สวัสดีครับ...
Entri Bike touring saya diteruskan lagi untuk chapter yang ke-3 dan kali ini saya bersama dengan 9 rakan touring yang baru dan lama telah menjelajah negara gajah putih, Thailand. Destinasi yang kami tujui adalah bandar Hatyai dan Songkhla. Geng-geng touring kali ini datang dari merata tempat. Enam orang dari Johor dan masing-masing seorang dari KL, Perak, Kedah dan Pahang. Kami semua bertemu di Pusat Kastam dan Imigresen Bukit Kayu Hitam, sempadan Malaysia - Thailand. Saya dan 4 rakan bergerak dari Larkin Sentral menuju Bukit Kayu Hitam dengan menaiki bas pada jam 7 malam dan Alhamdulillah kami selamat sampai pada pukul 7:40 pagi. Bas menurunkan kami di hadapan check point imigresen Malaysia. Sejurus turun kami memulakan operasi memasang basikal di tepi laluan masuk utama kenderaan. Selang beberapa minit, seorang lagi rakan kami, Semz tiba dari Batu Pahat. Empat lagi rakan kami sedang tunggu di The Zon Bukit Kayu Hitam.
|
Setup bike on the side of the road under hot sun |
|
Hide from hot sun |
|
1...2...3...Action time |
Stuck B.A.D.L.Y at Immigration 😞😞😞
Setelah semuanya berkumpul, kami terus gerak masuk ke imigresen Thailand untuk urusan menge'cop' passport. Tapi suasana di Imigresen Thailand memang huru-hara, penuh dengan orang yang ingin masuk ke Thailand. Terdapat barisan panjang yang perlu kami sertai tetapi rupa-rupanya barisan ini hanyalah untuk mengambil nombor giliran sahaja dan setelah itu, kami terpaksa menunggu sehingga selesai 500 orang terawal. Apabila ditanya, suasana begini memang biasa menjelang hari Jumaat ditambah pula pihak imigresen Thailand menggunakan sistem nombor yang baru sahaja diperkenalkan. Jadi kami pun tunggulah giliran sehingga jam 12:00 tengah hari. Setelah selesai, kami masuk ke Pekan Danok dan berhenti seketika di sebuah restoran Islam untuk makan tengah hari. Menunya adalah nasi dagang. Memang sedap dan lain rasanya.
*Jadi sesiapa yang ingin ke Thailand pada hari Jumaat melalui BKH,
bersedialah fizikal dan mental.
|
Waiting....waiting and keep waiting |
|
Need to executed Plan B or C or D... Z? |
|
Waiting is still waiting but selfie is a MUST |
|
Done with waiting. Now foodie time. The best Nasi Dagang |
|
Rileksss... We eat first. |
|
Cyclozero Presidents on a meeting. The sleep one is our Big Bos |
🚲🚲🚲🚲🚲 .............. Initiated Pedaling
Selesai makan tengah hari, kami mulakan kayuhan menuju Hatyai. Jarak Hatyai dari Pekan Danok (Sempadan Malaysia-Thailand) lebih kurang 62km dan waktu tempatan pula (Thailand) adalah lewat satu jam dari waktu Malaysia. Cuaca pada hari ini cerah dan amat panas. Beberapa kilometer pertama kami terpaksa melayan beberapa bukit. Agak memenatkan. Sebelum sampai ke Haytai, kami melalui beberapa bandar kecil. Daripada pemerhatian saya, kawasan Sadao ini terkenal dengan perusahaan getah kerana terdapat banyak kebun getah di tepi jalan dan terdapat juga kilang sarung tangan getah dan kilang tayar.
Hard time for the Thais 🙏🙏😡😡
Di Thailand, rata-rata rakyatnya masih meratapi kemangkatan raja kesayangan mereka iaitu
Raja Bhumibol Adulyadej setahun lalu
dan pada masa yang sama mereka juga meraikan pertabalan raja baharu mereka iaitu
Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun. Terdapat banyak gambar hitam putih raja lama dan gambar raja yang baru digantung di tepi jalan dan pada bangunan. Sepanjang perjalanan kami ke Hatyai, banyak pemandangan dan bangunan yang cantik terutama sekali seni bina kuil Buddha. Apabila terdapat masjid pasti ada kedai makan halal di kawasan tersebut dan rata-rata pemilik dan pekerja kedai makan halal ini boleh berbahasa melayu. Kami mengisi perut kami di sebuah restoran halal bersebelahan masjid yang kami singgah. Makanan mereka memang amat sedap terutama sekali sup. Saya hanya makan maggi sup tetapi ia lain daripada yang lain. Sangat recommend kepada sesiapa sahaja yang menuju ke Hatyai. Nama kedai saya tak ingat tapi bersebelahan
Po Mo Mosque.
|
Magnificient Buddha Temple |
|
My Bike 🚲🚲 |
|
Get fresh with cold beverages made by nice lady |
|
Another 26km to Hatyai |
|
Rileks Brother... Dont rush2... Chillz first |
|
Q & A Session with our Big Bos |
|
Anywhere we go, pray for Allah protection. Location: Po Mo Mosque |
|
A must STOP restaurant. The best SOUP ever. |
🙌🙌 Welcome to H.A.T.Y.A.I 🙌🙌
Masjid Po Mo ini merupakan check point kami yang terakhir sebelum masuk ke bandar Hatyai yang jaraknya lebih kurang 7km lagi. Perubahan landskap dari kawasan kampung ke kawasan bandar juga dapat dilihat. Alhamdulillah kami semua selamat tiba di Hatyai lebih kurang jam 6.00 petang (waktu tempatan). Setibanya di Hatyai kami terus menuju ke tempat penginapan iaitu Hatyai Dee Hostel. Kami memilih bilik jenis dorm kerana dapat memuatkan 10 orang dengan harga 180 baht seorang selepas diberi diskaun sebanyak 70 baht. Bilik yang selesa, tandas banyak dan bersih, memang terbaik.
★★ Trivia ★★
Nama asal Hatyai adalah
Khok Sa-Met Choon. Nama Hatyai adalah daripada perkataan "
mahat yai" bererti pokok mahat yang besar, iaitu salah satu pokok dari keluarga nangka. Hatyai merupakan bandar terbesar dalam Wilayah Songkhla. Ramai yang keliru dan ingatkan Hatyai merupakan sebuah wilayah. Dahulunya, Hatyai merupakan pekan kecil sehinggalah jaringan laluan keretapi bahagian selatan dibina menjadikan Hatyai sebuah hub keretapi utama di bahagian itu.
|
Finally we arrived guys, good job |
|
Negotiating process begin 😉 |
|
Let rest first and enjoy the evening view 🌇 🌇 🌇 |
|
Thanks Hatyai Dee Hostel 💟 💟 |
🌙🌛🌙🌛 Hatyai Nightlife 🌟🌠🌟🌠
Selesai
check-in hostel kami berehat sebentar di bilik sebelum keluar semula untuk melihat suasana malam bandar Hatyai. Kami mengambil tut-tut berhampiran hostel untuk ke sebuah kedai makanan halal di tengah bandar Hatyai iaitu Restoren Kelantan. Makanan okay cuma pada malam itu tiada 'nasi yang digoreng'. Semua orang bedal tomyam. Selesai makan malam, pemandu tut-tut tadi membawa kami ke
Night Market (ala-ala Uptown). Pelbagai jenis barang dijual di sini tapi kami hanya mampu pusing dan lihat sahaja kerana kekurangan modal untuk membeli-belah. Kami ke sini hanya untuk ber'
touring' dan bukannya melancong. Selesai pusing night market, kami memutuskan untuk pulang ke hostel dengan berjalan kaki sejauh ~2km untuk menjimatkan duit. Bersebelahan hotel kami terdapat
redlight district.
|
Enthusiasm? |
|
Enjoying dinner part I |
|
Enjoying dinner part II |
|
Wall of sticker |
|
Hatyai district at night |
|
Making passport cover |
|
Walking and keep walking 🏃🏃🏃 |
The Journey Continue 🚲🚲🚲🚲
Hari ke-2 kami semua bangun bersiap sedia untuk menuju ke satu lagi destinasi iaitu Songkhla. Bandar Songkhla terletak di pesisir pantai. Sebelum memulakan kayuhan, kami bersarapan dahulu di sebuah kedai makan, Restoran Mustafa. Di restoran inilah akan kami luangkan masa makan sepanjang kami di Hatyai selepas ini kerana di sini terdapat perkhidmatan wifi laju secara percuma (mode anti-sosial pun diaktifkan apabila berada di sini). Selesai sarapan kami memulakan kayuhan menuju Songkhla. Berdasarkan peta, terdapat dua jalan menuju ke Songkhla iaitu 414 dan 407. Kami mengambil jalan 414 kerana
'elavation' jalan lebih landai berbanding jalan 407. Jarak antara Hatyai ke Songkhla lebih kurang ~32km. Oleh kerana ini merupakan one day trip, jadi kami hanya membawa sedikit sahaja barang untuk ke Songkhla. Cuaca hari ini juga begitu cerah dan sesuai untuk mengayuh basikal.
|
Morning briefing before pedaling to Songkhla |
|
Mustafa Restaurant, Halal restaurant with FAST free WIFI 😜 |
|
Lets go guys |
|
Hatyai - Songkhla view I |
|
Hatyai - Songkhla view II |
|
The sun has defeated us |
|
Hatyai - Songkhla view III |
|
Stop at gas station not to refuel gas but energy 💪 💪 💪 |
|
A normal looking lorry but look at the lorry side mirror 😲 😲 😲 |
💗💕💗 Wonderful S.O.N.G.K.H.L.A 💕💗💕
Setelah mengayuh sejauh lebih kurang 32km, mengharungi pelbagai cabaran dan menghadap terik matahari, kami akhirnya tiba di destinasi yang ditujui iaitu Wilayah Songkhla. Sejurus kami memasuki Songkhla, perkara pertama yang kami lakukan adalah mencari tempat makan tengah hari. Sambil mengayuh kami cuba perhatikan kedai makan halal. Alhamdulillah, kami menemui sebuah kedai makan kecil Islam yang hanya menjual nasi ayam. Kedainya kecil tetapi ramai pelanggan. Terdapat ramai pelajar universiti yang makan di kedai ini kerana terdapat dua universiti berdekatan iaitu Thanksin Universiti dan Songkhla Rajabhat Universiti yang terletak bersebelahan antara satu sama lain. Jadi, kawasan ini merupakan tempat tumpuan para pelajar universiti. Nasi ayam yang dijual di kedai ini memang sangat sedap.
|
Samila cape signboard detected. Songkhla is nearby. |
|
Chicken rice with half fried chicken + half braise chicken.. SUPER delicious 👍 |
|
People que to buy it |
|
In front of Thanksin University |
|
In front of Songkhla Rajabhat University |
|
Gate to Songkhla City. We has arrived |
★★ Trivia ★★
Nama Songkhla adalah olahan asal bahasa Thai
'Singgora' yang bermaksud
bandar singa. Singa di sini merujuk kepada sebuah gunung yang berbentuk singa yang terletak berhampiran bandar Songkhla.
|
Sawadikap Songkhla 🙏 🙏 🙏 |
🐙 🐋 🐡The Legend of Samila Mermaid 🐠 🐠 🐠
Selesai makan tengah hari, kami mengayuh memasuki bandar Songkhla. Destinasi kami di Songkhla ini adalah Pantai Samila.
Trademark bagi pantai samila ini adalah patung tembaga ikan duyung. Akhirnya, kami sampai di Pantai Samila pada jam 1:10 petang. Oleh kerana hari ini hari sabtu, ramai orang meluangkan masa di pantai ini. Kelihatan ramai juga pelancong dari Malaysia yang menegur kami. Untuk mengambil gambar dengan patung tembaga ikan duyung ini, kami terpaksa menunggu giliran kerana ramai pelancong lain yang mahu bergambar. Cuaca, suasana dan kemeriahan Pantai Samila memang mengagumkan dengan teriak daripada para pelajar yang sedang melangsung acara sukan di pantai, orang ramai yang sedang bermandi-manda, menunggang kuda dan kanak-kanak yang saling kejar-mengejar di bawah langit yang membiru (Terkeluar pula ayat syair 😛).
|
🏖 Panaroma view of Samila Beach 🏖 |
|
Our team (CycloZero) at Mermaid Statue Samila Beach |
|
Samila Beach, CHECK ⏩ |
★★ Trivia ★★
Kisah puteri duyung yang terdapat di pantai samila ini pernah diceritakan dalam karya sastera Thailand berjudul "
Prarphaimanee”. Ia ditulis pada tahun 1809 oleh Soontornpoo, seorang penyair pada zaman Raja Thailand yang ke 2. Tetapi patung puteri duyung ini dibina pada tahun 1966 oleh Chan Karnjanakpan dan diperbuat daripada tembaga.
|
Me with mermaid statue |
|
Need a man, call. All of us still (SINGLE) 😜 😜 |
🌞 🚐 🌞 🚐 Hot and Tot-tot (tut-tut) 🌞 🚐 🌞 🚐
Setelah menikmati keindahan Pantai Samila lebih kurang satu jam, kami beransur pulang semula ke Hatyai. Setelah berbincang kami bersetuju untuk balik ke Hatyai dengan menaiki tut-tut. Ini kerana cuaca pada waktu itu sangat membahang dan teramat panas sekali. Boleh kena heat stroke (alasan). Kami menuju ke bandar Songkhla untuk mencari tut-tut yang berpatutan. Setelah berunding dengan pemandu tut-tut, kami bersetuju mengambil dua tut-tut dengan harga 500 baht untuk setiap tut-tut. Satu pengalaman yang bermakna menaiki tut-tut bersama-sama basikal menuju Hatyai.
|
Time to go guys |
|
Ride under extremely hot weather.. WOW |
|
Last option, tut-tut 👻 👻 👻 |
|
Heading to Hatyai with S.T.Y.L.E |
TYRO BIKE, a happy bike place 🚲 🔧 🔨 🔍 🔦 🚲
Selepas mengharungi perjalanan yang MEMENATkan selama lebih kurang sejam, kami tiba di perkarangan Lee Garden Plaza, Hatyai. Kami berkumpul dan berbincang untuk aktiviti seterusnya. Oleh kerana hari masih awal, kami memutuskan untuk ke Tyro Bike, sebuah kedai basikal yang menjual barang-barang basikal dan juga pengedar sah barang touring jenama Thailand, Vicinta. Setibanya di Tyro Bike, kami disambut oleh seorang gadis @ pekerja Tyro Bike dengan begitu mesra sekali. Selain barang basikal, terdapat juga kafe di dalam Tyro Bike ini.
|
Next stop, Tyro Bike |
|
Pose I at Tyro Bike |
|
Pose II at TYRO BIKE |
Spending the B.A.H.T 🤑 💸 💰
Selesai melihat barang-barang di Tyro Bike, kami singgah di Restoran Mustafa untuk minum petang. Selesai minum, saya ke kedai sebelah untuk membeli tiket bas pulang ke JB. Di Hatyai, jika anda ingin pulang ke Malaysia dengan menaiki bas, anda perlu membeli tiket dengan ejen bas yang terdapat di sekitar bandar dan bukannya beli
direct counter syarikat bus tersebut. Jadi, tambangnya mungkin akan sedikit mahal. Tiket kami untuk pulang ke JB berharga 1,100 baht atau lebih kurang RM138.00 (boleh bayar dalam ringgit). Pada sebelah malamnya pula, kami keluar mencari barang-barang
souvenir di sekitar Lee Garden Plaza. Selesai membeli-belah sekali lagi kami ke Restoran Mustafa untuk makan malam sebelum pulang ke hostel. Oleh kerana terlalu penat, ramai di antara kami masuk tidur lebih awal, selebihnya lepak dan "berbual-bual" kosong di lounge hostel.
🛥 🛥 Market that not so float at Floating Market 🛥 🛥
Memasuki hari yang baharu dan hari terakhir kami di Hatyai, kami mulakannya dengan mengemas barang-barang dan bersiap untuk
check out lebih awal. Ini kerana, setiap orang akan membawa haluan masing-masing untuk pulang hari ini. Apa pun, sebelum pulang, kami bersarapan di Restoran Mustafa sekali lagi hari ini. Orang yang pulang paling awal adalah Semz dan Ame. Manakala geng JB, saya, Oley, Acit, Semut dan Adin akan pulang pada jam 6 petang. Selebihnya, Joe, Amir dan Bad akan pulang menuju border Bukit Kayu Hitam tengah hari nanti. Oleh kerana geng JB mempunyai banyak masa terluang, kami memutuskan untuk mengayuh basikal ke floating market Hatyai. Jaraknya dari bandar Hatyai lebih kurang 6km.
|
No market, picture pun okaylah |
|
No boat, no market, no floating, just tired |
Suasana di Folating Market tidak seperti yang kami bayangkan,
market-market yang berada di sekitarnya tutup dan terdapat acara lumba perahu pada waktu itu. Setelah berehat dan bergambar seketika di situ, kami memutuskan untuk pulang semula ke bandar dan akan menuju ke Tyro Bike semula untuk mencari kotak basikal bagi membungkus basikal Adin dan Semut untuk di simpan di dalam bas. Dengan cuaca yang panas, kami mengayuh menuju Tyro Bike. Rakan kami yang lain, Joe, Amir dan Bad juga singgah sebentar di Tyro Bike sebelum pulang, tetapi setibanya kami di sana, mereka sudah bergerak pulang. Selain mencari kotak, saya juga ada membeli beberapa barang Vicinta. Pihak Tyro Bike juga berkenan membantu kami membawa dua kotak basikal itu ke kedai agen tiket.
|
Hatyai downtown |
|
Thank You TYRO BIKE for your services till the end
|
|
Wrapping session |
Bon Voyage!!! 🙏 🙋 🙏 🙋
Setibanya di kedai agen tiket, masing-masing mula mengemas basikal. Saya pula memutuskan untuk pusing-pusing bandar Hatyai buat kali terakhir. Saya sempat singgah sebentar di Masjid Pakistan untuk bersolat. Selepas itu saya mengayuh sekitar bandar Hatyai yang agak sibuk sebelum kembali semula ke Restoran Mustafa untuk makan tengah hari. Selesai makan saya mulakan proses membungkus basikal saya pula. Kami menaiki tut-tut Konsortium menuju satu destinasi luar bandar Hatyai. Ini kerana peraturan baru menetapkan tiada bas ekspres boleh memasuki bandar Hatyai. Setibanya di bas, pemandu yang sama ketika menaiki bas JB-Bukit Kayu Hitam akan memandu bas pulang ke JB. Kami tiba di sempadan pada jam 8.00 malam (waktu Thailand). Selesai urusan kastam dan imigresen kami berhenti seketika untuk makan malam. Bas bertolak semula pada jam 9:45 malam dan kami tiba di Larkin Sentral lebih kurang pukul 9 pagi keesokan harinya. Jadi sampai di sini dahulu pengalaman dan kisah touring chapter III. Ada kesempatan, chapter IV akan muncul tak lama lagi. Nantikan.
|
KAPKUNKAP Thailand. See U next time |
|
Our route: Bukit Kayu Hitam Border - Hatyai - Songkhla |
Ulasan
Catat Ulasan