Kayuh-kayuh Cari Makan (Satun-Hatyai)


Salam sejahtera kepada pembaca blog anak-anak kucing. Dah lama aku tak update story dekat blog ni. Kali ini aku akan kongsikan trip berbasikal aku bersama geng-geng the cyclistJB bermula dari Kuala Perlis dan berakhir di Hatyai. Sebelum ini, aku pernah join trip berbasikal ke Hatyai-Songkla 2017, tetapi ketika itu aku bermula dari Bukit Kayu Hitam. Korang semua boleh baca trip aku itu di pautan ini. Trip kali ni disertai 6 orang 'pelajar' dan seorang 'lecturer' pengiring; Arep, DD, Isma@aku, Oley, Saraa, Semut dan 'lecturer' kami, Semz. Hehe. Sorry geng. Jangan marah. Kami bergerak dari JB pada pukul 9:30 malam dan Semz pula bergerak dari Batu Pahat. Kami tiba di stesen bas Kuala Perlis sekitar jam 8:15 pagi, keesokan harinya. Cuaca pada pagi ini memang mantap. Sampai sahaja di sana kami terus setup gerek@beskal dan seperti biasa kami menjadi 'superstar' bagi warga Kuala Perlis yang berada di situ.  


Akhirnya kami sampai di Kuala Perlis selepas menempuh 11 jam perjalanan dari Johor Bahru

Rutin pertama: Siapkan jentera sebelum mula bertempur

Jentera sudah ready, masa untuk mara ke medan pertempuran

Aku dan gerek-ku

Semut bersama gerek-nya

Sarap dahulu di tepi stesen bas. Alhamdulillah, pak cik kat belakang tu belanja kitaorang

Selesai memasang beskal dan 'bersolek' di tandas, kami singgah di warung berhadapan stesen bas untuk bersarapan. Selesai sarapan, mengikut plan, kami akan menaiki bot untuk ke Satun. Seperti biasa, jurucakap geng kami, Saraa, bertanyakan kepada orang awam di situ. Ada seorang lelaki yang menawarkan diri untuk mencari bot untuk kami ke Satun tapi dia mengenakan bayaran RM40/sekepala. Mahal yarabbi. #Flashback: Kawan kami yang pernah menaiki bot berkata jangan naik bot itu jika bayaran yang dikenakan melebihi RM20/sekepala.# Jadi kami membuat keputusan untuk terus ke jeti bot.

Saraa tengah deal untuk dapatkan bot dengan dengan harga berpatutan tapi gagal. Lebih baik terus deal dengan tekong bot.

 Group Selfie diamanahkan kepada Semz. Perkenalkan team kami. Dari kiri: Oley, Saraa, Aku, Semut, DD, Arep dan Semz











Mengapa kami sibuk-sibuk kena cari bot di sekitar jeti. Ini kerana bot yang kami akan naik bukan bot/ferry penumpang. Sebaliknya kami hanya menumpang bot nelayan. Bagi orang 'luar', untuk ke Satun, korang perlu naik ferry ke Langkawi dahulu dan kemudian naik satu lagi ferry ke Satun. Tetapi bagi orang tempatan yang nak ke Satun mereka akan terus menumpang bot nelayan. Harga, atas budi bicara tekong bot. Secara praktikal, tiada ferry/bot direct terus ke Satun. Setelah sampai di pejabat Imigresen Kuala Perlis, Saraa terus bertanyakan pegawai imigresen di situ. Alhamdulillah, pegawai itu membenarkan kami menaiki sebuah bot 'tepung' untuk ke Jeti Tammalang, Satun. Setelah deal dengan tekong bot, kami perlu bayar RM20/sekepala. Nasib baik bot 'tepung', kalau bot ikan memang hanyir-lah kami sesampai di Satun.

P/S: Di pihak Imigresen Malaysia, kami tiada apa-apa masalah untuk dapatkan cop passport, cuma di bahagaian Thailand sahaja kami ditanya pelbagai soalan sebelum mendapat kebenaran masuk ke Thailand. Moral of d story, jangan malu nak bertanya, dah tersesat menyesal pun tak guna.

 Pejabat Imigresen Kuala Perlis
Inilah bot 'tepung' kami. Memang merecik hawauuuu
Memang muat-muat sahaja selepas load basikal atas bot
Perjanalan dari Jeti Pejabat Imigresen Kuala Perlis ke Jeti Tammalang, Satun mengambil masa lebih kurang 40 minit
Kami bukan pendatang pak. Kami ingat kami akan duduk bersama tekong. Last-last diaorang suruh kitaorang duduk depan bot. Layannnn.... Best jugak duduk dekat sini.
Berselfie dahulu dengan kapten dan co-kapten bot 'tepung'sebagai tanda peringatan. Khap Kun Khap.

Welcome to Thailand

Dari Jeti Tammalang, kami perlu berkayuh sejauh ~5km untuk sampai ke Bandar Satun. Wilayah Satun merupakan kawasan majoriti orang Islam. Terdapat banyak masjid dan restoran halal di sini. Jadi tak perlu risau tentang makan. Tambahan pula, makanan di Thailand ni memang tip top dan sedap-sedap belaka. Jarak Satun - Hatyai lebih kurang 100km. Plan kami hari ini ialah kami akan berkayuh keluar dari bandar Satun dan mencari penginapan di kawasan sekitar luar dari bandar Satun. Hopefully ada. Kalau takde kena merempat-lah gaya-nyer.

Dari Jeti Tammalang ke Bandar Satun, kami melalui hutan paya bakau di kiri dan kanan jalan

Kiri kanan jalan mostly dinaiki air

Hatyai 100km lagi. Layan. Touring never boring

Beware of monkey

Singgah di sebuah stesen minyak ada seorang uncle yang tengah jual ais hancur pelbagai perisa. Sedap Woo. Desert yang simple tapi padu.

Tengok langit kat depan tue, hurmm... memang tak jauh-lah kayuhan hari ini

Selebat-lebat hujan turun membasahi Satun. Redha dengan rahmat Tuhan ini.
Kisah di warung NET oleh semz:

"aku panggil ni warung NET-NET..sbb ape ade kisahnya hahahhaa...hujan punya pasal lepak la jap sambil pekena cempedak + pisang goreng... Arep oder la kopi secawan..sambil lyn mkn aku pikir best gak kena NES panas kan...so oder la nes panas..kemudian dtg la sorg pompuan (mak jan kot hahaha) bawak satu cerek berisi air..nampak gaya mmg panas tuh..aku tnya NES ker...dia pun jawab samada dgr ker tk antara NET ker NES dan anggukkan kepala..so aku pun konpiden la gosok cerek tu dgn harapan NES kuar la kan dari muncungnya (masa ni dh stanby 5cawan tggu air) sekali tuang kuar la air panas kosong...hahahaha berdekah siak semua mcm nk pecah perut...dlm hati kimak kena game ker ape ni..aku oder nes nape dtg air panas kosong jilake tol hahaha...last sekali kopi td tu kongsi utk 7 cawan...sbb kopinya kaw2 n manis sgt...bila teringat NET ni mmg gelak la sampai skrg...NET tu air kosong ker wehh ?? "
#paksemz
#paksemzjourney
#mythaitouring2019


petikan dari Facebook Sem'z JUe-on

Singgah di warung 'NET' sekejap, pekena cempadak goreng dan pisang goreng.

Tak cukup dengan pisang dan cempedak goreng, kami singgah makan lagi. Kali ini makan nasi pulak.
Setelah mengayuh sejauh 29km dalam hujan renyai, kami sampai di tempat penginapan. Untuk trip kali ini, kami main redah sahaja tanpa plan untuk tidur di mana. Khemah dan hammok ada di bawa bersama sebagai back-up plan. Kami tempah bilik dorm bertilam dengan bayaran 230 baht/sekepala. Kami pun tak sangka akan dapat menginap di resort sebegini. Bayar harga bilik dorm tapi siap dapat mandi dalam kolam renang kot. Apa lagi.. Terjunnnn. Selain dorm, terdapat juga chalet di sini.

Tenpat penginapan kami untuk malam pertama.
 
Trip un-planned macam ni memang best. Dapat mandi dalam kolam renang.Apa lagi. Mari kita terjun tirukkkkk.

Bilik dorm kitaorang. Lepak-lepak pekena tea-o made by Semz sambil makan roti Gardenia


Selamat Hari Kebangsaan yang ke 62 buat Malaysia dari Satun


Antara view pagi di sekitar resort. Memang mendamaikan

Hari kedua kami di sini merupakan hari kemerdekaan yang ke 62 buat Malaysia. Hari ini target kami mesti sampai Hatyai, berbaki ~80km lagi. Selesai check-out, kami mengayuh mencari tempat untuk bersarapan. Setelah mengayuh lebih kurang 1km, kami tiba di sebuah pekan kecil yang sedang meriah dengan jualan pagi. Tanpa melengahkan masa kami terus berhenti di sebuah warung bersebelahan pasar pagi untuk bersarapan. Pagi ini aku order nasi kerabu. Memang terbaik. Kawan-kawan yang lain sempat pusing-pusing di pasar pagi untuk mencari kuih-muih yang rata-rata agak 'rare'.


Pasar pagi dekat sini menjual macam-macam jenis kuih. Peniaga di sini mostly muslim.


Seperti biasa selfie selepas sarap. Makanan kat sini memang tak mengecewakan.

Kalau Semz dah kasi 'thumbs up' tu makna-nya memang sedap

Selesai bersarapan, kami menyambung kayuhan. Apa yang dapat aku simpulkan tentang kayuhan hari ini ialah ia agak memenatkan kerana langit begitu cerah tanpa awan dan matahari betul-betul kat atas kepala. Panas merelik. Tiada pendakian yang teruk di laluan ini cuma cuaca panas yang melambatkan kayuhan. Kami menempuh pekan-pekan kecil sebelum tiba di Hatyai.

Menyambung kayuhan. Cuaca pagi memang cun. Masuk tengah hari... AZAB.

Satu lagi cara untuk ke Satun dari Perlis ialah dengan melalui Jalan Bukit Wang Kelian. Tetapi jikalau melalui jalan ini, korang perlu berpatah balik jika mahu ke Satun. Bagi yang mengayuh basikal, especially pen-touring, gunakan jalan ini sebagai option terakhir sebab kena climbing. Kalo rasa diri tue ber-stamina lebih boleh lah try jalan nie. Kami yang tak ber-stamina nie mampu naik bot jer. Hehe. Kami jalan dulu.

Persimpangan untuk menuju ke Pakbara dan Koh Lipe

Dari pemerhatian aku semasa mengayuh di sini, kebanyakan sekolah akan letak signboard sekolah yang sangat besar walaupun sekolah kat dalam kecik sahaja. Macam dalam gambar nie hanya ada 2 blok bangunan kecil. Mungkin mereka bangga dengan sekolah diaorang kot.


Pintu gerbang Wilayah Satun

Masa nie memang dah panas tahap gaban. Berhenti sekejap sambil bergambar dengan 'busut'

First time aku nampak signboard macam nie. Siap tunjuk orang kemalangan lagi.

Time nie aku dengan Saraa dekat belakang. Geng-geng lain dah jauh ke hadapan. Berhenti sekejap sebab terlampau panas sambil makan kuih yang dibeli dekat pasar pagi tadi. Fuhh.. Nikmat dunia.

Berhenti pekena kopi ais dahulu dekat sini sambil berjenaka

Dekat sini kami berhenti lunch. Aku order kue tiew sup daging. Perghhhhhhhhhhhhh. Bila dapat makanan sedap, lupa dah azab kayuh tengah panas.

Selesai lunch, kami meneruskan kayuhan. Tak jauh lagi. Tinggal lebih kurang ~30km jer. Kami terpecah menjadi dua group. Aku dan Saraa di belakang. Sejak semalam, Saraa memang tidak berapa sihat. Jadi kayuhannya agak perlahan dan memburukkan lagi keadaan, tayar beskal-nya bocor. Pam aku pulak tak boleh pakai time-time gini. Demmmm. Kami terpisah jauh dengan group hadapan. Sampai satu tahap Saraa bertekad untuk hitch hike sahaja dan terus menuju ke Hatyai. Kami cuba menahan kereta tapi tiada siapa yang berhenti. Setelah beberapa kali mencuba, seorang lelaki berhenti dan menumpangkan basikal Saraa untuk di bawa ke pekan berhampiran. Alhamdulillah. Tayar basikal siap ditampal dan kami meneruskan kayuhan. Hari sudah semakin lewat. Kami berhenti seketika di pasar malam bersebelahan stesen minyak untuk membeli juadah mengalas perut. Mujur di sini terdapat sambungan Wifi percuma dan aku terus berhubung dengan geng-geng yang lain. Kawan-kawan yang lain sudah sampai di tempat penginapan di Hatyai dan mereka sedang menunggu berita dari kami. Selesai makan, malam sudah menjelma. Aku tak sangka aku akan kayuh pada waktu malam untuk trip kali ini. Apa-apa pun, kayuhan mesti diteruskan. Alhamdulillah, aku dan Saraa selamat sampai di hostel pada pukul 8:20 malam (9:20 malam waktu malaysia). Agak lewat, janji sampai. Sampai sahaja di hostel, kawan-kawan lain sudah keluar makan malam. Aku pulak tak de mood nak jalan-jalan. Mandi, lepak-lepak kejap dan terus tidur.


Nak hitch hike 4-wheel tapi dapat hitch hike nie. Jadilah. Daripada takde.

Terima kasih kepada abang nie. Sanggup meluangkan masa mencari kedai motor terdekat. Kami hulur duit pun dia tak ambil. Semoga abang nie dimurahkan rezeki.

Bukan satu tapi dua tampalan kot. Perghh... Steady. Lawan tetap lawan.

Singgah sekejap dekat sini untuk beli kudap-kudapan sebelum start kayuh. Street food still d best

Muka seposen. Merempat tepi stesen minyak sambil pekena cakoi cicah kaya.. Fuhhhh.. Layan jerrr....

Bila dah masuk Hatyai, hati riang tak terkata. Katil dan memanggil-manggil. Time nie fikir nak mandi pastu tidur.

Alhamdulillah  Selamat sampai. Ini adalah hostel sama yang aku pernah stay semasa kayuhan Hatyai 2017. Kitaorang book satu bilik dorm dengan harga 230baht/seorang untuk malam pertama dan dapat diskaun 220baht untuk malam kedua.

Geng-geng yang sampai hostel lebih awal.

"yaayyyy sampai gak akhirnya...setle drama utk hari ke2...puas kayuh arini...satun ke hatyai 9jam perjalanan 98km..trek mmg best kalo tk kayuh mmg tk gerakla beskal tu...arini tk benyai tp panas merelit bak angg...kondisi masih tip top...drama mlm ni lom tau ape citer dia hahahhaah..." #paksemz #paksemzjourney #thecyclistjb #cyclozero
#mythai2019
#dramaking


petikan dari Facebook Sem'z JUe-on 




Hari ketiga aku bangun bersolat subuh dan terus mandi. Selesai mandi, melihatkan kawan-kawan masih lena diulik mimpi, aku gigihkan diri mengayuh basikal di sekitar Bandar Hatyai sambil mencari tempat untuk bersarapan. Cuti-cuti merdeka begini memang ramai orang Malaysia datang ke Hatyai. Selesai bersarapan aku pulang ke hostel dan bersiap sedia untuk meng-explore Hatyai. Aku takkan cerita detail pasal Hatyai sebab korang boleh google terus tempat menarik di sini. Lagipun dah banyak orang share tentang percutian mereka di Hatyai. Aku akan share-kan gambar dan tempat-tempat yang kami lawati sepanjang hari. Enjoy!!!!

Antara tempat yang kami pergi ialah:

1) Tyro Bike (Kedai basikal)
2) Floating Market
3) Asean Night Bazar
4) Hatyai Night Market
5) Hatyai Railway Station

Pemandangan siang dan malam dari beranda bilik kami. Hostel kami memang betul-betul terletak di tengah bandar Hatyai. Malam-malam jalan ini bertukar menjadi Red Light District

Sebelum pusing-pusing Hatyai, kitaorang brunch dahulu dekat sini. Makanan tak berapa sedap dan agak mahal. Hari-hari terkahir ini kami agak sensitif tentang duit. Bese la. Budget trip.

Selepas brunch kami terus menyelesaikan isu tiket balik. Dekat sini kalau nak balik Malaysia mesti beli through ejen. Tiket kami dari Hatyai ke JB berharga 850baht. Sewaktu trip Hatyai 2017 mereka terima Ringgit tetapi sekarang diaorang hanya mahukan Baht. Nilai duit kita jatuh teruk.

Men-ziarah tempat wajib apabila berada di Hatyai. Cuci-cuci mata jerk. Mampu tengok sahaja barang dekat sini. Kedai ini menjual barang-barang touring VICINTA keluaran Thailand.

Singgah sebentar di stesen keretapi Hatyai untuk bergambar

Selesai pusing-pusing, kami singgah di pasar untuk beli lunch. Nasi ayam street food dekat sini memang padu. Kalau bab makanan memang tak kedekut.

Sebelah petangnya pula kami ke Floating Market dengan menaiki tuk-tuk. Time nie memang ramai orang. Especially kat kawasan floating bot tu.

Mood touring OFF. Mode tourist ON

Kami dah plan nak datang sini waktu senja sebab  boleh dapat view/ 'shot' suasana senja dekat sini. Memang menarik, tertarik, da bommmm. 







Bila terlebih excited. Macam-macam posing klua.

Selesai floating market kami ke Asean night bazar pulak. Dekat sini memang agak bosan terutama sekali bagi kami yang bukan kaki shopping tapi bazar dekat sini memang besar. Bahagian atas ada food court. Tapi mengelak untuk naik ke atas. Saving duit derrr.....

Driver tuk-tuk janji akan ambil selepas 2 jam. Sejam pusing kitaorang terus cari tempat duduk. Terpaksa la tunggu lagi sejam sebelum tuk-tuk sampai. Sebab kitaorang dah charted tuk-tuk dari awal untuk ke Floating market, Asean Bazar dan Hatyai Night Market.

So, selesai di Asean Night Bazar, kami ke Hatyai Night Market untuk menapau dinner untuk dimakan di hostel. Ada yang beli kebab, aku pula beli nasi ayam + ayam goreng. Time nie aku agak sensitif bab duit sebab mula-mula aku dengar mak cik tue kata 50baht. Bila time nak bayar dia kata 100baht. Mujur Arep perasan dia terlupa bagi nasi hanya bagi ayam goreng. Perghh.. Tenang. Bukan pe, duit aku dah bajet awal-awal untuk esok. Selesai membeli kami berjalan kaki balik ke hostel. Setibanya di hostel kami terus berkongsi makanan yang dibeli tadi. Maka berakhirlah trip kami kali ini. Kami berangkat pulang ke JB pada pukul 12 tengah hari keesokan hari. Perjalanan dari Hatyai ke JB mengambil masa hampir 15 jam derrr. Ini kerana jalan sesak sewaktu di kawasan Tapah. Semua orang hendak pulang ke KL sebab cuti dah habis. Untuk trip ini aku sudah berbelanja sebanyak ~ RM450 total. Untuk tiket pergi balik ~RM200. Penginapan 3 malam ~RM100. Selebihnya, makan dan membeli-belah ~RM150. Sebelum akhiri entri blog ini aku akan share-kan antara gambar makanan yang kami rasai sewaktu trip ini. ENJOY dan jumpa lagi di entri yang akan datang!!!!

Open table. Sesi post mortem. Aku boleh katakan trip kali nie memang pasal makan dan minum sahaja.

Mee sup ayam. Makanan pada malam pertama kitaorang. Kedai akak nie terletak di tepi jalan berhadapan resort penginapan kami. Memang puas hati. Pelanggan yang makanan di sini hanya kami tetapi ramai orang yang tapau makanan di sini. Memang murah rezeki akak ni.

Roti telur + Nasi kerabu. Sarapan pada hari kedua. Dekat sini, bunga yang biasa digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu dijadikan ulam. Kitaorang tak makanan sebab pelik tapi selepas bertanya kepada akak tue, bunga tue bagus untuk kesihatan rupanya. Nasi kerabu memang paduuu. Penjualnya orang Narathiwat.

Lunch kitaorang selepas mengayuh dalam cuaca yang panas merelik. Mee sup daging. Air kosong berais. Fuhhhhhhhhhhhh....




Antara makanan yang kami beli di floating market.

Roti stim. Cara buat memang simple tapi sedap. Hanya stimkan roti dan letak inti di dalamnya. Roti nie kena makan terus untuk rasai kelembutannya. Kalau simpan, bila balik bilik roti dah keras. Jadi macam roti berinti yang biasa sahaja.

Jumpa Lagi ~September 2019~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kembara Kroni Marin ke Selatan Siam ðŸ‡đ🇭

Bike Touring Chapter 3: Southern Thailand