Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel satun

Kayuh-kayuh Cari Makan (Satun-Hatyai)

Imej
Salam sejahtera kepada pembaca blog anak-anak kucing. Dah lama aku tak update story dekat blog ni. Kali ini aku akan kongsikan trip berbasikal aku bersama geng-geng the cyclistJB bermula dari Kuala Perlis dan berakhir di Hatyai. Sebelum ini, aku pernah join trip berbasikal ke Hatyai-Songkla 2017, tetapi ketika itu aku bermula dari Bukit Kayu Hitam. Korang semua boleh baca trip aku itu di pautan ini . Trip kali ni disertai 6 orang 'pelajar' dan seorang 'lecturer' pengiring; Arep, DD, Isma@aku, Oley, Saraa, Semut dan 'lecturer' kami, Semz. Hehe. Sorry geng. Jangan marah. Kami bergerak dari JB pada pukul 9:30 malam dan Semz pula bergerak dari Batu Pahat. Kami tiba di stesen bas Kuala Perlis sekitar jam 8:15 pagi, keesokan harinya. Cuaca pada pagi ini memang mantap. Sampai sahaja di sana kami terus setup gerek@beskal dan seperti biasa kami menjadi 'superstar' bagi warga Kuala Perlis yang berada di situ.   Akhirnya kami sampai di Kuala Perlis selep