Bike Touring Chapter 2: Alor Setar - Lumut (DAY 2)

trip HAUK dengan geng SAWIT


Hari pertama tamat dan kami telah sampai Pulau Pinang dari Alor Setar pada jam 11:30 tengah malam. Dengan badan yang sudah lemau, masing-masing ter'bungkang' di atas katil selepas mandi. Masa untuk re-energize.

Day 2

Selesai Subuh, kami sambung tidur dan bangun semula pada jam 9:00 pagi. Hari ini mode Touring OFF dan mode Tourist ON. Rancangan asal ialah mengelilingi pulau dengan basikal. Tapi memandangkan kami sampai lewat dan badan teramat penat, kami putuskan untuk pusing-pusing Pulau Pinang sahaja untuk memajukan industri pelancongan negeri sebelum keluar dari pulau pada sebelah petangnya. Hari ini kami ditemani kawan Noh, student USM, Lala dan dia sudi menjadi guide kami. Tempat pertama yang kami lawati adalah sekitar kawasan street art. Dengan memakai baju TAJAAN, kami menyulusuri kota lama Penang.


Posing gaya Hipster katenyer





Selepas setelah mengisi perut kami menuju ke Rumah P. Ramlee Kami tiba awal di sini dan ia masih ditutup kerana hari ini hari Jumaat. Jadi kami luangkan masa di gerai di hadapan Rumah P. Ramlee sambil mengadakan sesi 'ice breaking'. Setelah tahu serba sedikit tentang seniman negara ini, kami melangkah keluar dan 'order' Grab untuk ke Nasi Kandar Deen Maju. Sambil menunggu Grab seorang pakcik pengawal keselamatan datang dan menegur kami. Gambar di bawah menceritakan segala apa yang berlaku.



Add caption?

Destinasi kami yang berikutnya adalah Nasi Kandar Deen Maju. Mai Penang tak sah kalau tak makan nasi kandar. Dulu aku ada perspektif tentang apa beza nasi kandar Penang dengan yang di jual di tempat lain kerana ia hanyalah nasi putih dengan lauk campur. Itu sahaja. Tetapi setelah makan nasi kandar especially Deen Maju, memang P.E.R.G.H.H.H.Hhhhhh... Lain dari yang lain. Kuah, lauk semuanya berbeza. 



Kena beratur tapi services memang laju beb
Simple but the TASTE....

Sebelah petangnya, hujan renyai mula membasahi Pulau Pinang dan kami bersiap untuk ke seberang.  Lala pulang dahulu ke USM. Kami akan menaiki semula feri dan tambang untuk keluar dari Pulau Pinang adalah PERCUMA. Malam ini kami akan menginap di salah satu hos Warmshower*. Nama tempat yang akan kami pergi adalah Local Houz. Tempat ini terletak berdekatan Penang Sentral. Memang istimewa tempat ini. Sebuah cafe, kedai pakaian bundle, mini hall untuk gigs bagi local band dan tempat anak-anak seni lepak dan do 'something extraordinary'.

*Warmshower adalah satu perkhidmatan penempatan percuma terutamanya untuk para pengembara basikal. Apa yang disediakan hos sudah dinyatakan dalam profil warmshower. Perkara yang basic adalah tempat tidur dan mandi.
Local Houz



Setibanya di sini pada jam 8:30 malam, kami disambut oleh salah seorang 'ahli' Local Houz. Menurut dia, malam ini abang Tarmizi (hos warmshower) sedikit sibuk kerana perlu buat persiapan untuk event vape pada esok hari. Tetapi kami sempat bertegur sapa dengan dia selepas itu.


Local Houz Family
Mini hall Local Houz, tempat tidur kami
Dah duduk percuma kami tolong apa yang mampu
Selepas kami check in, mandi dan luang masa sementara dengan geng-geng Local Houz, mereka semua kena pergi ke tempat event Vape untuk buat persiapan. Maka tinggallah kami berempat. Malam ini, Lala juga datang untuk lepak bersama kami. Misi pertama pada malam ini adalah M.A.K.A.N. Menu adalah Mee Maggi + Telur Dadar + Air Milo Panas disediakan oleh Saraa.

Mee Maggi 'BALKAN'

Pada lewat malamnya, abang Tarmizi meminta izin kami untuk melakukan rakaman video interview tentang perjalanan kami ala-ala MHI. Kami bertuah kerana rakaman ini dilakukan oleh seorang editor terkenal, abang Taza. Kami diberitahu dia adalah editor filem Mamat Khalid dan juga pemenang anugerah Profima 2017 bagi kategori Editor Terbaik. Seorang yang merendah diri dan banyak share tentang pengalaman beliau di dunia seni ini.

Bersama Bro Taza, Editor hebat
Ketika sesi interview, soalan akan dilontarkan dan kami akan menjawabnya. Seperti biasa tugas ini sesuai dengan Saraa dan yang lain kelu. Mana tak cuak, tanya soalan pasal touring. Aku, Noh dan Kechik baru sahaja ber'touring'. Nak goreng cerita pun tak pandai. Part yang paling kelakar adalah pada awalnya di mana mereka suruh perkenalkan diri dan kami goreng biodata kami tetapi camera tak ditekan butang rakam. M.A.L.U kami dibuatnya. Enjoy sneak peek interview di hujung entri blog ini.

Sesi interview sedang dijalankan
Selesai interview, kami pun bersiap untuk tidur dan kami paksa Lala untuk tidur di sini sahaja kerana hari sudah lewat. Ruang tidur kami adalah di atas mini stage. Kipas ada, ubat nyamuk ada, semuanya lengkap. Kalau diperhatikan dalam mini hall ini terdapat banyak lukisan. Ia merupakan salah satu event Local Houz. Para pelukis terkenal datang dan melukis lukisan ini. Pemenang bagi pertandigan lukisan ini adalah kartunis Taugeh.

Lukisan JUARA daripada kartunis Taugeh
 
Our Tour Guide and Photographer, Lala












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kembara Kroni Marin ke Selatan Siam ðŸ‡đ🇭

Kayuh-kayuh Cari Makan (Satun-Hatyai)

Bike Touring Chapter 3: Southern Thailand