana ketika warga Bangkok sedang menuju ke tempat kerja. Jadi mengayuh di tengah-tengah Bangkok memang mencabar. Jaraknya tidak jauh jika lihatkan pada peta, tapi oleh kerana jalan yang sesak, keliru dengan simpang yang ada, perjalanan kami terasa begitu lama. Ketika mengayuh di Bangkok, berhati-hati dengan penunggang motosikal. Alhamdulillah, kami sampai di Stesen Keretapi Hua Lampong kira-kira jam 0930. Kami terus menuju ke kaunter booking untuk membeli tiket untuk perjalanan keesokan hari.

Masa untuk meredah trafic di Bangkok menuju ke Stesen Keretapi Hua Lampong

Rest "baby". Kami nak cari jalan untuk ke train station kejap.

Landasan dah nampak tapi Stesen belum lagi dijumpai. Sebuah keretapi breakdown. Penumpang terpaksa berjalan di atas landasan.

Stesen keretapi Hua Lamphong, Bangkok. Sebauh stesen yang sudah lama dibina.

Railway station nie dah dibuka sejak 1916 lagi. Memang banyak sejarah bangunan ini.

Masa untuk mencari tiket balik MALAYSIA

Perancangan awal kami mahu terus ke Padang Besar, Perlis. Tapi keretapi untuk ke sana tiada kargo, bermakna kami tak boleh bawa basikal. Keretapi yang sesuai (iaitu ada kargo) hanyalah yang menuju ke Hatyai. Selesai membeli tiket, aku terus menuju ke hostel yang baru sahaja di-booking berdekatan stesen keretapi iaitu The Oasis Hostel Chinatown. Kami memilih dormstyle room berharga ~230 baht seorang/malam. Bilik dan katil yang sangat selesa, walaupun terpaksa menaiki tangga sempit menuju tingkat paling atas. Para pekerja hostel semuanya mat saleh dan minah saleh. Aku dan Joe memutuskan untuk berehat seketika dan mandi dahulu sebelum keluar makan tengah hari. Kami akan mengayuh basikal di sekitar Bangkok. Lebih mudah dan menjimatkan.

Keretapi Bangkok - Hat Yai
Tiket: Class 3 ~ 259 Baht/person + 102Baht/person (basikal)* dibayar pada hari departure
Departure time: 1535
Arrival time: 1015
Review: Sesiapa nak naik train ke Malaysia secara budget bolehlah pilih yang ini. Kalo tiada siapa yang duduk di sebelah, bolehlah dijadikan tempat tidur yang ideal.



Terserempak dengan seorang mat saleh dari US yang sedang bertouring. Enjoy your trip dude.

Takde satu perkataan pun yang ada iras-iras bunyi 'Bangkok'.

The Oasis Hostel Chinatown. Pekerja hostel semuanya mat saleh. Ada disediakan game tape. Bilik memang selesa.

Selesai menyegarkan badan, kami keluar mencari restoran. Rancangan-nya adalah mencari masjid kerana pasti akan ada kedai makanan halal di kawasan sekitar. Kami menuju Masjid Jame' Bangkok dan hanya terdapat Restoren halal India sahaja. Perut dah berkeroncong, kami layankan sahaja nasi biryani LAGI. Perut dah kenyang, kami ke masjid untuk solat Zohor. Masjid Jame' Bangkok adalah masjid dua tingkat yang terletak di lorong-lorong kecil. Selesai menunaikan kewajipan, aku mencadangkan kepada Joe untuk pergi ke Watt Arun, satu destinasi popular di Bangkok, terletak bersebelahan sungai Chao Phraya. Untuk ke sana kami perlu melintasi sungai Chao Phraya dan melalui lorong-lorong kecil. Ketiadaan 'beban' di belakang basikal membuatkan kayuhan kami lebih selesa. Mengayuh melalui jambatan merentasi Sungai Chao Phraya seakan-akan seperti melintasi sungai Sumida sewaktu aku melawat Tokyo. Kami tiba di sini dan seperti yang dijangka ramai pelancong berada di sini.


Sepanjang perjalanan, Google maps dan Maps.me-lah menjadi "petunjuk" kami.

Masjid Jame' Bangkok

Melintasi sungai Chao Phraya

Senibina Wat Arun yang mengagumkan

Tangga yang curam untuk naik ke atas

Kuil dengan senibina cantik ini ada banyak di Thailand

Susunan patung Buddha yang sekata

Abang Joe kite yang hensem

Melawat salah satu masjid berdekatan Wat Arun

Destinasi seterusnya adalah Khao San Road Night Market. Ketika mengayuh mengikut jalan yang sama, kami singgah di sebuah masjid berdekatan dan sempat minum petang di sini. Apabila tiba di kawasan perkarangan Istana, kami tak mahu tergesa-gesa dan menikmati petang yang indah di Bangkok jadi kami menolak sahaja basikal, menghayati senibina bangunan kerajaan di kawasan sekitar. Kami sampai di Khao San Road sambil menolak basikal mengharungai ratusan para pelancong. Tiada apa yang menarik. Hanya tempat hiburan sahaja. Hari semakin senja, kami mahu mencari kedai makan di kawasan sekitar sebelum pulang. Kami menuju sebuah gerai halal yang terdapat di dalam Google Map. Kami tak tahu apa yang ada di sana kerana tiada nama kedai, hanya tertulis Gerai Makanan Halal. Setibanya di sana, terdapat sebuah gerai kecil di tepi jalan yang menjual makanan halal. Di sini kami makan kuey teow sup. Memang terbaik. Selesai makan, kami pergi ke satu lagi Night Market berhampiran hostel hanya menjual sayur dan buah-buahan sahaja. Selepas itu kami terus pulang, mandi dan lepak di ruang tamu tingkat bawah sebelum tidur.   

Sungai Chao Phraya merupakan nadi utama penduduk Bangkok

Inilah kelebihan berbasikal. Tak terlampau laju, memudahkan dan menyihatkan

Lorong kawasan perumahan penduduk Islam. Ada sebuah masjid kat dalam nie.

War memorial di Bangkok

PEACE no WAR

Malaysia dan Thailand, kita bersaudara

Terima undangan untuk masuk ke istana. Tapi pintu berkunci pulak. Lain kali lah kita berjumpa

Tugu peringatan di Bangkok

Kompleks Istana. Ketika lalu di kawasan ini, aku terlihat seorang wanita di dalam bas sedang buat isyarat SAWADIKKAP (rapatkan tapak tangan) pada gambar gergasi raja Thailand yang baru. Ini menunjukkan rasa hormat yang teramat rakyat Thailand kepada institusi Di Raja mereka. Takde siapa pun yang suruh atau paksa buat begitu.

Khao San Road Night Market. Memang famous tempat nie dikalangan pelancong.

Sebuah gerai muslim berdekatan Khao San Road. Makanan memang TOP

Antara lauk dan sayur-sayuran yang dijual di gerai ini

Kami memilih untuk makan Kuey Teow sup

Day 12: 18 hours on the Train


WAKE-UP di hari terakhir kami di Bangkok. Selesai mengemas, kami check out hostel sekitar jam 1000. Kami terus ke stesen keretapi untuk selesaikan urusan basikal. Sampai di kaunter kargo, mereka suruh kami datang semula dua jam sebelum berlepas iaitu sekitar pukul 1300. Kami isi masa terluang dengan mencari kedai makan di sekitar stesen. Berpandukan google maps, terdapat sebuah kedai makan halal berdekatan stesen. Kedai ini menjual nasi campur. Inilah makanan yang kami idamkan sebelum pulang ke Malaysia. Seperti yang kita tahu, renehan sup di Thailand memang terbaik. Pemilik kedai juga mungkin berasal dari Melayu Pattani kerana fasih berbahasa Melayu loghat Kelantan. Selesai makan kami pusing sekitar stesen dan habiskan masa di dalam stesen.

Menu nasi campur halal berdekatan Stesen Keretapi Hua Lumpong

Cyclo Zero wuz ere

Perniagaan mak cik nie memang laku sebab ramai Muslim Bangkok datang ke sini untuk makan tengah hari. Terima kasih abang kedai air sebelah yang belanja kami minum. Semoga rezeki kalian diberkati

Apabila jam menunjukkan pukul 1300, kami terus ke kaunter kargo dan selesaikan urusan basikal. Menurut operator, kami sendiri yang perlu memasukkan basikal ke dalam gerabak kargo. Basikal boleh di bawah masuk sejam sebelum keretapi berlepas. Sewaktu menunggu di stesen, aku lihat terdapat sekumpulan remaja yang sedang memotong rambut orang ramai. Apabila di tanya, servis ini adalah percuma. Apa lagi, aku dan Joe pun tak lepaskan peluang ini. Mereka merupakan pelajar dalam bidang dandanan rambut dan menjadikan khidmat masyarakat ini sebagai medan latihan praktikal mereka. Ini kerana terdapat seorang pakar yang sentiasa memantau pemuda-pemuda ini memotong rambut. Apa-apa pun satu pengalaman yang berharga bagi kami. Untuk makluman terdapat ruang solat di stesen keretapi ini. Jadi tak perlulah sembahyang di kaki lima. Selesai solat kami bawa basikal kami ke gerabak kargo yang terletak di bahagian paling hadapan sekali. Kami longgokan sekali pannier bersama basikal di satu sudut dan ikat dengan tali yang disediakan agar tak terjatuh.

Masa untuk check in Basikal

Hua Lampong Railway Station, Bangkok

WE WUZ ERE

Interior di bahagian dalam station ini memang classic


Kasi handsome dulu sebelum balik Malaysia

Our train. Bangkok - Hat Yai - Yala

Basikal diikat kemas supaya tak terpelanting keluar. Kalau nak tinggal beg pastikan tiada barang berharga atau lock beg. Kalau sayang beg, bawalah bersama dengan anda.

Kami masuk ke gerabak kami di mana hanya ada kipas siling dan tempat duduk yang simple, tegak dan tak boleh laras. Nak sangat ber-budget, inilah yang kami dapat. Keretapi gerak tepat pada waktunya dan keadaan dalam gerabak memang ber-bahang. Menaiki keretapi kelas 3 selama 18 jam menuju Hatyai memang satu pengalaman yang takkan dilupakan. Suasana di dalam keretapi memang meriah dengan para peniaga ulang-alik menjual barang dan makanan. Ada peniaga yang memaksa penumpang membeli jualan mereka. Aku perhatikan kantin di dalam keretapi ini macam dah tak berfungsi langsung. Jualan dalam gerabak ini berterusan dan barang jualan  berbeza-beza mengikut masa. Contohnya waktu tengah malam akan dijual kopi segara panas dan paginya pula akan dijual makanan sarapan dan air panas. Kami beruntung kerana kerusi di hadapan kami kosong. Jadi kami berdua dapat baring dan lelap di atas kerusi sepanjang malam.

Begini-lah suasana untuk Class 3. Simple dan murah. Tempat tinggal kami untuk 18jam yang seterusnya.

"Touring is not a race, its a journey. Enjoy the moment"

"Aku baru beli kereta, tapi nak jugak naik keretapi. Jimattt..."

Day 13: Welcome back and finally its raining


Dapat melihat pekan-pekan kecil di sepanjang perjalanan serta aktiviti orang tempatan memang menarik. Ada suatu ketika, keretapi berhenti di sebuah stesen kecil. Kelihatan ada pasangan mat saleh berada di situ. Apakah yang menarik di kawasan itu sehingga mereka berhenti di situ. Itulah menariknya sebuah pengembaraan. Ada golongan pengembara yang ingin merasai suasana perjalanan itu berbanding destinasi yang dituju. Aku terjaga daripada lena apabila mendengar penjual lalu lalang dalam gerabak. Kelihatan hampir semua penumpang masih lena di atas kerusi. Angin lewat malam yang sejuk menerobos masuk ke dalam gerabak melalui tingkap yang tak ditutup rapat. Aku tak jadi sambung tidur sebaliknya bersiap-sedia untuk solat subuh. Aku bergerak ke gerabak lain untuk regangkan kaki dan mencari tandas. Selesai me'nandas' dan ber'wudhuk', aku bersolat di gerabak lain yang hampir 'kosong'. Usai menunaikan solat, aku duduk sebentar di jendela sambil menghayati keindahan subuh bumi Thailand.

Beautiful morning and we still on the train

Penumpang sedikit sahaja pada waktu malam, mungkin kerana tak ramai yang mahu ke selatan Thailand. Tapi menjelang pagi, ramai orang mula naik memenuhi gerabak-gerabak yang kosong. Jualan dalam keretapi bertambah rancak apabila penumpang memenuhi kerusi-kerusi kosong. Kali ini terdapat penjual yang bertudung kerana kami berada di wilayah selatan Thailand (wilayah yang mempunyai ramai orang Islam). Dia pasti ada menjual makanan halal tapi kami hanya bersarapan dengan lebihan biskut. Pemeriksaan pasport dan kad pengenalan juga dilakukan di dalam keretapi oleh pihak berkuasa tapi tak terperinci seperti ketika di atas bas sebelum ini. Apabila keretapi menghampiri Hatyai, kami bergerak menuju gerabak kargo untuk bersedia membawa turun basikal. Alhamdulillah, kami selamat sampai di Hatyai sekitar jam 1000 dan keretapi ini akan meneruskan perjalanan menuju Yala. Betapa gembiranya apabila sampai di sini kerana kami sudah familiar di sini (baca entri blog sebelum ini). Kami menuju ke sebuah restoran halal di Hatyai iaitu Restoran Mustafa. Kami membeli tiket pulang bersebelahan restoran ini. Setelah berbincang dan tawar menawar, aku memutuskan untuk mengambil bas pukul 1200 direct terus ke Johor Bahru. Selepas makan aku terus mengemas basikal dan barang-barang.

 Dah dua minggu tak pekena teh tarik dan roti canai. Rindu, serindu, rindunya...

Final stop before heading back to Malaysia

Time to go 'HOME'.

Aku menaiki van pelancongan menuju border Thailand - Malaysia. Setelah masuk ke Malaysia, barulah aku akan menaiki bas ke JB. Ketika di imigresen Thai, pegawai bertugas terkejut melihat cop masuk aku iaitu di Chiang Kong. Aku beritahu yang aku mengayuh basikal di sana. Ketika berada di Kedah, hujan mulai turun. Inilah hujan pertama setelah aku berada di luar negara selama  2 minggu. Syukur Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan di Laos dan Thailand, cuaca setiap hari memang terbaik dan menakjubkan. Kami juga bersyukur kerana tak diuji dengan hujan. Hujan yang turun ini seolah-olah mengalu-alukan kepulangan aku ke Malaysia.

Maka, selesailah pengembaraan terhebat aku dan Joe. Dua minggu berada di perantauan, berbasikal merentasi lembah dan gunung-ganang Laos yang mencabar dan menakjubkan. Dihidangkan dengan budaya dan cara hidup yang berbeza. Pedometer basikal aku menunjukkan jarak perjalanan aku adalah sejauh 420.92km. Walaupun Laos merupakan negara termiskin di Asia, tapi rakyatnya hidup aman dan damai dengan persekitaran yang tak tercemar. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Aku akhiri titipan terakhir penulisan pengembaraan kali ini dengan kata-kata ini......     

Untuk tahu lebih activiti group kami, follow-lah IG: @cyclozero
Image result for touring learning quote


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kembara Kroni Marin ke Selatan Siam 🇹🇭

Kayuh-kayuh Cari Makan (Satun-Hatyai)

Bike Touring Chapter 3: Southern Thailand