Langkau ke kandungan utama

Catatan

Yang Ditampilkan

Mencari Puyunghai di ceruk Kalibaru

Salam sejahtera kepada pembaca blog anak-anak kucing. Tajuk entri kali nie dah macam novel kan. Kisah yang aku nak kongsikan kali ini bukanlah tentang kisah cintan-cintun ataupun Puyunghai mahupun kayuhan basikal tapi aku akan ceritakan pengalaman aku mengejar angan-angan menjadi realiti. Menawan GUNUNG R.A.U.N.G. Mendengarkan namanya sahaja sudah meremamg bulu roma. Gunung ini terletak di Kalibaru, Banyuwangi, di hujung sebelah timur Pulau Jawa, Indonesia. Aku tahu pasal gunung ini sekitar tahun 2014, selepas ke Gunung Rinjani, Lombok. Apabila lihat gambar gunung ini di internet, wow!! Ini sesuatu yang mustahil bagi aku. Laluan gunung ini bukan biasa-biasa. Gunung ini amat sulit untuk didaki terutama sekali bagi seorang OKU seperti aku. Untuk menawannya aku terpaksa berhadapan dengan satu cabaran besar @ 'kelemahan' aku iaitu pengunaan tali. Sudah banyak kali aku menggunakan tali ketika mendaki gunung di Malaysia dan berjaya mengharunginya tapi kali ini berbeza. Amat berbeza…

Catatan Terbaharu