Kembara Kroni Marin ke Selatan Siam πŸ‡ΉπŸ‡­

“It doesn’t matter where you are going. It matters who is beside you.” – Anonymous

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan pembaca blog aku. “A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.” – Lao Tzu. Ungkapan yang sering kali para pengembara dengar. Sebaik-baik rancangan yang kita atur, rancangan Allah S.W.T adalah yang terbaik. Kembara basikal kali ini telah membawa kami ke sebuah wilayah yang sering muncul di dada akhbar dek pergolakan yang tiada noktah. Namun kemesraan penduduk setempat serta keindahan alam membuatkan kami lupakan sejenak kisah-kisah buruk yang pernah berlaku di sini. Penjelajahan berbasikal kali ini telah membawa kami ke wilayah selatan Thailand. Sawadikkap..... πŸ™πŸ™πŸ™

Sawadikkap Thailand πŸ‡ΉπŸ‡­ πŸ™πŸ™πŸ™πŸ™

Alkisah bermula....

Setelah bertahun-tahun merancang dan kerap kali tertangguh, akhirnya kami merasakan masanya dah tiba dan kami capai kata sepakat. Bagi aku kembara berbasikal kali ini berbeza kerana kebiasaannya kembara kayuhan kami hanya melibatkan paling ramai 7-8 orang sahaja tapi pengembaraan kali ini disertai 12 orang. Pelbagai ragam dan kisah yang berlaku sepanjang berkayuh bersama. Kami telah menetapkan tempat pertemuan di Rantau Panjang, Kelantan dan akan memasuki Thailand melalui pintu sempadan Rantau Panjang - Sungai Kolok. Setibanya di Rantau Panjang sekitar jam 8:30 pagi dan segala persiapan selesai, kami memulakan kayuhan ke pintu sempadan yang terletak berhampiran dengan stesen bas Rantau Panjang. Segala urusan di kaunter Imigresen Malaysia dan Thailand dipermudahkan. Disebabkan dah lama tak masuk Thailand, aku agak janggal mengisi borang 'Arrival Card'. Itu tak kena, ini tak kena. Last-last tiru kawan sebelah. Setelah urusan imigresen kedua-dua negara selesai, kami memasuki bandar Sungai Kolok dan singgah sebentar di bandar ini untuk beli barang keperluan dan sim-card. Diingatkan kepada para pengembara, TIADA CAPAIAN ROAMING di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Yala & Pattani). Jadi, anda perlu beli sim-card jika inginkan capaian Internet di wilayah ini. Aku dah terkena. Awal-awal lagi aku dah beli pelan roaming Maxis tapi setelah memasuki bandar Sungai Kolok, tiada capaian Internet. Awal-awal dah kena 'scam'. Penyudahnya, aku minta ehsan kawan-kawan yang memakai sim-card Thailand untuk berkongsi 'Hotspot'. Thanks guys.

Buku merah jangan lupa. Team bersiap sedia untuk memasuki Siam 

Di border post Sungai Kolok ni pun dah banyak drama. Hampir 30 minit kami berada di sini.

🎡 Definisiku tetap sama dengan kelajuanTidak ku gentar kerna bagiku ini masa depanTiada penghalang bagikuDan matlamatku hanya satuSentiasa bersediaKemenangan pasti milik kita ~ Jiwa Kelajuan by Hujan 🎡

Touring and kampung life never boring

Tanpa melengahkan masa, kami memulakan kayuhan hari pertama menuju ke bandar Narathiwat yang jaraknya dianggarkan ~70km. Kami melalui jalan pesisir sungai golok iaitu JALAN (42) untuk sampai ke Tak Bai sejauh ~30km. Satu perkara yang aku perasan setiap kali kayuh di Thailand ialah cuaca yang amat panas. Sepanjang perjalanan menuju ke Tak Bai, kami berkayuh di bawah terik mentari yang membakar kulit dan mental kami. Dua kali kami singgah warung untuk melepaskan lelah. Usai memasuki waktu Asar, kami berhenti solat jama' di Masjid An-Nur di Tak Bai. Selesai bersolat dan berehat, kami meneruskan kayuhan tapi kali ini kami guna jalan pesisir pantai pula. Kami melalui kawasan kampung yang tenang dan kami dapat melihat aktiviti penduduk setempat pada sebelah petang. Tamat jalan pesisir pantai, kami memasuki semula JALAN (42) menuju ke bandar Narathiwat. Sewaktu melalui jalan ini, kami bertemu dengan seorang lelaki tempatan yang sedang berbasikal bernama Sufian. Kami sempat bertanya tempat bermalam yang sesuai di Narathiwat. Beliau mencadangkan kepada kami untuk bermalam di Taman Negara Ao Manao-Khao Tanyong, sebuah kawasan berkhemah tepi pantai. Dia juga berbesar hati untuk membawa kami ke sana dan bertanyakan renjer taman negara yang bertugas mewakili pihak kami. Alhamdulillah, kami dibenarkan berkhemah di sini dan menggunakan fasiliti yang disediakan. Lebih terharu apabila renjer bertugas itu mempelawa kami guna tandas di rumahnya dan menawarkan rumahnya sebagai tempat bermalam. Pada awalnya kami menolak tapi dia tetap mempelawa kami. Terima kasih kami ucapkan kepada Sufian dan abang Renjer. Selesai makan malam di restoran berdekatan, kami berbual seketika sebelum masuk tidur. Good night, Narathiwat.

Apa pandang-pandang πŸ‘€ Nak ngorat ke?

Signboard yang biasa di Thailand. Posing bergambar dahulu. Welcome to Narathiwat.

Kami conquer warung Pak Jabit. Chief Oley menikmati makanan di meja khas. Anak-anak buah hanya bersila.
Beri laluan kepada Pelaton dari Malaysia

Ao Manao National Park - Check-in

Hammock life at Ao Manao National Park

Pantai Ao Manao. Ramai warga Malaysia datang ke sini ketika musim cuti atau hujung minggu.

Gunung-ganang sanggupku daki...

Niat nak bangun awal untuk lihat matahari terbit tapi usaha itu terbantut dek awan tebal pada waktu pagi. Nasi putih dan lauk-pauk menjadi santapan sarapan kami pagi ini. Kayuhan hari ini akan membawa kami ke satu lagi wilayah selatan Thailand iaitu Yala. Apabila menyebut Yala, pasti terbayangkan zon bukit. Suka atau tak, itulah yang akan kami hadap hari ini. Sebelum memasuki zon pendakian, kami ziarah dahulu Masjid Telok Manuk iaitu masjid yang berusia 300 tahun. Sebelum memasuki perkarangan masjid, kami melintasi beberapa askar bersenjata. Kami agak pelik. Adakah ini perkara biasa? Setelah tiba di sana, kami diberitahu menteri dari Bangkok dan D.O Narathiwat sedang mengadakan lawatan ke masjid ini. Patutlah ramai askar berkawal di luar. Kami meluangkan masa lebih kurang sejam di sini dengan beramah mesra bersama warga tempatan dan mengagumi keindahan seni bina masjid yang telah berusia ini sebelum menyambung kayuhan. Untuk menuju ke Yala, kami memasuki JALAN (4066). Masa yang dinantikan telah tiba. Sejurus menyusur masuk ke jalan utama semula, kami terus disajikan dengan zon bukit pertama dengan darjah pendakian sebanyak 8%. Apa boleh buat, hadap sahaja. Tak larat, sama-sama tolak. Mujur disediakan view point di puncak untuk kami berehat sebelum hadap zon bukit kedua. Setiap yang naik pasti ada turun. Masing-masing meluncur laju menuruni zon bukit tertinggi hari ini. Mendaki membuatkan perut kembali lapar. Kami berhenti di sebuah warung bersebelahan Masjid Safina Tuljannah untuk makan tengah hari. Alang-alang berada di sebelah masjid, kami terus singgah untuk solat. Sejurus selesai solat, hujan lebat turun. Berbaki ~40 km lagi, kami tetap perlu kayuh mengharungi hujan untuk sampai ke Yala. Ketika berbaki ~15km lagi, aku, Acit dan Planta (kelompok hadapan) terlepas simpang dan terpisah daripada kumpulan. Kami memutuskan untuk ikut jalan lain. Alhamdulillah, kami bertiga selamat sampai di Yala lebih awal gara-gara pecutan Acit dan Planta seperti Harif Salleh. Mujur aku boleh ikut kelajuan mereka tapi hampir terkucil juga dibuatnya. Pada sebelah malam, kami pergi men-dobi, cari 7-11 dan makan malam sebelum pulang ke penginapan. Roomate aku malam ini ialah Planta. Aku enjoy dengar kisah hidup dia. Apa pun selamat malam, Yala.

Bersarapan di warung berhampiran Taman Negara Ao Manao. Brader berbaju askar tu lah renjer yang banyak bantu kami sejak dari ketibaan kami sehingga keberangkatan pergi.

Bersama delegasi dari Bangkok di Masjid Telok Manuk. Dengar kata masuk Harian Metro Thailand.   

Seni bina dalaman masjid juga indah. Macam rumah melayu zaman dahulu. Semoga rumah Allah ini sentiasa dilindungi dan diberkati

Adik-adik madrasah Masjid Telok Manuk meluangkan masa bergambar bersama Chief kami

Permulaan zon pendakian di Yala. Get ready, set, GO.
 

"Pain is temporary. Quitting lasts forever.” – Lance Armstrong 


       

Bab buat content memang padu. Drama jer lebih ni. hahaha.. Sorry Arep. πŸ˜†

Keep calm and pedal on

Berkayuh sambil menikmati keindahan matahari terbenam
Bestinn Yala - Penginapan kami di Yala

Bukan millage yang dikejar, sebalik pengalaman...

Disebabkan dapat tidur di atas tilam yang empuk, masing-masing bangun lewat pada hari ketiga di Siam. Pada hari ini, jika ikut pelan asal, kami akan kayuh ke Pantai Soi Sawan dan bermalam di sana. Selesai berkemas, kami cari sarapan di bandar Yala. Selesai sarapan kami singgah SEBENTAR di sebuah kedai basikal yang terkenal dikalangan pengembara basikal iaitu Vee Bike Yala. Apabila sampai di sana, kami terus disambut pemilik kedai yang teruja melihat ketibaan kami. Aku pun dah lama nak singgah sini. Aku selalu tengok gambar-gambar dan update mereka di Facebook. Kedai dia memang simple tapi mereka menjual barang-barang berkualiti. Kami amat teruja melihat basikal dan aksesori yang dijual di sini. Aku juga dapat test-ride beberapa buah basikal yang hanya mampu aku impikan sahaja. Pejam celit, pejam celit, kami luang masa begitu lama di sini. Hari dah masuk tengah hari tapi masih belum meninggalkan Yala. Ikut perancangan kami perlu kayuh ~80km untuk hari ini. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk naik kereta api sahaja dan menuju ke Hatyai. Selesai makan tengah hari, kami terus ke stesen kereta api. Tambang kereta api di Thailand memang murah. Hanya 23 baht (tiket) + 90 baht (basikal). Kami naik gerabak paling depan iaitu gerabak kargo. Perjalanan dari Yala ke Hatyai mengambil masa sekitar 2 jam. Setibanya di Hatyai, kami terus berkayuh ke hotel. Pada sebelah malam pula, kami meluangkan masa di Lee Garden Plaza untuk makan malam dan beli-belah. Aku hanya cuci-cuci mata di sini. Selesai beli-belah, kami pulang ke hotel dan singgah 7-11 sebelum naik ke bilik. Seperti biasa, burger 7-11 menjadi sasaran aku. Malam ini roomate aku ialah Didi dan Planta. Malam ketiga pun masih tidur di atas tilam empuk. Good night, Hatyai. Jumpa esok.

Melepak di Vee Bike Yala

Apa yang penting? K.E.R.J.A.S.A.M.A!

 
Santai-santailah, sayangku
Pergi mana laju-laju?


"Kadangkala diam lebih bagus daripada berkata-kata"

Pelan A tak jalan, Pelan B ada. Apa-apa pun, TENANG.

Uhmm cakk dari balkoni hotel di Hatyai

Time to say goodbye, for the time being...

Jika ikut pelan awal, Hatyai merupakan destinasi penamat kembara kayuhan kali ini. Namun disebabkan kami jimat sehari setelah menaiki kereta api, kami memutuskan untuk meneruskan kayuhan menuju ke sempadan dan keluar ke Malaysia melalui pintu Danok/Bukit Kayu Hitam seterusnya mengambil bas di Changlun untuk pulang. Jarak kayuhan menuju ke Changlun dianggarkan ~68km. Untuk ke Changlun, kami melalui JALAN (4) atau HIGHWAY AH2 (rangkaian lebuh raya Asia sepanjang 13,107km). Kami memulakan kayuhan hari ini seramai 11 orang sahaja kerana Ahtoi telah menamatkan kayuhan lebih awal kerana sambung bercuti bersama keluarga yang turut berada di Hatyai. Goodbye Ahtoi. Jumpa lagi di kembara berbasikal seterusnya. Kekosongan Ahtoi terus diisi apabila seorang lagi rakan kami yang memulakan kayuhan kembara ini beberapa hari lebih awal iaitu Adeen telah sertai kami sewaktu berhenti bersarapan. Welcome aboard. Kumpulan kami menjadi 12 orang semula. Kayuhan hari keempat amat memeritkan kerana cuaca yang sangat panas. Tiub tayar aku pun pancit buat kali kedua selepas pancit kali pertama sewaktu di Yala. Tayar basikal Didi pun rabak ketika kayuhan berbaki ~15km menuju sempadan. Apa pun, kayuh tetap kayuh. Setelah harungi panas terik dan hujan, akhirnya kami selamat sampai di Pekan Danok. Sebelum masuk ke Malaysia, kami singgah di restoren dan 7-Eleven bagi menghabiskan baki duit baht yang masih ada. Urusan masuk ke Malaysia amat mudah. Tiada pemeriksaan barang dilakukan pihak imigresen Thailand dan Malaysia. Alhamdulillah. Kami selamat masuk ke Malaysia tapi masih berbaki ~10km menuju Changlun. Setiba di Changlun, kami terus ke stesen bas Changlun. Di sinilah aku mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa rakan yang menamatkan kayuhan Siam kali ini iaitu Acit, Arep, Didi, Ude, Kurin dan Planta. Goodbye guys, see you next trip. 

Setiap kali aku ke Hatyai bersama geng basikal, aktiviti membeli cover passport dan pin pasti berlaku.

Hotel kami sangat dekat dengan ASEAN Market.

Steady Didi bersama basikal dan pannier baharu. Awak memang terpaling 'pen-touring'.

Mujur kembara kali ini disertai Acit, mekanik team kami. Thanks, Acit. "Pantas dan tuntas."
I'm coming home πŸ‡²πŸ‡Ύ

Terus mengorak kayuhan...

Kayuhan hari keempat belum tamat. Berbaki enam orang, aku, Acap, Adeen, Jawa, Oley & Semut meneruskan perjalanan senja menuju Kodiang sejauh ~16km lagi menggunakan JALAN (K102). Kami rancang untuk bermalam di tapak rekreasi Gua Gong. Kami dah hubungi person-in-charge untuk minta kebenaran. Setibanya di Kodiang, hari sudah gelap dan tanpa melengahkan masa, kami terus menuju tapak rekreasi yang diselebungi gelap gelita. Sewaktu tiba di kawasan yang sepatutnya, kami lihat pintu pagar tapak rekreasi berkunci. Alamak! Kami berhenti sejenak di tengah-tengah kegelapan malam bagi menghormati azan Isya' dan memikirkan pelan B. Berada bersebelahan bukit batu kapur dan gua ini membuatkan bulu roma kami meremang dan rasa gundah gulana. Jadi, kami buat keputusan untuk bermalam di masjid berhampiran. Setibanya di Masjid Jamek Kodiang, kami meminta izin daripada AJK masjid untuk tumpang bermalam. Alhamdulillah, mereka membenarkan kami bermalam di sini. Walaupun tidur kami bertemankan nyamuk, kami tetap bersyukur dapat tempat berlindung. Selamat malam, Kodiang.

Hari yang memenatkan. Apa pun kita kasi sampai Kodiang dulu.

Hanya diterangi lampu basikal, suasana di tepi gua memang gelap dan sejuk dek tiupan angin dari gua

Pagi yang tenang di Kodiang

Masjid Jamek Kodiang ini turut menyediakan kerusi urut percuma. Memang syoik.

Inilah nasib apabila menumpang. Segala-galanya ala kadar. Bersyukur dengan apa yang ada.

Terima kasih AJK masjid membenarkan kami bermalam di sini. Allahuakbar.

Seawal jam 5:20 pagi kami dikejutkan jemaah yang tiba awal di masjid untuk solat subuh. Alhamdulillah, jemaah subuh di masjid ini agak ramai. Selesai subuh, kami terus bersiap untuk meneruskan kayuhan. Hari ini kami rancang untuk menuju ke Yan dengan jarak ~80km. Sewaktu aku tiba di bahagian utara Malaysia ini, beberapa perubahan dapat aku rasa. Daripada menyebut 'teh beng', kami perlu sebut 'teh ais'. Daripada melihat matahari terbit menghadap Laut China Selatan, sekarang kami melihat matahari terbenam pula di Laut Selat Melaka. Sudah jauh kami mengayuh. Apa pun, kami memulakan kayuhan berlatarbelakangkan sawah padi luas mata memandang. Kami rancang untuk ziarah Masjid Zahir di Alor Setar sebelum meneruskan kayuhan. Apabila tiba di Masjid Zahir pada waktu Zohor, hujan turun dengan lebat. Kami berlindung seketika di perkarangan Masjid. Hujan yang lebat nampak seperti takkan reda dalam waktu terdekat. Kami mula gelisah memikirkan jarak kayuhan berbaki ~40km lagi sebelum sampai di Yan. Sambil berbual kosong dan bermain telefon, hujan mula reda sekitar jam 3:30 petang.Tak banyak cerita, kami terus memulakan kayuhan. Berkayuh di kawasan sawah padi di sepanjang perjalanan menuju Yan memang sukar kerana terpaksa berkayuh melawan arah angin atau 'head wind'. Kami bergilir-gilir bertukar 'pacer'. Kami menggunakan JALAN (K1) untuk ke Yan. Alhamdulillah, kami selamat sampai di Yan sebelum Maghrib. Misi berjaya!!

Tengah fikir nak bagi alasan apa dekat bos untuk minta cuti tambahan.

Bab makan memang kena fokus & serius. Sarapan di Yan.

Mengayuh gerek sambil menikmati keindahan sawah di bawah terik mentari. PERFECT.

 
Hangpa kayuh paneh lit-lit ni nak pi mana? Apa pun hangpa memang "Poweroot"
 

Masjid Zahir, Alor Setar Check-In for 2nd time.

Sorry Semut aku ambil gambar and gelakkan kau dulu sebelum tolong. Ini dinamakan kawan sejati. Tapi sumpah memang kelakar.

Di Yan, kami rancang untuk gantong hammock di tapak perkhemahan Carribean di Kampung Ruat. Sewaktu kami tiba di lokasi, kami lihat papan tanda 'CLOSED' di pintu masuk. Alamak!! Namun, selang beberapa minit, aku disapa seorang pak cik yang sedang menunggang motor. Dia memandang kami atas bawah. Dia memperkenalkan diri sebagai pemilik tapak khemah itu. Alhamdulillah, setelah berunding, dia membenarkan kami bermalam di sini. Dia kata dia menutup tapak khemah itu hari ini kerana ribut dan hujan telah melanda kawasan tersebut malam semalam. Jadi dia tak mahu rasa resah memikirkan keselamatan pengujung. Jika kami berkenderaan, mungkin dia suruh kami cari hotel sahaja. Memandangkan kami berbasikal dan hari sudah senja, dia mengizinkan kami bermalam dengan bayaran RM50 untuk 6 orang. Fasiliti di sini lengkap. Tandas, plug elektrik, surau, tempat cuci pinggan, semua ada. Tanpa melengahkan masa, kami terus gantung hammock dan fly serta membersihkan diri. Menu makan malam untuk malam ini ialah maggi dan Pek Kembara pemberian Planta. Sewaktu makan malam, pak cik tadi datang sekali lagi untuk menjenguk kami. Sewaktu kami sedang asyik berborak, angin kencang datang menerobos tapak perkhemahan kami. Ada beberapa 'fly' yang tercabut. Angin kencang terus mengganas selama ~20 minit. Pak cik menasihatkan agar beberapa hammock dipindahkan ke pokok lain untuk berlindung daripada angin kencang. Pada masa yang sama, kami dapat dengar deruan hujan lebat dari arah laut. Mujur hujan lebat itu tidak menyinggah ke daratan. Syukur Alhamdulillah. Apabila keadaan kembali tenang, sekitar jam 11 malam kami mula masuk ke dalam 'kepompong' masing-masing untuk beradu. Selamat malam, Yan.

Carribean Campsite, Kampung Ruat, Yan, Kedah

Hammock and touring life, ROCKS!!!

Pak cik dah kabo. Hangpa tak mau denga'. Ribut melanda tempat kami berkhemah tapi keadaan terkawal

P/S: Bagi mereka yang nak camping dekat Carribean Campsite, aku nasihatkan booked lebih awal. Jangan walk-in macam kami. Pemilik tapak beritahu jika anda cuba untuk walk-in dan cuba untuk call campsite pada hari yang sama, dia takkan angkat call anda walaupun dekat papan tanda masuk campsite tertera nombor telefon campsite. Kami sangat bertuah kerana pemilik tergerak hati nak melawat campsite walaupun hari ini campsite ditutup. Dia hanya layan pengunjung yang dah booked lebih awal.

Carribean Campsite berlatarbelakangkan Gunung Jerai.
Ku ukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
 

Jam menunjukkan waktu 6:00 pagi. Aku keluar dari hammock yang dah cecah tanah untuk ke tandas dan menunaikan solat Subuh. Selesai solat, aku mula berkemas perlahan-lahan sambil menunggu rakan-rakan yang lain bangun. Hanya Nescafe panas dijadikan pengalas perut pagi ini. Kami akan singgah di warung berhampiran untuk sarapan. Hari ini ialah hari terakhir kayuhan kami sebelum tiba di destinasi penamat. Kami akan menuju ke George Town, Pulau Pinang. Perjalanan hari ini hanya berjarak ~60km sahaja. Selesai berkemas, sekitar jam 9:00 pagi, kami meninggalkan tapak perkhemahan dan berhenti di warung untuk bersarapan sebelum meneruskan kayuhan ke Tanjung Dawai. Tak sampai 5 minit berkayuh, kami terus sampai di zon bukit. Mujur kami dah bersarapan. Segala tenaga daripada nasi lemak telah digunakan. Selesai mendaki, kami terus berkayuh menuju Tanjung Dawai. Di Tanjung Dawai kami memerlukan bot untuk merentasi Muara Sungai Merbok untuk ke Pantai Merdeka. Perkhidmatan bot ulang-alik hanya aktif pada hujung minggu sahaja. Alhamdulillah, setelah mencari maklumat bot di Internet, kami peroleh sebuah bot dengan bayaran RM10/orang. Jika tiada bot, kami terpaksa berkayuh ke Sungai Petani dan menambah jarak kayuhan sebanyak 20km. Sejurus tiba di Pantai Merdeka, kami meneruskan kayuhan mencari warung makan tengah hari. Sasaran kami seterusnya ialah Penang Sentral untuk menaiki feri ke George Town. Setibanya di Penang Sentral, kami menyusuri lorong motorsikal dan membayar tambang feri berharga RM2.50 (21/09/2023) dan pembayaran hanya boleh dilakukan menggunakan KAD TOUCH 'N GO atau anda beli tiket di kaunter. Feri baharu agak kecil tapi lebih selesa tanpa kereta dan disediakan kerusi di ruang kenderaan. Setibanya kami di George Town, kami kayuh di kawasan sekitar sebelum ke hostel. Pada sebelah malam, kami luang masa men-dobi dan makan malam bersama kawan Acap dengan menaiki keretanya. Bila dah malas nak kayuh, 6 penumpang + 1 driver disumbat masuk ke dalam satu kereta. Dah macam tin sardin. Selesai makan nasi kandar Pulau Tikus, kami pulang ke hostel dan sembang seketika sebelum naik ke bilik. Selamat malam, Pulau Pinang. Malam terakhir sebelum kami akhiri kembara berbasikal kali ini.

Naik bas, kereta api, bot. Semua kami 'tapau' dalam kembara kali ini.

Ketika berada di kawasan Gunung Jerai, Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka, lagu Cinta Pantai Merdeka oleh Kumpulan Jinbara sentiasa main difikiran.

 
🎡 Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...🎡
 

😴😴😴 on the ferry. Banyak betul paparazi trip kali ini.

Hostel kami di George Town memang Old Skool. Bilik tingkap terbuka itu bilik dorm kami.

Kembara kali ini dah berakhir. Ke mana pula seterusnya?

Penamat yang bersambung...

Pada sebelah pagi, kami hanya melepak dan bincang route kembara seterusnya sambil menunggu waktu check-out pada pukul 12 tengah hari. Selesai check-out, kami mengayuh ke Arked Padang Kota untuk pekena pesembur. Dengan perut yang terlampau kenyang, kami ke Masjid Kapitan Keling untuk solat Jumaat. Disebabkan perut yang penuh, aku terhangguk-hangguk sewaktu khutbah Jumaat. Selesai solat Jumaat, kami ke cafe Temu dan cafe Suka Ngirup. Selesai berborak dengan pemilik cafe, kami kembali ke Padang Kota untuk makan mee sotong pula. Kemudian kami ke masjid untuk solat jama' Maghrib/Isya' sebelum ke Pragin Mall untuk menaiki bas. Tepat jam 9 malam, bas aku bertolak menuju Johor Bahru. Setelah meluangkan masa seminggu,  maka berakhirlah kembara berbasikal aku bersama rakan-rakan kroni Marin. Jumpa lagi, guys.

TRIVIA:

1. Jumlah jarak kayuhan aku selama seminggu dianggarkan 400km.

2. Kembara kali ini melibatkan 11 basikal Marin + 1 basikal lipat + 1 basikal Surly. 

3. Route asal ialah Rantau Panjang - Narathiwat - Yala - Pantai Soi Sawan - Hatyai. Namun, berubah menjadi Rantau Panjang - Narathiwat - Yala - Hatyai - Kodiang - Yan - Penang.

4. Seramai 8 orang bergerak dari Johor dan dipecahkan kepada 2 bas (5 dari Pasir Gudang & Kota Tinggi + 3 dari Larkin) sebab tak mahu memenuhkan bahagian luggage bas dengan basikal kami. Aku naik dari Larkin. Apabila bas aku sampai di Kota Bahru, pemandu suruh kami bertiga tukar bas. Rupa-rupanya bas yang akan bawa kami ke Rantau Panjang ialah bas kawan kami yang berlima itu. Jadi, kami terpaksa sumbat 3 basikal lagi ke dalam bas yang sama. Apabila digabungkan menjadi 8 buah basikal dalam satu bas. Diterukkan lagi dengan bahagian luggage sempit dan sudah penuh. Fuhhh... Pemandu bas dah bising sewaktu kami load basikal. 

Mai Penang tak sah kalau tak makan pesembur. Thanks Semut belanja kami.

Salah satu kedai buat kami melekat agak lama dekat sini. Siap datang dua kali.

Temu Coffe Shop yang unik.


As most of our riders from JB, at first we named our group Cyclist_JB but once the popularity of Marin Bikes hit our group, we change it to KRONI_MARIN and start 'racun' others to buy Marin Bikes but we welcome other brands too. We are not 'racist' towards others but sometime for sure kena perli. Hahaha. πŸ˜†


Tamat kembara berbasikal di Selatan Siam dan Utara Malaysia. Ke mana destinasi kami seterusnya? Nantikan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kayuh-kayuh Cari Makan (Satun-Hatyai)

Bike Touring Chapter 3: Southern Thailand