Bike Touring Chapter 2: Alor Setar - Lumut (DAY 3 & DAY 4)
trip HAUK dengan geng SAWIT Pakcik Motoooo!!!! Day 3 Kami tidur agak lewat malam sebelumnya dan terpaksa ber'perang' dengan si penghisap darah. Dengan rasa tanggungjawab, aku gagahkan diri untuk bangun, mandi, Solat Subuh dan kejutkan geng-geng sawit. Setelah berehat seharian, hari ini kami akan mengayuh semula. Sebelum bergerak kami sempat ber'posing' di depan Local Houz dan Saraa menghadiahkan satu coretan kartun untuk Local Houz. Kami tak dapat ucap selamat tinggal kepada krew Local Houz kerana diorang masih lagi tidur. Destinasi yang dituju hari ini adalah Taiping tetapi... Bye-bye Local Houz Goodbye Local Houz, till next time Pada pukul 8:40 pagi, kami mula bergerak mencari kedai makan untuk bersarapan bersama Lala. Selepas sarapan dan mengucapkan selamat tinggal kepada Lala, kami memulakan kayuhan pada jam 9:45 pagi, sedikit lewat. Hari ini kami akan menyusuri Daerah Seberang Perai sebelum memasuki Negeri Perak. Kayuhan untuk hari ini agak ...