Salam sejahtera dan apa khabar semua. Harap korang #Staysafe #Kitajagakita. Disebabkan dah lama tak update, berhabuk blog aku. Hari ini aku nak kasi bersih skit dengan posting terbaru. Tengok daripada tajuk dan gambar, macam ala-ala poster filem spy tapi korang mesti dah boleh agak apa dan di mana sambungan ceritera travel log untuk kali ini. Namun, ia lebih kepada throwback sebab trip ini dah lama berlalu dan berkulat dalam otak aku. Sebelum ia lenyap dimamah usia, aku akan kongsi dengan korang kisah kami. Sebuah kota lama yang pesat membangun bersama era kemodenan. Sungai Thames menjadi saksi jatuh bangun kota ini. Bandar yang segala-galanya boleh dikatakan mahal bagi traveler dari Asia. Kota ini juga dipenuhi bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad di KL. Kota lama yang penuh dengan kisah suka dan duka, Kota London. London merupakan capital bagi Kerajaan Roman Britain. Gelaran pada waktu itu adalah Londonium. Aku tahu ramai yang sudah sampai ke sini dan tiada apa yang menarik untuk diceritakan as tourist perspective. Hanya guna Mr Google, terus boleh dapat info. Tapi aku akan cuba fokuskan untuk bercerita tentang pengalaman kami sewaktu PERMULAAN penularan COVID-19 di UK, momen-momen menarik dan getir yang terjadi kepada kami serta berkongsi tips. Rancangan ASAL kami ialah untuk mengembara merentasi Scandinavia - Siberia selama 3 minggu dan trip ini telah dirancang lebih dari 2 tahun (Trip Tran-Siberia). London merupakan lokasi permulaan atau transit point. Sebelum trip, tiap-tiap hari aku melihat perkembangan semasa penularan virus ini. Aku juga mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal seperti pengambilan suntikan vaksin Influenza dan mempraktikkan amalan kebersihan tahap maksima. Persediaan mental juga dilakukan bagi menyiapkan diri jika terpaksa 'menunda' trip ini. Perancangan dan persediaan pengembaraan ini amat mengujakan dan berliku tapi perancangan Allah lebih hebat. Apa yang berlaku kepada kami? Teruskan membaca.
NOTES: Ada gambar yang kami ambil tidak memakai face mask. Ini kerana selepas peringatan daripada NHS, UK (National Health Service - macam KKM), melalui iklan dan hebahan di sekitar London yang menyarankan agar memakai mask hanya bagi mereka yang bergejala (SEWAKTU TRIP INI), seperti saranan KKM sewaktu di awal penularan. Kami memakainya di tempat-tempat yang 'crowded' dan sempit. Jadi, kami memohon seribu kemaafan jika ada gambar yang buat anda tak selesa melihatnya. ððððð
|
London Team: Aku, Yan & Alan
|
Trip kali ini disertai dua rakan sepergunungan yang sudah lama aku tak jumpa, Alan dan Yan. Mereka berdua adalah pasangan suami isteri. 1st time aku jumpa dan berkenalan dengan diorang masa trip ORA Gunung Stong tahun 2011. Masa tu diorang masih sweet couple lagi. Bagi perjalanan ke London, kami telah memilih Royal Brunei Airlines (dari KLIA, akan transit di Bandar Seri Begawan, Brunei sebelum ke London). Mengapa pilih Royal Brunei (RB)? Sebab MURAH. Setelah buat perbandingan harga dengan airlines lain, RB paling murah (sewaktu aku beli tiket). Berapa? RM1176 sehala. Nak cerita pasal murahnya naik RB ini dari KL, aku ade tengok satu video travel pasangan mat dan minah saleh UK yang berada di Brunei. Mereka nak pulang ke UK. Mereka kata tiket ke London jauh lebih murah jika mereka naik flight dari KL berbanding jika mereka naik terus flight yang sama dari Brunei. Jadi mereka cari flight tambang murah ke KL dan naik RB di KL (transit di Brunei) untuk ke London.
|
Suasana yang sepi pi pi pi pi, di balai menanti ti ti ti ti
|
|
Makanan dalam flight KL-Brunei, simple tapi sedap.
|
Aku bertolak dari KL ke Brunei pada waktu tengah hari manakala Alan dan Yan pula akan bertolak pada waktu malam. Namun kami akan naik flight yang sama dari Brunei ke London. Masa transit aku lebih lama di Brunei kerana nak jalan-jalan Bandar Seri Begawan. Setibanya di Airport Brunei, aku tunggu bas di luar departure gate untuk ke bandar. Tambang bas hanya 1 BND ~ RM3.00. Bas yang aku naik lebih menyerupai sebuah van yang luas tapi memang nampak old skool. Setibanya di stesen bas, aku terus berjalan kaki menuju ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Sewaktu aku sampai di perkarangan masjid, ada signboard yang menyatakan masjid ini ditutup. Namun, selepas berjumpa dengan petugas masjid, mereka kata ia hanya ditutup kepada pelancong. Disebabkan aku datang untuk solat Zohor, mereka membenarkan aku masuk. Setelah aku beritahu aku dari Malaysia dan ini kali pertama aku ke Brunei, mereka teruja dan membawa aku melihat sekitar masjid. Mereka mengiringi aku ke tempat wudhu dan memberikan sebotol air. Selesai bersolat di dalam ruang solat utama, aku beriktikaf sambil menunggu waktu solat Asar. Selesai solat Asar, aku berjalan-jalan di kawasan sekitar masjid. Aku teringin nak ke tempat lain tapi disebabkan kekangan waktu, aku terpaksa kembali ke stesen bas untuk menaiki bas terakhir ke airport. Kebetulan, aku naik bas yang sama dan pemandu itu perasan aku. Jadi dia terus tanya "Nak ke airport ke?". Kalau dia tak perasan aku, kemungkinan dia akan skip masuk airport. Alhamdulillah.
|
Masjid Sultan Omar Ali Saifudin
|
|
Langit kebiruan memayungi masjid yang gah ini jika dilihat dari luar dengan kubah bertatahkan emas. Cuaca pada hari tu memang perfect.
|
|
Menurut penjaga masjid, jubin-jubin ini pun ialah emas
|
|
Ruang dalam masjid yang begitu indah
|
|
Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, CHECKED
|
Aku tiba semula di airport sekitar jam 6:30 petang. Aku perlu melahu di sini sehingga jam 11.00 malam. Di sini ada sebuah masjid yang cantik terletak bersebelahan airport. Selesai menunaikan solat Maghrib dan Isya', aku menunggu dan terus menunggu. Agak malang nasib aku kerana pelawat dibenarkan guna WiFi airport hanya untuk sejam sahaja. Jadi, aku gunakannya sebelum masuk waktu Maghrib. Sempatlah aku hantar pesanan kepada Alan dan keluarga aku. Lepas sejam, handphone aku OFF tanpa sambungan internet dan telephone network. Memang pishang aku kena tunggu hampir 5 jam. Pada ketika itu, memang tak banyak flight yang departure atau arrival. Kebanyakkan yang aku lihat hanyalah ketibaan Mat Saleh ke airport untuk menaiki flight ke UK seperti aku. Apabila derparture gate dibuka aku terus ke balai menunggu untuk bertemu Alan dan Yan. Alhamdulillah, pesawat kami berlepas tepat pada jam 0015 tengah malam. Flight ini dipenuhi mat saleh dan hanya beberapa orang sahaja warga Brunei dan Malaysia. C U SOON London.
|
Masjid di Airport Brunei tersergam indah
|
|
Terpancar wajah ke-excited-an Yan
|
|
Bismillah |
|
1st glance of LONDON
|
Pererbangan ke London mengambil masa ~14jam. Ia penerbangan yang memenatkan kerana buat kali pertama aku tempuhi perjalanan malam selama 14 jam. Masa perlepasan ialah 12 tengah malam dan sampai waktu subuh di London. Aku tak tahu bila nak tidur sewaktu di atas flight sebab cabin sentiasa digelapkan untuk tempoh ~12 jam. Layan movie pun separuh sahaja. Memang tak de mood sepanjang penerbangan ini. Takpelah, yang penting kami selamat sampai Lapangan Terbang Hearthow, London. Pihak Imigresen London menyambut kami dengan penuh mesra. Ikut perancangan kami akan keluar dari airport menuju ke bandar pada pukul 9 pagi kerana mahu mengelak peak hours (Orang berpusu-pusu pergi kerja). Keadaan di luar agak sejuk, sekitar 9-10 degree celcius.
TIPS: Untuk ke Bandar London ada pelbagai cara. Setelah buat kaji selidik, cara termurah ialah dengan menaiki TUBE (seperti LRT). Ada lagi pengangkutan awam lain seperti bas, keretapi ekspress dan teksi. Tak semestinya naik TUBE ialah pilihan terbaik. Jadi, pilihan di tangan anda. Ada duit lebih dan nak selesa boleh pilih cara lain. Rate untuk menaiki TUBE pun berbeza pada waktu peak hour dan selepas peak hour. Rate peak hour lebih mahal. Sebab itu kami decide untuk stay sebentar dan naik selepas waktu peak hour. Tambang ke Bandar London (kami turun di London Bridge station) ialah 3 Pound ~RM18.00 dengan menggunakan Oyster Card.
|
Morning Coffe. Pembelian pertama di London.
|
|
Aku sempat pergi ke bilik solat di Terminal 4 ini untuk bersolat Subuh.
|
|
Ruang yang selesa dan luas.
|
Sewaktu menunggu di airport, kami terserempak dengan sekumpulan mak cik dari Malaysia bersama ejen pelancongan mereka yang juga baru sampai dari KL tapi mereka naik penerbangan Emirates. Mereka hanya transit di London dan akan meneruskan perjalanan ke Iceland. Pada ketika itulah mereka beritahu kami Kerajaan Malaysia akan melaksanakan PKP di seluruh Malaysia. Terkejut beruk kami. Apa lagi, aku terus buka internet dan lihat berita. Memang betul. Jadi, kami duduk sebentar di kedai kopi COSTA dan berbincang tentang pelan seterusnya dengan Azlee (ketua ekspedisi) yang ketika itu masih berada di Jepun. Kami tiada kata putus kerana ia agak mengejutkan bagi kami dan Azlee. Jadi, kami perlu bertenang dan settle-kan urusan check-in hostel dahulu. Pada pukul 9 pagi, kami turun ke tingkat bawah untuk menaiki TUBE. Fisrt impression aku agak mengecewakan kerana tempat duduk di dalam TUBE agak kotor ditambah pula sarung tempat duduk berkain/fabrik lembut. Mungkin disebabkan ia jarang dibersihkan, ada tempat duduk yang berkulat bersama tin minuman kosong dan surat khabar lama.
|
London, here we go. We're coming.
|
|
Untunglah ada orang tolong suapkan.
|
|
Apa yang engkau pandang tu Alan. Taulah ada orang tolong suapkan.
|
|
Disebabkan ini stesen permulaan, gerabak ini kami yang punya. Selfie skit.
|
|
Walaupun tengah excited, face mask jangan lupa
|
|
Beginilah rupa seat cover dalam TUBE ini. Memang agak kotor.
|
|
Selfie dulu walaupun tengah JetLag.
|
Setelah berada dalam TUBE selama ~40 minit, kami bertukar train dan menuju ke destinasi kami. Alhamdulillah, kami selamat sampai di stesen London Bridge. Kebanyakkan stesen bawah tanah di London bersimpan-siur dan mengelirukan. Kami berjaya keluar dari stesen dan berjalan menuju ke hostel penginapan. Untuk malam pertama, kami menetap di hostel bajet, iaitu Rose-Cottage yang terletak di tengah bandar London. Ia merupakan pub dan di tingkat atas disediakan hostel. Dua malam berikutnya kami menetap di rumah AirBNB. Aku pilih hostel ini kerana ia terletak berdekatan Pasar Borough dan Tower Bridge. Di sekitar ini juga terdapat banyak kedai makan dan pasaraya. Selesai check-in kami terus keluar untuk makan tengah hari dan jalan-jalan. Hari pertama ini kami tiada arah tuju. Kami memutuskan untuk berjalan di Pasar Borough dan bersiar-siar menyusuri Sungai Thames menuju ke Tower Bridge. Di sekitar Tower Bridge ini terdapat kota lama yang telah dijadikan muzium. Pada zaman dahulu, Sungai Thames merupakan nadi utama penduduk London. Di sekitar Sungai Thames, angin bertiup kuat ditambah dengan cuaca sejuk. Orang dari iklim khatulistiwa seperti kami memang mudah menggigil. Ada orang kata Kota London ini ialah Kota 'Mendung'. Cuaca harian memang jarang cerah. Sewaktu berjalan di tepi Sungai Thames, kami singgah kedai cenderahati sambil memanaskan badan. Penjaga kedai, seorang warga India berkata mereka akan tutup kedai bermula minggu depan disebabkan COVID. Pelancong pun tak ramai. Kami borong keychain dan fridge magnet dekat sini sebab dia bagi diskaun. Tips melancong, kalau dah jumpa barang yang diminati jangan tangguh. Nanti menyesal tak sudah. Sebelum pulang ke hostel kami singgah di pasaraya. Hari pertama kami di London berlalu pantas. Kami belum ada keputusan sama ada mahu meneruskan Trip Trans Siberia ini atau tidak. Kami akan buat keputusan pada hari esok.
|
Destinasi jalan-jalan yang pertama, Borough Market. Banyak jual makanan dan barang mentah. Nak beli tak tahu status halal, so kami pusing-pusing jer la. |
|
|
Borough Market memang nampak old skool. Ramai pelancong dekat sini. Ada juga terserempak dengan pelancong dari Malaysia.
|
|
Lepas Borough Market, misi wajib iaitu mencari kedai makan. Perut memang dah lapar. Last-last jumpa kedai sandwich halal. Bedal jer la walaupun rasa makanan so-so.
|
|
Perut dah kenyang kami decide untuk jalan-jalan menyusuri Sungai Thames menuju ke Tower Bridge. Kota London yang sentiasa mendung.
|
|
Tower Brigde, CHECKED
|
|
Nikmati angin sejuk Sungai Thames. Sekitar Tower Bridge ni ada sebuah kota lama dipanggil "Tower of London". Ia seperti sebuah kubu dikelilingi parit dan dinding batu yang tinggi.
|
|
Mesti ada segelintir daripada kita yang masih keliru antara Tower Bridge dan London Bridge.
|
|
London Bridge hanya sebuah jambatan biasa sahaja. London Bridge dan Tower Bridge berada bersebelahan. |
|
|
Kepenatan pada hari yang pertama menyebabkan kami bangun agak lewat pada hari kedua. Aku sempat solat subuh di koridor bilik sebab bilik kami memang agak sempit. Lupa nak beritahu pasal bilik. Kami memilih bilik jenis mixed dorm dan sewaktu kami sampai, ada 2 orang lain dalam bilik kami, seorang lelaki dan seorang perempuan. Ini merupakan kali pertama (dan mungkin terakhir) aku mencuba katil tiga tingkat. Memang sempit dan hanya sesuai untuk baring sahaja. Disebabkan aku masih lagi Jetlag, aku terasa agak pening. Salah seorang roomate kami, seorang minah saleh, yang berada di katil atas aku asyik batuk sepanjang malam. Memang agak fobia dibuatnya, tambah-tambah pada musim virus ni. Selesai mandi, kami turun ke bawah untuk bersarapan. Selesai sarapan kami terus bincang dan perlu buat keputusan tentang rancangan seterusnya. Selepas berfikir panjang, kami memutuskan untuk kembali semula ke Malaysia dan menunda trip Trans Siberia ini. Ia sukar tapi kami percaya ia keputusan yang terbaik. Apabila sudah ada keputusan, kami terus cari tiket flight pulang ke Malaysia. Aku memang tak pernah beli tiket flight last minute sebab tahu harganya mesti mahal. Tapi apakan daya, kami tak mahu terperangkap di London. Setelah puas mencari, kami jumpa tiket yang paling ideal. Tak murah, tak mahal dan yang paling penting, tiada sekatan untuk masuk ke negara transit. Kami memilih Emirates dan akan transit di Dubai. Nak bayar tiket ni pun ada drama. Kami memutuskan untuk beli sekaligus untuk tiga nama dengan total ~RM7500. Kami bertiga tiada kad kredit, jadi kami cuba bayar guna kad debit. Setelah dua kali percubaan Alan dan Yan menggunakan kad debit masing-masing gagal, kami berasa agak cemas. Duit RM7500 berpindah-randah daripada akaun Alan ke akaun Yan dan akhir sekali ke akaun aku. Mujur percubaan ketiga, kami berjaya menggunakan kad BigPay aku. Memang mendebarkan ketika menunggu payment comfirmation. Apa-apa pun, ia satu pengalaman yang menarik. Selesai pembelian, kami naik ke atas untuk berkemas dan check-out. Hari ini kami akan ke penginapan yang seterusnya.
|
Penginapan seterusnya terletak di Camden Town. Sesat itu pasti. Puas jugak mencari penginapan seterusnya. Ia sebuah bangunan lama.
|
|
Wallah, inilah penginapan Airbnb kami.
|
Selesai check-out, kami terus menaiki TUBE, menuju ke stesen Camden Town. Tempat penginapan dua malam kami yang berharga RM142.90/seorang untuk 2 malam. Penginapan kami ini memang selesa. Ia sebuah rumah teres tapi kami hanya sewa bilik. Dapur dan tandas perlu dikongsi dengan tetamu lain. Sewaktu di sini, hanya kami sahaja berada di rumah. Jadi, boleh dikatakan seluruh rumah milik kami. Kami tiba di sini pada waktu tengah hari. Jadi sebelum keluar jalan-jalan kami masak maggi dahulu sebagai makan tengah hari. Kami keluarkan segala ration yang ada.
|
Mujur ada cef. Maggi yang simple pun terasa sedap. Nyam Nyam. Keadaan dapur di penginapan kami. Kemas dan bersih tapi sytle orang putih skit la, pakai kasut dalam rumah. Dapur ini terletak di basement.
|
Selesai makan, kami bersiap untuk jalan-jalan di hari kedua. Dari stesen Camden Town, kami naik tube ke stesen Hyde Park Corner. Dari sini, kami akan berjalan kaki menuju ke Buckingham Palace, tempat tinggal keluarga Diraja Britain dengan melalui jalan Constituition Hill. Suasana di perkarangan istana agak meriah dengan kehadiran pelancong walaupun di musim COVID-19 tapi tak seramai biasa. Selesai bergambar, kami terus berjalan melihat keindahan Tasik St. James Park. Dari taman ini, kami ke Jambatan Westminister. Di sekitar jambatan ini terdapat banyak bangunan ikonik dan bersejarah seperti Big Ben dan Palace of Westminister. Malang sekali, bangunan Big Ben (Bangunan Jam Besar) sedang di naik taraf. Jadi, keseluruhan struktur bangunan dilitupi kain. Pada awalnya kami tak jumpa bangunan Big Ben ini walaupun ia di depan mata kami. Kami menyeberangi jambatan Westminister dan pergi ke Eyes of London a.k.a Ferris Wheel tapi kami tak naik pun, mahal. Selepas itu kami terus berjalan di sepanjang Sungai Thames bersebelahan Palace of Westminister sambil bergambar.
|
Alan ber-posing ala-ala London Boy
|
|
Tak nak mengalah.
|
|
Bagi chance la pulak gambar diaorang berdua
|
|
Wellington Arch: Terletak di tengah-tengah Roundabout Buckingham Palace. Jalan straight di hadapan itu menunju ke Buckingham Palace.
|
|
Maaf. Menyelit sebentar. Sampai juga di Buckingham Palace. Walaupun Covid-19 baru bermula, masih ada pelancong yang datang ke sini termasuklah kami.
|
|
Buckingham Palace: Residence dan juga headquaters bagi keluarga Diraja United Kingdom
|
|
Victoria Memorial: Sebuah Monumen untuk Queen Victoria yang dihasilkan oleh Thomas Brock. Ia dipertontonkan pada tahun 1911 tapi siap pada tahun 1924. Ia terletak berhadapan Buckingham Palace.
|
|
Menyelit sekali lagi. Jalan-jalan di sekitar St. James Park. Dekat sini baru aku sedar, boleh kata semua orang London pakai baju sejuk berwarna gelap seperti hitam, biru gelap dll. Kalau ada yang pakai warna ceria (macam aku), confirm pelancong.
|
|
Destinasi berikutnya, Jambatan Westminister, dekat sini ramai pelancong. Kami juga jumpa pelancong Malaysia ketika di sini.
|
|
Bangunan ikonik, Palace of Westminister atau UK Parliment. Bersebelahan bangunan itu adalah Big Ben yang dilitupi kain kerana sedang di baik pulih. |
|
|
Disepanjang jambatan ini, ada banyak sticker yang ditampal terutamanya sticker fans bola sepak serata dunia tapi aku jumpa satu sticker yang "istimewa" ini. |
|
Apabila Shrek bertentang mata dengan Princess Fiona. |
|
Sejuk oii jalan-jalan tepi sungai nie.
|
|
Jalan-jalan jumpa sigboard "Nobel Hovse". Aku ingat HQ Nobel Prize Winner, rupanya HQ bagi Department of Environment, Food and Rural Affairs. Baru aku perasan yang kami berada di kawasan pejabat kementerian kerana berdekatan UK Parliment. Ala-ala Putrajaya.
|
Kami berjalan di sepanjang sungai Thames sejauh ~1.0 km untuk ke Stesen Pimlico. Ketika hendak sampai ke Stesen Pimlico, aku bercadang untuk ambil jalan shortcut. Jadi kami masuk ikut jalan dalam. Di sinilah bermulanya kejadian yang tak dijangka. Sewaktu melalui jalan ini, kami melintasi sebuah kolej seni. Sewaktu aku berjalan sedikit ke hadapan Alan dan Yan, aku disapa seorang lelaki yang turun daripada kereta yang park di seberang jalan. Aku menyapa dan dia tanya kami dari mana. Melihatkan Alan dan Yan sedang bergambar, dia mencadangkan satu tempat yang cantik untuk bergambar. Tanpa rasa ragu, dia terus membawa kami ke tempat itu. Pada waktu ini, aku sudah mula rasa curiga. Aku dapat hidu bau masam (Bau Arak) daripada badan dia. Disebabkan rasa curiga, aku berjalan di belakang mereka. Setelah itu, aku melihat kereta yang dinaiki lelaki ini pergi meninggalkan dia. Kami jalan merentasi blok kediaman dan sampai di satu jalan kawasan rumah blok kediaman. Setibanya di jalan ini, aku nampak kereta yang sama datang semula dan park berdekatan kami. Pada waktu ini jugalah lelaki itu mahu menolong mengambilkan gambar Alan dan Yan dan meminta handphone mereka. Tanpa berfikir panjang, aku terus beritahu Alan dan Yan untuk beredar. Sewaktu aku berpaling ke belakang, aku lihat ada dua orang lelaki daripada kereta itu keluar dan menuju ke arah kami. Melihatkan mereka, aku terus berlari menuju ke jalan utama tanpa menoleh ke belakang. Alhamdulillah, mujurlah Alan dan Yan tak berikan lagi handphone kepadanya dan tiada apa-apa berlaku kepada mereka. Alan dan Yan masih kebingungan dengan tindakan aku. Setelah sampai di stesen Pimlico, barulah aku beritahu Alan dan Yan apa yang berlaku. Mendengarkan loghat lelaki itu, dia bukanlah dari UK. Loghat bahasa Inggerisnya seperti dari negara Eropah timur/Russia. Ia satu pengalaman yang mencemaskan dan berharga buat kami agar lebih berhati-hati dengan kemesraan orang tempatan. Apa-apa pun, kami terus menaiki tube menuju ke Camden Town dengan rasa bersyukur.
Kronologi bergambar:
|
PIC 1: Di sinilah kejadian itu bermula. Ia berlaku di hadapan Chelsea College of Art and Design
|
|
PIC 2: Dia berjalan membawa kami melalui satu lorong untuk ke tempat bergambar
|
PI
|
PIC 3: Dia bawa kami ke kawasan ini. Apabila melihatkan situasi bertambah curiga, aku beritahu Alan dan Yan untuk beredar dan berlari ke jalan utama
|
Setibanya di Camden City, kami singgah di sebuah pasaraya untuk membeli barang masak. Kami collect 10 Pound/seorang. Kami beli beras, telur dan berbagai-bagai lagi. Selesai membeli, kami terus pulang. Setibanya di rumah, disebabkan hari masih awal, kami berehat seketika. Aku mengambil peluang untuk mandi dan Alan berehat di belakang rumah. Selesai mandi, Yan yang berada di dalam bilik beritahu aku ada seseorang mencurigakan menegur dia. Disebabkan bilik kami menghadap jalan, maka orang luar mudah untuk melihat kami melalui tingkap bilik. Yan kata, seorang wanita mahu masuk ke rumah kerana mahu lihat adakah terdapat barang postage dia di dalam rumah kami kerana dia kata posmen selalu tersilap hantar barang. Apa yang peliknya, dia tak suruh kami periksa, tapi dia mahu kami buka pintu dan dia yang cari sendiri. Tak ke pelik. Mujurlah Yan kata dia akan tanya owner rumah dahulu dan dia terus beredar. Memang mencurigakan. Kami lupakan perkara itu dan bersiap sedia untuk masak makan malam. Menu yang simple tapi sedap. Selesai makan kami lepak-lepak dan bersiap untuk tidur. Mengikut data handphone aku, kami melakukan langkahan sebanyak 18,443 langkahan atau sejauh 13.17km.
|
Singgah kedai runcit "Portugal" yang berdekatan rumah kami untuk cari beras. Masa dekat pasaraya tadi beras habis tapi mujur dekat sini ada. Ketika ini, orang London dah mula buat panic buying.
|
|
Menu makan malam kami. Simple tapi mengancam. Nasi dan Orang Asia memang tak boleh dipisahkan. Siap beli kicap ABC kot.
|
Kami memulakan hari ketiga dengan sarapan ringkas, roti ber-inti-kan telur scramble. Malam semalam kami sudah buat perancangan untuk hari ini. Apa yang pasti, hari ketiga memerlukan kami berjalan dan terus berjalan. Nak tahu berapa jauh, aku akan beritahu. Selesai sarapan, kami bersiap sedia. Hari ini kami takkan naik tube di Stesen Camden Town seperti kebiasaan. Kami akan berjalan kaki melintasi sebuah taman yang besar di belakang rumah kami iaitu The Regent Park untuk ke London Baker Street. Kami ke sini adalah untuk mencari tiket bas untuk ke Stansted Airport bagi penerbangan esok. Sewaktu tiba di London Baker Street, puas kami cari stesen bas kerana bas untuk ke airport adalah bas ekspress. Jika menaiki bas ekspress pasti ada hentian stesen bas besar seperti di Malaysia. Apabila bertanya orang, dia kata ada di sana, kami pergi tapi tiada apa-apa. Setelah penat mencari, kami perasan sebuah bus stop. Rupa-rupanya, bas ekspress ini akan berhenti di bus stop, tiada stesen bas. Tiket bas hanya dibeli melalui online. Kami tunggu di bus stop itu untuk lihat kesahihannya. Memang betul, bas ekspress ke aiport datang mengikut jadual. Macam dekat Jepun pula. Ada dua bus stop di sini, satu bus stop untuk ke Stansted Airport, satu lagi untuk ke Luton Airport. Ia tak berkongsi bus stop untuk elak kekeliruan bas.
|
Menu sarapan ala-ala orang British.
|
|
Hari ini kami keluar awal. Ramai orang berjogging di sini.
|
|
Taman ini memang besar. Ada jalan shortcut untuk cross tapi disebabkan kejadian semalam, kami guna laluan utama sahaja.
|
|
Baker Street Underground Station
|
|
Inilah bus stop yang aku maksudkan. Berkali-kali kami lalu di sini tanpa kami sedari. Kami ingatkan ada stesen bas yang besar.
|
Dalam gambar di atas, korang boleh lihat aku terus beli tiket bas untuk esok. Selesai isu tiket bas dan hentian bas, hati kami lega. Kami terus berjalan menuju Masjid London. Setibanya di sana, kami lihat pintu pagar masjid tutup. Kami tanya pengawal masjid dan dia kata masjid telah ditutup kerana COVID-19. Kami hanya lewat sehari kerana hari ini masjid mula ditutup. Semalam ia masih dibuka. Dekat kawasan ini memang susah nak jumpa tandas awam. Pihak masjid mencadangkan kami guna tandas hotel berhampiran. Apabila kami ke hotel itu, kami ingat ia hotel biasa-biasa, tapi ia hotel mewah. Memang segan nak masuk semata-mata nak guna tandas. Tapi disebabkan dah 'darurat', aku terus masuk dan minta kebenaran. Seterusnya kami ke satu tempat yang ikonik. Ia terletak di kawasan perumahan. Ia 'lintasan jalan/zebra crossing' yang ikonik untuk kulit album ke 11 The Beatles berjudul "Abbey Road" yang terletak di Jalan Abbey. Zebra crossing ini terletak di laluan keluar roundabout dan ia agak sesak. Jadi agak sukar untuk mendapatkan shot seperti kulit album itu. Kalau musim biasa, pasti ramai pelancong yang datang ke sini. Masa kami sampai, hanya ada beberapa orang sahaja. Ada seorang mat saleh yang mahu mengambilkan gambar yang sama dengan berdiri di tengah-tengah jalan, tapi disebabkan kejadian semalam, kami tolak tawaran dia. Aku dan Alan tahu tentang crossing ini, tapi bagi orang yang tak tahu, ia hanyalah zebra crossing yang digunakan untuk melintas jalan.
|
Bagi mereka yang tak tahu, inilah zebra crossing yang aku maksudkan. Ia cover album ke 11 kumpulan The Beatles berjudul ABBEY ROAD yang diterbitkan pada 26 Sep 1969
|
|
Inilah sudut pandang yang hampir sama. Nak dapat shot begini memang susah sebab kena tunggu kereta tiada untuk berdiri di tengah-tengah jalan.
|
|
Walaupun ambil shot dari tepi, jadilah. Demi keselamatan bersama. Apa yang penting, aku dah cross.
|
|
Pada mulanya, Yan pun pelik buat apa nak bergambar dengan zebra crossing. Kat depan rumah di Malaysia pun ada. Melayan jiwa retro aku dan Alan.
|
|
Kenangan terindah di Abbey Road.
|
Selesai bergambar di Abbey Road, kami mahu mencari restoran untuk makan tengah hari. Mujur ada deretan kedai makanan arab yang berdekatan. Kami singgah untuk makan kebab. Selesai makan, kami menuju semula ke Baker Street Station untuk menaiki tube ke King Cross Station. Stesen ini memang besar dan senibina lama masih dikekalkan. Di luar stesen ini ada satu lagi bangunan yang menempatkan kedai Harry Potter dan di sebelahnya ada troli platform 9 3/4 yang ikonik. Sewaktu kami tiba, troli tersebut telah dicabut daripada dinding untuk mengelakkan orang ramai berkumpul dan bergambar di sini. Perkarangan stesen ini memang luas dan dikelilingi bangunan-bangunan lama yang tersergam indah. Seterusnya, kami ke sebuah masjid berhampiran untuk solat jama' zohor/asar. Masjid ini terletak di basement sebuah bangunan di satu kawasan perumahan yang agak sunyi. Seram juga masa kami lalu kawasan ini. Selesai solat, kami memutuskan untuk berjalan kaki sahaja untuk pulang ke Camden Town kerana ia sudah dekat. Sampai di Camden Town kami singgah kedai sourviner. Pak cik yang menjaga kedai itu memberikan diskaun kepada kami kerana dia kata jualan agak menurun disebabkan pelancong tak ramai. Selesai membeli-belah sourviner, kami terus pulang dan bersiap untuk masak makan malam. Pada hari ketiga, kami telah melakukan 25,188 langkahan dengan jarak merangkumi 17.98 km.
|
Restoran Iraq, HABAYBNA yang terletak di kawasan Lisson Grove. Tempat kami makan tengah hari.
|
|
Menu tengah hari, KEBAB dan roti pita
|
|
Monumen Sherlock Holmes berdekatan Baker Street Station
|
|
Keadaan di dalam King Cross Station. Ia seperti KL Sentral tapi mengekalkan senibina batu-bata.
|
|
Atas permintaan pasangan, yang penting halal
|
|
Inilah troli Harry Potter yang kami harapkan, tapi....
|
|
Ini yang aku dapat. Ia telah dicabut untuk mengelak orang berkumpul dan bergambar. Ia terletak bersebelahan kedai Harry Potter.
|
|
Perkarangan King Cross Station yang luas
|
|
Bangunan-bangunan yang tersergam indah
|
|
Singgah solat di sini sebelum pulang
|
|
Menu makan malam kami. Air kuning itu bukan air haram tau. Itu air yang dimasukkan tablet vitamin. Sebab itu warnanya kuning. Apa-apa pun, mari makan.
|
Hari keempat dan hari terakhir kami di London sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Kami tiada apa-apa rancangan hari ini. Kami bercadang mahu keluar lewat dan terus ke Baker Street untuk menaiki bas ke lapangan terbang. Semalam, kami berjalan kaki untuk ke Baker Street, tapi hari ini kami akan naik bas double-decker yang berwarna merah. Untuk pengetahuan anda, naik bas lagi murah daripada naik tube. Kami naik bas kerana baki kad Oyster kami tak mencukupi untuk naik tube. Kalau nak top-up macam tak berbaloi. Mujur baki yang ada cukup untuk tambang bas. Kami sampai 2-3 jam awal di Baker Street. Kami memutuskan untuk jalan-jalan di kawasan ini. Kami singgah sebuah Offical Store untuk barangan koleksi The Beatles. Setelah selesai, kami menunggu bas di bus stop semalam. Sewaktu tiba di sana, ada bas tiba. Ia bukan bas kami kalau mengikut jadual tapi pemandu bas mengizinkan kami naik awal kerana bas kosong. Alhamdulillah. Perjalanan dari bandar London ke Stansted Airport agak lama, lebih kurang sejam lebih. Lapangan terbang ini terletak di luar bandar London. Kebanyakkan flight di sini adalah jenis tambang murah seperti Ryan Air dll.
|
Suasana pagi terakhir kami di London dari belakang rumah
|
|
Free Cash Withdrawals a.k.a ATM. Bukan tempat dapatkan duit 'percuma' okay.
|
|
Walaupun berat untuk kami meninggalkan London, perjalanan perlu diteruskan. Ini bukannya pengakhiran, sebaliknya satu permulaan.
|
Setibanya di airport, kami terus check-in luggage. Ramai orang terkandas di sini kerana banyak penerbangan dibatalkan. Hanya penerbangan kami sahaja yang menuju ke luar Eropah. Alhamdulillah, segala urusan check-in luggage dan imigresen dipermudahkan walaupun ramai orang. Kami bertolak ke Dubai mengikut waktu yang ditetapkan. Ini merupakan pengalaman pertama aku menaiki Flight premium seperti Emirates. Makanan dan in-flight entertainment memang berbeza dengan flight-flight yang pernah aku naik. Sewaktu penerbangan ke Dubai, aku agak tak selesa kerana duduk di sebelah seorang lelaki yang kerap bersin. Ye lah, musim-musim Covid-19, tengok orang bersin pun dah fobia. Alhamdulillah, kami selamat sampai Dubai pada pukul 7 pagi dan transit seketika di sini sebelum naik semula flight ke Kuala Lumpur pada pukul 10:30 pagi. Di Dubai ini, kami baru nampak ramai orang Malaysia yang berpusu-pusu mahu pulang ke Malaysia. Sempat berborak dengan pelajar dari Mancheter yang mahu pulang kerana menjangkakan UK akan lockdown minggu depan. Mujur kami tak terus berada di London sehingga minggu depan. Setelah menempuh perjalanan selama tujuh jam, kami sampai di Kuala Lumpur dengan selamat pada waktu malam. Setibanya di KLIA, suhu badan kami diperiksa dan pihak KKM memberikan kad kepada kami sebagai bukti jika perlu keluar ke hospital dalam tempoh PKP. Sebelum pulang ke Malaysia, aku bercadang untuk kuarantin di UTM, tapi disebabkan PKP dan tak boleh rentas negeri, aku meminta kebenaran Alan dan Yan untuk kuarantin di rumah mereka di Bukit Jalil. Terima kasih kepada Alan dan Yan. Jadi, begitulah perjalanan trip kami yang mencabar. Pelbagai keputusan spontan harus dilakukan untuk kepentingan bersama. Walaupun trip Trans-Scandinavia-Siberia kami tertangguh, Insyallah, apabila keadaan kembali pulih, kami akan tetap meneruskannya.
|
Aku kuarantin di rumah Alan dan Yan di Bukit Jalil. Terima kasih kerana sudi izinkan aku kuarantin bersama-sama korang di musim PKP.
|
|
Sekian, itu sahaja coretan London daripada kami.
|
Sebelum mengakhiri blog kali ini, aku share-kan kepada korang antara pengangkutan yang ON dan terpaksa DIBATALKAN. Ada yang boleh di-refund, ada yang refund point sahaja dan ada juga operator syarikat penerbangan buat-buat tak dengar sewaktu aku minta refund walhal dalam terms/syarat-syarat ditulis boleh di-refund. Memang haprak betul. Lebih kurang ~2 tahun aku membuat perancangan ini, jadi aku share-kan segala pelan yang tak dapat diteruskan. Walaupun tak jadi, dapat kongsikan di sini pun sudah OK.
Flight: Royal Brunei: KUL, Kuala Lumpur - BGW, Bandar Seri Begawan, Brunei - LHR, Heathrow, London
Departure details: 16.3.20 --- 1210 - 1430 (KUL - BGW)/ 17.3.20 --- 0015 - 0650 (BGW - LHR)
Date of purchase: 11.5.19
Harga: RM1,176.00
Status: ON
Setelah berbulan-bulan membuat perbandingan harga dengan syarikat penerbangan yang terbang murah ke London, akhirnya aku memilih Royal Brunei. Antara option lain yang ada ialah Bangkok Airways. Tapi aku memilih Royal Brunei sebab tak perlu risau tentang makanan in-flight. Memang Halal. Ini adalah flight 'stating point' untuk trip aku. Setelah aku beli tiket, tahap keterujaan aku meluak-luak. Ye lah, 1st time pergi Eropah kot.
Flight: Ryan Air: LTN, Luton, London - CPH, Copenhagen, Denmark
Departure details: 22.3.20 --- 0900 - 1150
Date of purchase: 22.5.19
Harga: RM196.28
Status: CANCEL & Point Refund (USELESS)
Ini adalah flight aku ke Copenhagen, destinasi permulaan untuk trip Trans Scandinavia-Siberia ini. Namun, sebulan sebelum tarikh departure, Denmark sudah mula lockdown walaupun kes COVID-19 tak sebanyak negara Eropah lain. So, kami terpaksa cancel dan perancangan kami ialah re-route dan terfikir untuk skip Scandinavia untuk terus masuk Russia.
Flight_1: S7 Airlines: VVO, Vladivostok - ICN, Seoul
Departure details: 8.4.20 --- 1335 - 1450
Date of purchase: 18.9.19
Harga: RM677.75
Status: CANCEL & Cash Refund
Flight_2: S7 Airlines/ANA Airlines: VVO, Vladivostok - NRT,
Narita, Japan - KUL, Kuala Lumpur
Departure Details: 9.4.20 --- 1320 - 1440 (VVO - NRT)/ 9.4.20 --- 1725 - 2345 (NRT - KUL)
Date of purchase: 4.3.20
Harga: RM1112.07
Status: Flight_1 CANCEL & dapat refund duit; Flight_2: CANCEL & Operator buat tak dengar
Vladivostok merupakan destinasi penghujung/permulaan bagi tran siberia. Disebabkan tiada flight direct dari Vladivostok ke Kuala Lumpur, aku terpaksa pilih detinasi persinggahan sebelum pulang ke Malaysia. Tak banyak airlines yang beroperasi di Vladivostok. Setelah buat kajian, aku memilih Seoul, Korea berbanding Tokyo, Jepun atas faktor harga tiket flight Seoul - KL lebih murah berbanding berlepas dari Tokyo. Aku rancang untuk stay di Korea selama 3 hari sebelum pulang. Namun, pada bulan February 2020, Korea diserang teruk oleh kes COVID-19. Semua flight ke Korea terpaksa dibatalkan termasuklah flight aku. Jadi sebagai alternatif, aku terpaksa pilih flight transit di Narita, Jepun. Flight_2 ini boleh dianggap berbaloi kerana aku hanya perlu transit dan aku akan menaiki flight ANA Airlines dari Narita ke Kuala Lumpur. Aku memang teruja untuk cuba airlines yang premium seperti ANA ini.
Flight: AirAsia X: ICN, Seoul - KUL, Kuala Lumpu
Departure details: 10.4.20 --- 0945 - 1515
Date of purchase: 22.4.19
Price: RM530.70
Status: CANCEL & Money Refund
Tiket pertama aku beli untuk trip ini. Time ini Asia Asia buat promosi 'Free Seat'. Aku terus sambar walaupun masih terlalu awal. Ini kerana kebiasaannya tiket untuk perjalanan bulan 4 (arrival atau departure dari Seoul) memang mahal kerana musim bunga sakura (Cherry Blossom). Kalau musim biasa (panas/salji), harga ini dianggap mahal untuk harga promosi. Harga ini sekali dengan luggage dan makan dalam flight. So, harga asal hanya RM378.18 sahaja.
Flight:Emirates: STD, Stansted, London - DXB, Dubai - KUL, Kuala Lumpur
Departure details: 20.3.20 --- 2015 (STD - DXB)/ 21.3.20 --- 1035 (DXB - KUL)
Date of purchase: 18.3.20
Harga: RM2588.00
Bas: EasyBus (London Baker Street - Stansted Airport)
Date of purchase: 19.3.20
Harga: RM50.00
Status: ON
Flight ini merupakan flight kecemasan untuk pulang ke Malaysia, seperti yang diceritakan di awal tadi. Ini adalah antara flight termurah bagi pembelian ~3 hari sebelum bertolak. Kami juga membeli tiket bas untuk ke Stansted
Airport dari London Baker Street.
Barcelona (CANCEL TRIP)
Flight: Ryan Air: STD, Stansted, London - BCN, Barcelona - STD, Stansted, London (Return Flight)
Departure details: 20.3.20 --- 1355 - 1525
Date of purchase: 25.11.19
Harga - RM164.90
Train: Stansted Express (Liverpool Streer, London - Stansted Airport)
Departure details: 18.3.20 (ONE day ticket)
Date of purchase: 4.12.19
Price: RM51.82
Bas: Easybus (Stansted Airport - Southwark, London)
Departure details: 20.3.20 --- 1710
Date of purchase: 26.11.19
Price: RM10.75
Status: CANCEL & Point Refund (USELESS)
Ini merupakan trip sampingan aku ketika transit 5 hari di London. Nak pusing London selama 5 hari macam bosan dan mahal, ditambah tiket flight yang murah, so aku add Barcelona dalam itinerary aku. Namun, disebabkan kes COVID-19 yang meningkat bermula penghujung Januari di Sepanyol, aku terpaksa batalkan trip ini. Perancangan rapi sudah dibuat kerana aku akan bersendirian. Alan dan Yan akan ke Perancis dan Belanda. Aku rancang untuk stay di Barcelona selama 3 hari 2 malam dan lakukan light backpack. Macam-macam plan aku dah buat seperti melawat Nou Camp, mendaki bukit untuk melihat sunrise/sunset berlatar belakang bandar Barcelona, Sagrada Familia dll. Namun, perancangan Allah lebih hebat. Disebabkan pembatalan trip inilah membuatkan aku, Alan dan Yan decide untuk just stay di London. Maka terhasillah penceritaan blog kali ini.
VISA Russia : Invitation Letter (RM115) + Visa Fee (RM320)
Cucuk vaksin MERS-CoV (Bukan vaksin COVID-19): RM120
ETIQA Trip Care 360 Takaful: RM136.07
wahhh bestnya london. Terima kasih kongsi artikel ni
BalasPadam