Hokkaido: The Land of Nature

Jepun memang terkenal dengan kecanggihan teknologi dan bandar-bandar metropolitan seperti Tokyo dan Osaka tapi Hokkaido berlainan. Hokkaido, sebuah pulau di utara Jepun memang terkenal dengan keindahan alam semula jadi. Di pulau ini tiada Shinkasen (kecuali di Hakodate. Itu pun untuk ke untuk ke Tohoku.) dan hanya menggunakan limited express train. Pulau ini memang sesuai untuk dilawati tak kira musim dan bagi penggembara 'backpackers' yang gemarkan alam semulajadi, Hokkaido adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Saya berkesempatan untuk mengunjungi pulau ini dan mengembara ~1/5 kawasan sahaja dalam tempoh seminggu. Ya, pulau ini memang besar dan mungkin memerlukan ~3/4 minggu untuk menikmati setiap pelusuk Hokkaido dan menghayati keindahannya. 

Tarikh        : 03 - 11 September 2017
Flight         : Airasia X (Return ticket = RM1075 incl. luggage + pre-order meal)
Flight time : ~7/8 Hours

              Kami telah sampai ke Hokkaido, Anda bila lagi.

HARI 1  (04 September 2017)

Touch down New Shin-chitose Airport pada jam 8:36am (Waktu Jepun +1Hour). Kami sampai di airport dan menyelesaikan urusan imigresen yang sistematik. KONICHIWA.... Hokkaido. Kami sempat pusing-pusing di dalam airport. Selepas lebih kurang satu jam kami pun keluar dari airport.

                 Kawasan sekitar New Chitose Airport

Perkara pertama yang dilakukan apabila sampai adalah menyelesaikan urusan penyewaan kereta. Kami menggunakan perkhidmatan CAR RENTAL HOKKAIDO. Harga yang agak murah selepas dibuat perbandingan dengan syarikat lain dan boleh bayar guna tunai.

Jenis kereta : Nissan Note (Hybrid)
Kadar sewa: ¥ 42,780 (6 hari sewa)
(termasuk insurance + kad ETC (macam Touch 'n Go) + unlimited Hokkaido highway toll)
*Saya galakkan anda ambil plan ETC ini kerana berbaloi jika anda mahu berjalan seluruh Hokkaido.
*Kadar tol di sini memang mahal 
*Sesuai untuk menyewa kereta jika anda pergi ber-3/5 orang. Boleh share. Sharing is caring. 
*JR Hokkaido Pass berharga ¥24,000/person (Pass 7 Hari). Jadi pilihlah pilihan tranportation anda sendiri.

                                       Bersama Nissan Note di Kedai Epal

Destinasi 1: Noboribetsu (Jikogudani @ Hell Valley)
Noboribetsu merupakan pekan Onsen terbesar di Jepun (malang sekali kami bukanlah peminat Onsen). Kami di sambut oleh patung Demon yang besar selepas keluar daripada pintu tol.

                       Selamat datang ke Noboribetsu



Hell Valley: Kawasan di mana asap keluar dari tanah dan bau sulfur yang sangat kuat. Kawasan ini terkenal dengan Onsen. Kita boleh pusing sekitar Hell Valley dan terdapat pelbagai trail/laluan berjalan kaki untuk dicuba.
Parking fee:  ¥500/car

                                        Hell Valley

Oyunuma Natural Footbath: Penat berjalan? Anda boleh melegakan kaki anda dengan mencelup kaki dalam air yang suam dan berpasir halus kehitaman. Ia terletak berhampiran hell valley. Anda perlu berjalan kaki lebih kurang 15 minit untuk ke sini. Kami bertuah kerana terjumpa RUSA ketika menuju ke sini. Kami ingatkan rusa itu adalah patung hiasan.


                        Oyunuma Natural Footbath
 
Destinasi ke-2: Muroran
Seterusnya kami ke Muroran. Perjalanan mengambil masa setengah jam sahaja. Kami ke sini hanya untuk mengisi masa yang ada sebelum daftar masuk ke tempat penginapan kami di Tasik Toya. Kami menuju ke Tokkarisho lookout dan Cape Chikyu. Di sini anda dapat menikmati pemandangan pesisir laut dari atas bukit. Memang cantik untuk dilawati. Pelancong pun tidak ramai.


                              
                      Tokkarisho lookout

                          Cape Chikyu

Destinasi ke-3: Tasik Toya
Destinasi yang ditunggu-tunggu. Kami tiba di sini lebih kurang pukul 5:10pm dan bergegas ke tempat penginapan untuk solat. Kami menginap di Toya Gokirokutei.

Nama penginapan: Toya Gokirokutei
Kadar Sewa: ¥ 12,246/night (Japanese Style Room)
*Bilik yang selesa beserta TV, pemanas air, futon, bilik air dan ruang salin pakaian. 
*Ruang makan di tingkat bawah ala-ala tradisional Jepun
*Kebanyakkan hotel/hostel di sini memang mahal kerana terletak di tepi tasik popular. Jadi ini antara yang termurah setelah di buat perbandingan. Ada yang lagi murah tapi jauh dari tasik.


                                                              Toya Gokirokutei

Saya memasukkan Tasik Toya ke dalam jadual adalah untuk melihat keindahan tasik serta pesta bunga api (Hanabi) yang dilangsungkan SETIAP malam (April - Oktober) selama 20 minit. Jepun memang terkenal dengan pesta Hanabi sebagai tanda untuk menghalau gangguan Demon jahat. Sebelum persembahan Hanabi bermula kami dihiburkan dengan tarian oleh pekerja hotel berhampiran. Persembahan hanabi bermula pada jam 8:45pm. Sekitar bandar Tasik Toya menjadi lenggang selepas persembahan Hanabi. Tasik Toya is a must place to visit.


                   'Hanabi' di Tasik Toya

HARI 2 (05 September 2017)

Disebabkan kami sampai lewat di Tasik Toya pada hari semalam dan tak sempat untuk bergambar di sekitar tasik, kami memulakan hari dengan sesi bergambar di sekitar Tasik Toya sebagai kenang-kenangan. Kawasan persekitaran tasik sangat bersih, cuaca yang cerah. Tasik Toya memang terbaik.

                       
                             Tasik Toya

Destinasi ke-4: Tasik Shikotsuko
Kami meneruskan perjalanan menuju satu lagi tasik iaitu Tasik Shikotsuko yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tasik Toya. Tasik ini dikatakan di antara tasik TER-jernih di Jepun dan memang terbukti kejernihannya. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti mengayuh bot itik, pusing-pusing tasik dengan feri, mendayung papan luncur dan berbagai-bagai lagi. Suasana di tasik ini lebih tenang dan tidak banyak kedai di sekitarnya berbanding Tasik Toya.


                       
                          Tasik Shikotsuko  

Destinasi ke-5: Iwamizawa
Kami ke sini hanyalah sebagai tempat persinggahan untuk ke tempat penginapan kami yang seterusnya. Kami singgah di ECO TOWN, sebuah kedai yang menjual barang-barang terpakai. Sempat sambar satu robot cleaner berharga ¥ 1,080 untuk mak. Selepas itu kami ke Gyokusan Atochi Park untuk makan tengah hari. Taman ini kecil sahaja tetapi terdapat Tea House di tengah-tengah tasik kecil dan sesuai untuk menghirup udara segar di tengah-tengah bandar Iwamizawa.

                                                             Gyokusan Atochi Park 

Destinasi ke-6: Kamikawa
Sama seperti semalam, kami tiba agak lewat (~5.20pm) di Kamikawa. Kami akan menginap di bandar ini satu malam. Kami disambut pekerja hostel yang mesra dan boleh berbahasa Inggeris. Hostel ini baru sahaja dibuka jadi semua kelengkapan kelihatan baru. Hostel ini baharu tapi bangunan yang digunakan adalah bangunan yang lama.

Nama penginapan: Yasuragino Mori Colza
Kadar sewa: ¥ 9,900 (1 bilik single  + 1 bilik double)
*Hostel yang baru dibuka pada bulan Mei 2017.
*Satu-satunya hostel yang menyediakan tuala percuma di sepanjang kami di Hokkaido. 

                        Yasuragino Mori Colza

Selepas daftar masuk dan solat kami bergegas keluar untuk ke Takikawa Maruka Kogen Autocamp. Sebelum pulang kami singgah di AEON Takikawa untuk mencari makan malam dan membeli-belah.

HARI 3 (06 September 2017)

Kami bangun pada jam 4:30am dan memulakan perjalanan pada jam ~6:50am. Destinasi kami seterusnya adalah Asahi-dake. Perjalanan mengambil masa agak lama iaitu lebih kurang 2 jam lebih. Tetapi tempat ini memang WORTH TO EXPLORE.

Destinasi ke-7 : Asahidake

Asahidake terletak dalam Daisetsuzan National Park (Taman Negara terbesar di Jepun). Gunung Asahidake merupakan gunung berapi berketinggian 2,281m. Anda punyai pilihan sama ada mahu pusing-pusing mengikut laluan jalan kaki yang disediakan atau memanjat gunung Asahidake. Tempoh memanjat adalah lebih kurang 2 jam naik & 1 jam 30 minit turun. Jikalau mahu berjalan-jalan sahaja di trail yang disediakan, ia mengambil masa lebih kurang 1 hingga 2 jam (+ bergambar).

                                                      Kawasan sekitar Asahidake
 
                 


                        Puncak Gunung Asahidake (2,281m)

Destinasi ke-8: Asahikawa
Kami menginap di sini untuk dua malam.

Nama Penginapan: Yado Retro House Ginza
Kadar sewa: ¥13,200 untuk 3 orang (bilik dorm untuk 2 malam)
* Hostel ini hanya ada 2 bilik dorm dan setiap bilik hanya ada 4 katil. Jadi jumlah yang boleh diduduki satu-satu masa hanya 8 orang. Jadi tempat agak terhad.
* Antara penginapan termurah di Asahikawa (¥ 2,200/person/night)
*Pemilik hostel (Mr Yohei) memang peramah dan tahu berbahasa Inggeris. Dia merupakan seorang traveller dan bicycle tourer. 

                                                  Yado Retro House Ginza


   From Left: Muhaini, Salman, Me, Kazuki (Staff), Yohei (GH Owner)

Pada malamnya kami berjalan-jalan ke sebuah kedai barang terpakai untuk mengisi masa malam kami. TER-beli speaker ipod dengan harga ¥ 1,826. Kami pulang dan sempat berbual dengan dormmate kami iaitu Ms. Saori. Masih belajar dan juga bekerja sambilan di kedai surfing (budak surfing tue). Berasal dari Miyazaki dan minat mengembara dengan memikul bag haversack (agak rare lihat wanita jalan-jalan bawa haversack). Kami banyak bertanya dia tentang Jepun serta menceritakan sedikit tentang Malaysia.

HARI 4 (07 September 2017)
Lenguh di badan telah hilang. Hari ini saya lebih bersemangat kerana akan menawan gunung ke-2 saya di sini, Gunung Kurodake. Hari ini hanya saya seorang yang akan mendaki Gunung Kurodake. Untuk ke sana kami perlu menaiki Sounkyu Ropeway dan Chairlift.

Destinasi ke-9: Sounkyu (Kurodake dan Waterfalls)
Untuk ke tempat permulaan pendakian Gunung Kurodake, saya kena naik Ropeway (Gondola) dan seterusnya Chairlift


         Chairlift untuk ke Starting Point Gunung Kurodake

Di puncak Gunung Kurodake (1,984m)


Kawasan sekitar Gunung Kurodake

Masih terdapat ais di kawasan Gunung Kurodake 


Kawasan di sekitar puncak Kurodake

Setelah selesai mendaki. kami menuju ke kawasan air terjun yang terletak berdekatan dengan kawasan gunung kurodake. Terdapat dua air terjun di sini iaitu Ginga no Taki dan Ryusei no Taki.








HARI 5 (08 September 2017)
Kami daftar keluar Yado Retro House Ginza dengan nota ucapan terima kasih yang ringkas kepada Yohei dan Kazuki. Destinasi yang dituju hari ini adalah Furano.

Destinasi ke-10 : Blue Pond
Dari Asahikawa kami meneruskan perjalanan kami menuju Tasik Biru/Blue pond yang terletak dengan Biei. Ianya terletak di kawasan pedalaman. Perkhidmatan bas untuk ke sini ada disediakan. Laluan di sepanjang tasik biru ini kecil sahaja dan ini merupakan kawasan tumpuan pelancong. Saya nasihatkan supaya datang awal pagi untuk elak kesesakkan. Kalau ramai orang nak ambil gambar pun susahkan.
Enterance Fee: FREE


                                     
                                          Kawasan sekitar Blue Pond
P/S: Sila datang awal pagi untuk elak kesesakan para pelancong

Destinasi ke-11: Furano dan Biei Flower Farm : Tomita Farm & Shikisai No Oka  Farm.

Seterusnya kami menuju ke ladang bunga yang terkenal iaitu Tomita Farm. Agak malang kerana musim bunga telah hampir habis. Hanya ada sedikit sahaja ladang yang masih dibuka. Bunga di ladang yang lain telah dicabut. Tetapi kami dapat merasa aiskrim lavender di sini. Bersebelahan Tomita farm terdapat Melon Farm. Anda boleh mencuba rasa pelbagai jenis melon di sini. Harga setiap melon berbeza-beza.
Enterance Fee: FREE


                            Tomita Farm

Kekecewaan kami di Tomita Farm terubat apabila masih terdapat banyak bunga di ladang ke-2 yang kami tujui iaitu Shikisai no Oka. Selain bergambar bersama bunga, pelbagai aktiviti boleh dibuat di sini.
Enterance Fee: FREE




                                                                      Shikisai No Oka

Nama penginapan: Log Yukari Guest House
*Penginapan termurah kami di Hokkaido ( ¥1,500/person/night) ~ Dorm
*Bilik dorm lelaki dan perempuan dipisahkan.
*Penginapan ini menyediakan perkhidmatan basuh baju dan mengering baju secara PERCUMA.

P/S: Dahlah sewa murah service basuh baju pun percuma.

Kami daftar masuk awal di Log Yukari. Log Yukari terletak di kawasan yang dikelilingi hutan. Menurut pemilik terdapat banyak rusa di kawasan ini. Kami menghabiskan waktu petang dengan menyewa (Free) basikal di Log Yukari. 

Pejabat Utama Log Yukari



               Berbasikal di sekitar Log Yukari  

                Selfie dengan atok Log Yukari

HARI 6  (09 September 2017)

Destinasi ke-12: Otaru
Kami daftar keluar Log Yukari. Pemilik Log Yukari berbesar hati bergambar bersama dan menunggu sehingga kami pergi. Hujan renyai-renyai buat kali pertama sejak berada di Hokkaido membasahi bumi Furano. Kami meneruskan perjalanan menuju bandar pelabuhan, Otaru. Perjalanan  mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Setibanya di Otaru kami terus ke Terusan Otaru/Otaru Canal dan meletakkan kereta kami di tempat parkir bersebelahan terusan. Ramai pelancong mula memenuhi bandar Otaru.  Setibanya di Terusan Otaru kami terus ke kaunter informasi pelancong berdekatan. Kemudian kami pun menuju shopping street untuk melihat suasana di sana.


                                                          Terusan Otaru

Di shopping street ini terdapat sebuah restoran yang menyediakan makanan Halal dikenali sebagai Donburi Chaya. Saya mendapat maklumat mengenai restoran ini melalui beberapa entri blog orang-orang Muslim Malaysia yang pernah ke sini.

                         Di hadapan Donburi Chaya

                       Di dalam Donburi Chaya

                                              Antara menu yang kami pesan

P/S: Terdapat nasi di bawah longgokkan lauk-pauk. Kami hampir terperdaya kerana ingatkan mangkuk ini hanya dipenuhi lauk (makanan laut dan daging).

Destinasi ke-13: Sapporo 

Setelah selesai makan tengah hari dan solat di Donburi Chaya, kami meneruskan perjalanan menuju ibu kota Hokkaido, Sapporo. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tempat pertama yang kami tuju adalah sebuah kedai basikal di Sapporo, Ono Cycle. Sejujurnya barang-barang basikal di Jepun memang sedikit mahal. 

Selepas itu kami menuju ke bekas bangunan kerajaan Hokkaido. Ia merupakan sebuah muzium dan terletak berhampiran Odori Park.
  
                  Hokkaido ex-government building 

Lebih kurang pukul 5:20pm kami gerak menuju tempat penginapan kami di Sapporo iaitu Ten to Ten Hostels and Kitchen. 

Nama Penginapan: Ten to Ten Nakajima Koen
*Berdekatan Horyu Ramen (15 minit berjalan) serta terdapat Lawson di hadapan hostel.
*Staff yang memang SANGAT mesra dan helpful

          Selfie dengan Staff Ten to Ten yang baru, Akari

Pada malam hari selepas solat, kami keluar untuk makan malam. Destinasi yang kami tuju adalah restoran ramen yang halal, Horyu Ramen (Wajib Pergi). Sewaktu kami sampai masih tak ramai yang ada di dalam restoran. Setelah kami duduk di meja, pekerja restoran terus menunjukkan menu halal kepada kami. Saya telah memesan Gengkhis Khan Miso Soup Ramen (Genghis Khan = daging kambing). Memang sedap.

                       Di hadapan restoran Horyu Ramen


               Suasana di dalam Restoran Horyu Ramen

                        Gengkhis Khan Miso Soup Ramen (Large Bowl)

HARI 7 (10 September 2017)

Destinasi ke-14: Ten to Ten Sapporo Station Sunday Market
Sewaktu kami daftar masuk Ten to Ten, para pekerja hostel menjemput kami ke Sunday Market kelolaan Ten to Ten Sapporo Station. 

                                    Sunday morning chat with new friend, 
               Natsuki (Her English was SUPER Good)

Destinasi ke-15: Odori Park
Hari ini adalah hari Ahad. Jadi ramai orang meluangkan masa di Odori Park. Odori Park merupakan taman yang popular di Sapporo dan TV Tower merupakan trademark Odori Park.

                         Sekitar Odori Park 

Setelah puas bergambar di Odori Park, saya menghabiskan masa lebih kurang 3 jam mencari barang-barang cenderahati untuk dibawa pulang di Tanukikoji Street. Antara kedai yang dituju adalah DonQuijote dan 2nd Street. Setelah selesai membeli-belah, check out Ten to Ten hostel, kami pergi Restoran Fugetsu untuk makan malam (Restoran ini ada sediakan TEMPAT SOLAT). Antara menu yang kami pesan adalah Okonomiyaki dan Yakisoba.

                       Yakisoba (Omelet Seafood)

                 Kami masak sendiri okonomiyaki

Destinasi ke-17: Chitose
Selepas makan malam, kami menuju ke Stesen Susukino untuk ke Stesen Sapporo. Tetapi kami sempat singgah di Tanukikoji Street untuk beli cenderahati buat kali terakhir. Masa yang diambil dari Sapporo ke Chitose adalah ~30 minit dengan menaiki JR Train. Sampai di Stesen Chitose, kami berjalan kaki sejauh 800m ke tempat penginapan kami yang terakhir.

Sapporo - Chitose (¥850).

Nama penginapan:  Khaosan Chitose Family Hostel
*Suasana hostel yang bersih dan besar.
*Terdapat bahagian HALAL (Pinggan & mangkuk) di dapur.


P/S:Hostel ini memang selesa. Tapi kami hanya duduk di sini lebih kurang 9 jam sahaja.

HARI 8 (11 September 2017)

Masa untuk pulang. Bangun pada jam 4:36am untuk solat subuh dan bersiap untuk pulang. Sempat membeli-belah saat-saat akhir di 7-11 bersebelahan tempat penginapan. 5:55am teksi yang kami tempah untuk ke Stesen Chitose telah sampai (5 minit awal). Kami sampai di stesen keretapi Chitose pada jam 6:07am dan keretapi kami akan sampai pada jam 6:44am menuju New Chitose Airport. Kami check-in luggage dan roaming around airport buat kali terakhir. Sempat beli wireless JBL headphone berharga  ¥ 4,880 di kedai Duty Free Airport. Murah kot. SAYONARA... Hokkaido.

      Menunggu train di Chitose Station untuk ke New Chitose Airport

Banyak lagi tempat yang menarik di Hokkaido yang kami tak sempat lawati seperti Hakodate, Wakkanai, Pulau Rishiri dan lain-lain. Insyallah saya akan kembali ke sini. Terima kasih kepada Yohei-san, Kazuki-san, Saori-chan, Natsuki-chan, Akari-chan, Sanae-chan serta warga Jepun lain yang telah membantu kami sepanjang berada di Hokkaido. Sehingga kita berjumpa lagi.  




                                                               THE END

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kembara Kroni Marin ke Selatan Siam ðŸ‡đ🇭

Kayuh-kayuh Cari Makan (Satun-Hatyai)

Bike Touring Chapter 3: Southern Thailand