Bike Touring Chapter 2: Alor Setar - Lumut (DAY 1)

trip HAUK dengan geng SAWIT

Assalamua'laikum W.B.T.....
Untuk entri blog kali ini, saya akan kongsi pengalaman ber'touring' bersama-sama rakan-rakan dari JB. Kami akan bermula dari Alor Setar, Kedah dan berakhir di Lumut, Perak dengan jarak lebih kurang 280km. Untuk ke Alor Setar, kami menaiki bas di Terminal Larkin pada jam 7:00 malam dan perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 10 jam 30 minit. 

Kami geng 'Sawit'
Day 1

Tiba di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar pada jam 6:10 pagi & terus memasang basikal secara ala kadar & pergi ke Masjid Al-Rahmah Shahab Perdana untuk solat Subuh dan buat final preparation sebelum memulakan kayuhan.

Rakan-rakan sibuk memasang basikal masing-masing di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar

Sebelum itu, saya perkenalkan dahulu rakan-rakan touring kali ini. Trip kali ini kami bertuah kerana disertai Saraa, seorang tourer yang baru balik ber'touring' di Balkan. Selain itu, dua orang yang kali pertama ber'touring' sertai kami, Noh dan Kechik.

Dari kiri: Noh, Saraa, Kechik dan Aku

Basikal siap di'setting'
Berselfie sebelum bermula

Setelah selesai setting basikal, mandi, solat Subuh & berborak dengan pakcik masjid, kami memulakan kayuhan mencari gerai untuk bersarapan. Kami L.A.P.A.R. Gerai tepi jalan menjadi pilihan menghidangkan pelbagai jenis nasi lemak. Nasi lemak berlaukkan ikan, ayam, sotong semua ada. Hangpa boleh pilih semua. Perjalanan untuk hari pertama kami menuju pulau mutiara, Pulau Pinang.
Sarapan dulu sebelum 'shoot' Penang.

Setelah bersarapan, tenaga sudah kembali, kami memulakan kayuhan dengan Saraa sebagai navigator. Alang-alang dah sampai Alor Setar, tak sah kalau tak singgah Menara Alor Setar untuk sesi bergambar. Kami sebenarnya silap sebab nak amik full-shoot menara memang tak dapatlah kalau betul-betul berada di bawah menara. Jadi, kami hanya ambil gambar mini menara sahaja. Jadilah... daripada tiada. Setelah selesai kami teruskan kayuhan dan kami terserempak dengan satu masjid yang familiar di Kedah, Masjid Zahir. Senibina masjid yang sungguh cantik sekali.

Mini Menara Alor Setar

Di hadapan Masjid Zahir

Kami meneruskan kayuhan menuju Kuala Muda, Kedah. Kami bercadang ingin menggunakan jalan kampung untuk dapatkan pemandangan pantai. Setelah mengayuh lebih 40 minit ditambah dengan sesat, kami sampai di jalan yang MEMANG betul-betul kampung. Jalan satu lorong, kadang-kadang ber-tar, kadang-kadang tak. Satu pengalaman berharga. Tapi kami putuskan untuk guna jalanraya biasa kerana ini akan melambatkan perjalanan kami.


Laluan kampung di Kuala Kedah

Chalet di Kuala Kedah

Kami masuk ke jalan persekutuan yang biasa, Jalan Kuala Kedah - Yan. Untuk pengetahuan semua, antara tujuan utama trip ini adalah untuk lihat pemandangan sawah. Biasalah. budak JB jarang tengok bendang. Tapi kami agak malang kerana kebanyakkan bendang di Alor Setar tak meng'hijau' tapi coklat & berair.

Bendang yang tandus dan tak menghijau

Setelah keluar dari Daerah Alor Setar, buat pertama kalinya kami jumpa bendang yang luas menghijau. Apa lagi, sesi bergambar pun bermula. Sedang menghayati suasana bendang, seorang makcik menghampiri kami dan memberikan kami kudap-kudapanan. Teharu kami. Terima kasih makcik. Inilah yang istimewa tentang ber'touring'.


Bendang dan basikal tak boleh dipisahkan

Keropok yang diberikan oleh seorang makcik.

Kami meneruskan kayuhan sambil menghayati suasana bendang. Rancangan kami adalah untuk lunch di Yan dan tiba di sana kira-kira jam 2 petang. Setelah selesai makan di gerai tepi jalan, kami di sapa seorang pakcik berjambang. Rupa-rupanya dia juga seorang yang meminati touring. Kami sempat berborak, berkongsi pengalaman dan bertanyakan jalan untuk ke Pulau Pinang. Yang 'cool' pasal pakcik nie, dia pergi lunch dengan menaiki basikal juga. H.E.B.A.T.

Welcome to Daerah Yan
Lunch di Yan sambil berborak dengan pakcik yang juga suka bertouring

Sebaik sahaja bertolak dari Yan, kami disapa oleh seorang lagi otai Touring, Pak Puad Waksa. Dia tahan kami di tepi jalan untuk berborak dengan kami. Orangnya memang bersemangat dan juga menolong membetulkan basikal-basikal kami. Mana tak hebatnya, dia kata dia ada 32 basikal dekat rumah. Tempat pertemuan juga pun memang cun. Terima kasih abang Puad yang memang betul-betul bersemangat melihat kami ber-touring. Serta terima kasih atas pelawaan untuk tidur di rumah. Kami terpaksa teruskan perjalanan menuju Pulau Pinang. Dengan berpandukan arahan yang diberikan Pak Puad, kami meneruskan perjalanan.
Bersama Pak Puad Waksa
Kami tiba di Seberang Perai pada waktu maghrib dan kami decide untuk berhenti makan malam. Setibanya kami di kedai makan, seorang lelaki datang menegur kami. Seorang lagi otai touring utara muncul, abang Farhan. Selepas dinner dan mahu mulakan kayuhan, kami disapa kawan abang Farhan, abang Fauzul. Hari ini memang kami bertuah kerana dapat dengar pengalaman orang-orang lama ber-touring. Mereka berdua merupakan lagenda touring Borneo. Mereka pernah ber'touring' pusing satu borneo (Kuching-Brunei-Tawau-Kalimantan-Kuching) selama 75 hari. Memang aku K.A.G.U.M.

Bersama Abang Farhan


Bersama Abang Fauzul












Malam sudah menjelma, kayuhan semakin lemah tak bermaya dan masing-masing hanya diam seribu bahasa, tapi kami kena terus mengayuh. Kami sampai di terminal feri Butterworth sekitar jam 10:45 malam. Tambang untuk menaiki feri bersama basikal adalah RM1.40/basikal dan basikal TAK DIBENARKAN dikayuh di atas Jambatan Pulau Pinang. Jadi memang feri sahaja cara untuk masuk ke Pulau Pinang. Setibanya di Pulau Pinang, kami terus ke tempat penginapan kami, Cocoa Mews Hostel dan kami pun terus OFF untuk hari pertama.

Bergambar dengan jet di Kem TUDM Butterworth


Suasana di terminal dan di dalam feri ke Pulau Pinang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kembara Kroni Marin ke Selatan Siam ðŸ‡đ🇭

Kayuh-kayuh Cari Makan (Satun-Hatyai)

Bike Touring Chapter 3: Southern Thailand