Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

[UPDATED] Kembara Mengenal Mendaki (KMM)

Imej
Ada orang suka mengayuh laluan mendatar kerana tak perlu penat-penat mendaki tetapi dia perlu sentiasa mengayuh dan makin lama mengayuh makin terasa bosan. Ada juga mereka yang suka mengayuh laluan berbukit kerana tak membosankan (tak sempat nak rasa bosan kerana tenaga dikerah sepenuhnya) dan apabila mendaki pasti ada menurun, dan dapat merasa deruan angin menempel pada muka. Ada yang mahu jadi raja pecut, ada yang mahu jadi raja bukit, ada yang mahu santai 'Mak Jemah'. Apapun laluan yang dilalui ketika ber'touring', ia pasti akan meninggalkan seribu satu kenangan yang berharga untuk dikongsi serta dikenang. Awal Disember yang lalu, tak sampai dua minggu selepas mengayuh ke Hatyai dan Songkhla, aku dan Joe sekali lagi  keluar ber'touring' dan kali ini kami ke Cameron Highlands, start dari Simpang Pulai dan turun ikut jalan Cameron-Tapah dan kemudian kayuh dari Tapah kembali semula ke Simpang Pulai. Fokus kali ini adalah pada pendakian dan