Catatan

Kembara Kroni Marin ke Selatan Siam 🇹🇭

Imej
“It doesn’t matter where you are going. It matters who is beside you.” – Anonymous Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan pembaca blog aku. “A good traveler has no fixed plans, and is not intent on arriving.” – Lao Tzu. Ungkapan yang sering kali para pengembara dengar. Sebaik-baik rancangan yang kita atur, rancangan Allah S.W.T adalah yang terbaik. Kembara basikal kali ini telah membawa kami ke sebuah wilayah yang sering muncul di dada akhbar dek pergolakan yang tiada noktah. Namun kemesraan penduduk setempat serta keindahan alam membuatkan kami lupakan sejenak kisah-kisah buruk yang pernah berlaku di sini. Penjelajahan berbasikal kali ini telah membawa kami ke wilayah selatan Thailand. Sawadikkap..... 🙏🙏🙏 Sawadikkap Thailand 🇹🇭 🙏🙏🙏🙏 Alkisah bermula.... Setelah bertahun-tahun merancang dan kerap kali tertangguh, akhirnya kami merasakan masanya dah tiba dan kami capai kata sepakat. Bagi aku kembara berbasikal kali ini berbeza kerana kebiasaannya kembara kayuhan kami hanya